Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Monday, August 15, 2016

Phsyiotherapy dan Batuk


Bismillahirahmanirahim,
Semalam petang saya tersedak dan terbatuk ketika minum nescafe ,nak kata orang rindu kat saya tak tahulah (kata orang dulu dulu) ,Tapi tahukah kita apakah itu batuk yang sebenarnye? Batuk merupakan tindakan refleks/protective reflex terjadi apabila saluran penafasan kita tersekat atau terganggu. Tujuan batuk adalah untuk membersihkan saluran  pernafasan supaya kita dapat bernafas dgn lebih selesa. 



Jenis & ciri-ciri Batuk:

1) Batuk tidak berkahak

  • Selalunya pesakit akan merasa kering, gatal/perit di tekak
  • rasa gatal yg kering di tekak ini akan mengakibatkan batuk yg mengganggu tanpa mengeluarkan kahak atau lendir
  • Selalunya ianya disebabkan oleh jangkitan virus atau tindak balas akibat alahan dan kemasukan benda asing di saluran pernafasan  dan biasanya ia akan pulih sendiri

2) Batuk berkahak/chesty cough 

  • batuk  dan mengeluarkan  dan penghasilan kahak menandakan jangkitan dlm paru2 seperti bronchitis and pneunomia.
  • Sealunya kahak yang terhasil berwarna hijau, kuning spt karat. Kekadang ada darah dlm kahak(hemoptisis) merupakan tanda penyakit yg serious. seperti (TB atau Kanser Paru Paru)

Tahukah Anda dengan Kahak seseorang itu boleh mengenali masalah yang dialami

Carta Warna Kahak
1)Kahak berwarna putih dan jernih/lebih cair
  • tidak menunjukkan sebarang penyakit

2)Kahak Berwarna putih, berbuih dan byk
  • terdpt pada pesakit bronkitis kronik dan mrk yg merokok serta terdedah kepada asap serta bahan kimia.

3)Kahak Berwarna hijau, coklat atau kuning
  • Menandakan adanya jangkitan dlm paru2 seperti bronkitis, pneunomia atau jangkitan didlm saluran penafasan

4)kahak berdarah atau Karat
  • menandakan adanya penyakit dlm paru2 seperti (karsinoma/cacinoma, batuk kering/tuberculosis, embolisme paru2/pulmonary embolism .

Apakah Fungsi Kahak ini
Tahukah kita perparu kita menghasilkan satu mekanisma perlindungan dimana bahan pencair lendir adalah bahan yg membantu tubuh badan kita,dalam membantu untuk menapis dan juga mengeluarkan habuk, kuman dan bendasing yg terperangkap dari saluaran penafasan.  lendir ini juga membantu mengurangkan kesakitan peparu kita ketika batuk dan adalah penting ianya merupakan salah satu sistem pertahanan tubuh untuk mencegah jangkitan, lendir ini akan menjadi masalah apabila ianya dihasilkan dalam kuaniti yang banyak , bertukar warna dan juga diikuti dengan sukar bernafas dan demam.


Tips Untuk mengatasi Masalah batuk dan Kahak.

1)Cara yang mudah adalah tingkatkan kelembapan udara dgn alat pelembap, pengewap  or sedut udara yg berkelembapkan tinggi. Ia mencairkan rembesan bronkus atau kahak.Sebagai contoh penggunaan nebulizer , atau penggunaan Wap Panas 

2)Perbanyakan minum air suam

3)kurangkan makanan yg menyebabkan byk lendir spt
  • bahan tenusu
  • makanan yg diproses byk kali(seperti minyak yg lama digunakan)
  • daging
  • makanan remeh
  • gula pasir
  • buah2 manis
  • makanan dr tepung seperti roti putih atau biskut
  • Makanan unsur kekacang

4)Jauhkan diri dari asap rokok , merokok dan juga terdedah kepada asap asap kenderaan. 

5 Banyakkan lakukan senaman Pernafasan 

6) Lakukan Self Postural drainage bagi membantu mengeluarkan kahak

Apa yang saya kongsikan di sini lebih kepada info tentang batuk dan juga kita boleh menilai jenis kahak yang terhasil disebabkan oleh batuk ini 
wallahuaklam.



Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy dan Kebaikan Kopi Black G

Kebaikan Kopi Black G  Bismillahirahmanirahim , cepat sungguh waktu dan masa berjalan , dalam tak sedar kita sudah memasuki bulan Augus...