Kisah Seram -Tetamu Di Siling Hospital
Bismillahirahmanirahim , Hospital merupakan tempat dimana setiap pesakit akan mendapatkan rawatan tetapi kadang kadang ianya banyak kisah kisah misteri yang tidak dapat di terima oleh akal manusia yang normal , kejadian paranormal kerap berlaku dan kadang kadang ianya menghantui bagi orang yang pernah mengalami situasi ini.
Tahun 2019 ini merupakan tahun yang saya paling sibuk kerana banyak kertas kerja yang perlu disiapkan dan dari bidang klinikal ke bidang pengurusan adalah sangat sangat mencabar.
Pada 9 Tahun lepas teringat saya satu cerita yang diceritakan oleh pesakit saya , waktu itu dia melakukan rawatan di sebuah hospital di selatan tanah air ,Pesakit merupakan seorang guru agama di sebuah pusat pengajian tinggi di johor , dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah sakit lutut yang kronik atau dipanggil Osteoarthritis , ada satu bilik di ward tingkat 3 mengalami masalah tentang pengaliran udara , dimana jika penghawa dingin di bilik itu dibuka kurang daripada 22 darjah celcius maka bau hanyir yang sukar digambarkan akan terhasil , kakitangan hospital sudah sedia maklum tentang bau yang ada itu dan menganggapnya ianya hanlah bau penyaman udara yang telah lama tidak dihidupkan , ini kerana bilik itu pada mulanya merupakan tempat penyimpanan barang barang hospital , sebelum direnovasi di jadikan bilik rawatan memang jarang penyaman udara di bilik itu dihidupkan , tetapi pada bulan itu kemasukan pesakit meningkat disebabkan tularnya wabak dengue maka banyak bilik bilik rawatan dibuka untuk menerima kemasukan pesakit.
Bilik Hujung di tingkat 3 merupakan bilik deluxe dimana ianya merupakan bilik yang telah diubah dan menjadi antara pilihan pesakit ,tetapi disebabkan masalah bau yang dihasilkan dari penghawa dingin menjadikan ianya antara bilik yang bermasalah dan selalu menerima complaint dari pesakit .
Pihak hospital mengetahui masalah ini dan mereka menjangkakan ianya merupakan masalah teknikal dan berusaha untuk memperbaikinya , bahagian Kejuruteraan dan penyeliaan hospital menjumpai jalan buntu kerana apabila mereka melakukan permeriksaan dan pembaikan semuanya berfungsi dengan baik dan sempurna , tidak ada bangkai haiwan atau apa apa yang menghalang laluan penyaman udara di bilik tersebut. Selain itu pihak hospital juga telah memanggil vendor luar , padamulanya mereka mengatakan saluran penyaman udara yang digunakan tersumbat dan mereka akan menggantikan dengan yang baru , tetapi masalah yang sama tetap berulang , ini kerana setiap kali suhu diturunkan kurang dari 22 darjah celcius bau yang kurang menyenangkan akan terhasil.
Hendak dijadikan cerita pada hari itu , pesakit saya ini duduk di tingkat 3 tetapi di bilik yang berlainan , yang hairanya bilik bilik lain tiada masalah ini cuma bilik hujung atau bilik tunggal itu sahaja yang mengalami masalah bau ini. Ustaz itu saya panggil Ustaz Man dia menceritakan pada saya ketika kami bertemu , Pada hari itu ketika beliau keluar dari bilik untuk pergi ke cafeteria hospital dia melalui tangga di hujung bilik deluxe itu , ini kerana lif agak penuh dan sibuk , waktu itu di depan bilik deluxe itu seorang juruteknik penghawa dingin sedang melakukan penyelengaraan kepada saluran dan laluan penyaman udara itu , Ustaz Man ketika melalui sebelah tangga juruteknik itu dia pun berhenti dan mendongak ke ruangan siling bahagian yang dibuka oleh juruteknik itu , Dia pun menegur , "Turunlah buat apa duduk kat situ , tak baik duduk situ lama lama , sini bukan tempat awak" pada mulanya juruteknik ini menyangkakan yang ustaz menegur dia , dia pun menjawab , "Maaf pakcik saya sedang bertugas lakukan pembersihan pada penapis penghawa dingin serta saluran ini " Ustaz Man tersenyum , dia membalas "Tak lah Dik , pakcik tegur makhluk Allah yang duduk kat tepi siling awak tue, " Terus tergamam juruteknik tu disebabkan adanya entiti yang lain berada di hadapan tempat dia mengadap ketika melakukan kerja , dalam hatinya padanla bau hanyir ingatkan lubang udara tue tersumbat lagi . Waktu itu niat ustaz Man untuk turun ke bawah terus terbantut , fikiranya hanya lah untuk cuba melakukan sesuatu pada entiti tersebut. Juruteknik yang ketakutan tadi terus menuruni tangga dan berlari ke kaunter ward dan melaporkan kepada sister , tetapi Ustaz Man masih tidak berganjak dari bawah siling yang terbuka itu. "Buat apa duduk kat situ , situ bukan tempat awak , turun lah ikut saya ,saya pulangkan ke tempat yang lebih baik dan tak ganggu manusia." itu antara dialog ustaz man dengan entiti tersebut , selepas dipujuk lebih dari 20 minit entiti tersebut akur dengan arahan ustaz man , Ustaz Man meminta botol kaca yang bertutup kerana beliau hendak memindahkan entiti ke tempat yang telah dijanjikan , sister ward yang ketakutan menyerahkan botol kaca yang bertutup kepada ustaz Man tanpa berkata apa apa. Sesudah dikunci dan dipagarkan kedalam botol , Ustaz Man memanggil juruteknik tadi menutup siling dan memberitahu yang entiti itu telah dipindahkan ke dalam botol sebelum dilepaskan ditempat yang tidak diketahui.
Kisah ustaz man ini dirahsiakan oleh kakitangan hospital bagi mengelakkan rasa takut kepada pesakit pesakit yang datang , Kisah ini tidak diketahui dan alhamdulillah bilik yang sentiasa dikatakan berbau hanyir jika penghawa dingin ini direndahkan telah menjadi kembali normal. Barulah terjawab kenapa tidak jumpa puncanya bau itu tadi . Ustaz Man menceritakan kepada saya ,entiti tersebut bertembung denganya secara tidak sengaja , entiti itu bukanlah kategori yang suka merasuk atau menggangu manusia cuma ia tidak suka dengan suhu yang terlalu sejuk , ialah ia juga makhluk Allah dan ada juga sifat yang suka mengusik , Ustaz memberi tahu bahawa entiti tersebut terperangkap didalam bilik itu apabila tuanya yang dulu merupakan pesakit kepada hospital itu meninggal dunia di hospital itu menjadikan entiti itu tidak bertuan maka ini menjadikan ruang siling atas bilik itu tempat tinggal dia.Kisah ini pada mulanya sukar diterima oleh akal , tetapi sebagai orang islam kita percaya makhluk halus itu wujud cuma kita bukanlah golongan yang Allah izinkan hijabnya terbuka untuk melihat dengan mata kasar ini , Ustaz Man pernah menasihati Kita di dunia ini berkongsi dengan makhluk ini cuma Allah tak mengizinkan kita untuk melihat ,tetapi jika kita jaga solat kita , inshAllah entiti ini tak berani nak mendekati kita dengan izinya..Walaupun saya tidak lagi berhubung dengan Ustaz Man , tetapi segala nasihat keagamaan selalu saya ingat buat diri saya dan juga keluarga , Wallahuaklam.
Bismillahirahmanirahim , Hospital merupakan tempat dimana setiap pesakit akan mendapatkan rawatan tetapi kadang kadang ianya banyak kisah kisah misteri yang tidak dapat di terima oleh akal manusia yang normal , kejadian paranormal kerap berlaku dan kadang kadang ianya menghantui bagi orang yang pernah mengalami situasi ini.
Tahun 2019 ini merupakan tahun yang saya paling sibuk kerana banyak kertas kerja yang perlu disiapkan dan dari bidang klinikal ke bidang pengurusan adalah sangat sangat mencabar.
Pada 9 Tahun lepas teringat saya satu cerita yang diceritakan oleh pesakit saya , waktu itu dia melakukan rawatan di sebuah hospital di selatan tanah air ,Pesakit merupakan seorang guru agama di sebuah pusat pengajian tinggi di johor , dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah sakit lutut yang kronik atau dipanggil Osteoarthritis , ada satu bilik di ward tingkat 3 mengalami masalah tentang pengaliran udara , dimana jika penghawa dingin di bilik itu dibuka kurang daripada 22 darjah celcius maka bau hanyir yang sukar digambarkan akan terhasil , kakitangan hospital sudah sedia maklum tentang bau yang ada itu dan menganggapnya ianya hanlah bau penyaman udara yang telah lama tidak dihidupkan , ini kerana bilik itu pada mulanya merupakan tempat penyimpanan barang barang hospital , sebelum direnovasi di jadikan bilik rawatan memang jarang penyaman udara di bilik itu dihidupkan , tetapi pada bulan itu kemasukan pesakit meningkat disebabkan tularnya wabak dengue maka banyak bilik bilik rawatan dibuka untuk menerima kemasukan pesakit.
Bilik Hujung di tingkat 3 merupakan bilik deluxe dimana ianya merupakan bilik yang telah diubah dan menjadi antara pilihan pesakit ,tetapi disebabkan masalah bau yang dihasilkan dari penghawa dingin menjadikan ianya antara bilik yang bermasalah dan selalu menerima complaint dari pesakit .
Pihak hospital mengetahui masalah ini dan mereka menjangkakan ianya merupakan masalah teknikal dan berusaha untuk memperbaikinya , bahagian Kejuruteraan dan penyeliaan hospital menjumpai jalan buntu kerana apabila mereka melakukan permeriksaan dan pembaikan semuanya berfungsi dengan baik dan sempurna , tidak ada bangkai haiwan atau apa apa yang menghalang laluan penyaman udara di bilik tersebut. Selain itu pihak hospital juga telah memanggil vendor luar , padamulanya mereka mengatakan saluran penyaman udara yang digunakan tersumbat dan mereka akan menggantikan dengan yang baru , tetapi masalah yang sama tetap berulang , ini kerana setiap kali suhu diturunkan kurang dari 22 darjah celcius bau yang kurang menyenangkan akan terhasil.
Hanyalah Gambaran dari penulis |