Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Monday, September 19, 2016

Physiotherapy dan Bahaya Semut Charlie



Bismillahirahmanirahim , Sejak 2 tiga hari ni kecoh di surat khabar dan media social berkaitan semut Charlie ini , tapi tahukah anda bahawa serangga yang dikenali semut Charlie ini bukan lah dari spesis semut tetapi ianya merupakan spesis kumbang .



Nama Am: Kumbang Rove  ( Nama Sebenar)
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, semut Charlie –sebab seakan akan seperti semut
Spesies: Dianggarkan sekitar 47 000 Spesies diatas muka bumi ini
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah dan kawasan rumput


Anatomi dan Metafora
Kumbang ini Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap atau kehitaman. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh. Cara ini selalunya dilakukan bagi mempertahankan diri dari di ancam.

Habitat dan Tabiat Makanan


 Selalunya Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dan juga sema. Kumbang Rove merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Selalunya Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering dan lebih mudah dijumpai.


Bahaya kepada Manusia


Sejenis Cecair toksin yang dikenali Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi racun atau toksin yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' C24 H43 O9 N dan telah dinamakan dalam tahun 1953. Dalam Kajian kimia , Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Apa yang paling ditakuti ,Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya Oleh itu bergerak atau tidur atau mengosok dengan jari yang dicemari dengan toksin ini akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' disebabkan terkena kepada tubuh badan manusia . Jika tidak silap saya dalam berita , Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni dirumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang. Sehingga menimbulkan rasa takut kepada masyarakat setempat.

Antara Nasihat dan langkah bagi mengatasi Kepada Punduduk Yg berisiko dengan habitat ini .

Untuk pengetahuan anda semua , setiap jenis serangga amat gemar pada haba yang dihasilkan daripada lampu ,Oleh itu kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu di luar rumah dan pastikan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Pekara yang paling penting ialah Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.

Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan dengan kadar segera kerana ianya boleh menimbulkan alahan yang boleh mengancam nyawa.
Wallahuaklam.


Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy and Tips to prevent a heart Disease.

Heart Disease Prevention  Bismillahirahmanirahim , today i feel to type a topic regarding how to prevent a heart disease. Everybody know ...