Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Friday, September 25, 2015

Kebaikan mengurut pada tubuh badan manusia

Kebaikan Urutan menurut fisiologi

Bismillahiramanirahim,
Salam aidiladha buat pembaca sekalian, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.
Malam nie saya nak kongsikan sedikit tentang apakah kebaikan apabila tubuh badan kita diurut.
Siapa yang tak suka diurut boleh dikatakan Allah menciptakan manusia dengan pelbagai deria rasa,  deria yang paling besar dalam organ manusia adalah deria yang terhasil daripada kulit, iaitu rasa.
Urutan merupakan salah satu daripada kemahiran fisioterapi, tetapi diatas faktor faktor yang menyebabkan bidang kami dipandang sebagai tukang urut oleh masyarakat adalah kurang tepat, kerana bidang fisioterapi merupakan bidang perubatan yang luas.
Bahagian urut lebih dikenali sebagai massage therapist di luar negara.
antara kelebihan dan kebaikan Urutan-


  1. Urutan merupakan salah satu bahagian yang amat penting di dalam proses pemulihan tubuh badan manusia,  ini kerana dalam kajian menunjukan , urutan mampu melancarkan perjalanan darah dengan baik , saluran darah manusia merupakan elastic dan mempunyai kekenyalan yang tertentu , dengan urutan ianya mampu membuka salur darah dengan diameter yang lebih besar maka ini membantu pelancaran darah dengan baik.
  2. pengaliran darah yang lancar membantu tubuh badan manusia mendapat darah yang beroksigen dan juga nutrient dengan optimum, sebab itu apa bila anda selesai melakukanurutan tubuh badan menjadi ringan dan anda akan merasa segar.
  3. Membantu proses pemulihan dan penyembuhan dengan cepat , apabila kelancaran darah bertambah maka , proses pemulihan pada tulang , otot dan tendon akan berlaku dengan kadar yang cepat.
  4. Dengan urutan , masalah chronic sciatica dapat diatasi dan dikurangkan , ini kerana urutan dengan teknik yang betul dilihat mampu mengurangkan kesakitan serta mengurangkan inflamasi di sekitar bahagian laluan sciatic nerve.
  5. Hormon penenang semula jadi iaitu endhorphine akan terhasil , ini kerana otak manusia akan terangsang dengan suasana yang relax , maka urutan secara holistic membantu mengurangkan stress dan juga mampu membuatkan manusia gembira , hebatkan ciptaan Allah , dalam badan kita sudah ada Ubat penenang yang semula jadi tanpa perlu mengambil ubat ubatan kimia , cuma apa yang perlu adalah stimulation pada deria rasa ,dan ianya akan terhasil secara semula jadi.
  6. urutan yang berkala dan teratur akan meningkatkan sistem imunisasi badan secara natural , ini disebabkan penghasilan hormon yang baik dan juga ianya mengurangkan pengumpulan bahan bahan toksin di dalam badan.
Kajian daripada science transnational medcine ,menunjukkan mereka melakukan experiment kepada 11 atlete sukarelawan berbasikal dimana pada hari pertama sedikit sample otot peha diambil untuk kajian dan, atlit ini diberi latihan yang keras seperti mengayuh basikal dalam jangka masa yang panjang sehingga otot otot quadriceps /peha menjadi sakit , penat dan lesu.
kemudian mereka di asingkan dengan separuh menerima rawatan urutan dan separuh lagi tanpa berbuat apa apa. Pada pusingan kedua , sample diambil lagi bagi mereka melakukan perbandingan dan keputusanya adalah amat positif dimana dari kajian tisu sample yang diambil , kekoyakan kecil pada fiber fiber otot hasil dari senaman yang agak keras dilihat sembuh dengan lebih pantas , ini kerana Protein Tissue (PCG 1-a) terhasil dengan pantas hasil daripada stimulasi urutan yang menghasilkan proses regenerasi tisu tisu baru.

Oleh itu saya boleh nyatakan urutan juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang boleh membantu selain daripada pengambilan ubat ubatan cuma apa yang perlu dipastikan ialah urutan yang diterima hendaklah dari  massage therapist yang bertauliah.
wallahuaklam...

Saturday, September 19, 2015

Cara mengatasi masalah sukar tidur (insomnia)

Tips Atasi Isomnia
bismillahiramanirahim,
diharapkan ilmu yang dikongsi bersama saya dengan pembaca semua dapat memberikan manfaat.
untuk entry malam ini, kerana malam masa yang memberikan idea kepada saya untuk menaip..
di zaman ini masalah kesukaran tidur merupakan salah satu punca terjadinya penyakit penyakit yang kronik antara nya hipertensi atau darah tinggi, kenapa saya katakan begitu, ini kerana kita memerlukan tidur yang cukup sekurang kurangnya 6 jam atau 8 jam bagi mendapatkan rehat yang optimum.
di sini saya ingin kongsikan beberapa tips bagi mengatasi masalah ini.

  1. bagi mengatasi masalah sukar tidur ini satu perkara yang saya amalkan pertama adalah dengan melakukan riadah di waktu petang, saya menghabiskan masa petang dengan melakukan aktiviti senaman yang boleh membantu, kerana badan kita akan keletihan apabila melakukan aktiviti fizikal, dan insha Allah di malam hari ianya membantu kita tidur dengan lena. 
  2. jauhkan minuman yang berunsur kafien seperti minuman coca cola atau pepsi,  kopi dan nescafe merupakan satu penyebab kesukaran melelapkan mata di waktu malam, terutama selepas pukul 5 petang, ini kerana dalam tempoh 4 jam kesan kafein akan bertindak dengan melajukan degupan jantung dengan menghantar bekalan oksigen ke otak yang mengakibatkan kita menjadi segar. 
  3. Elakkan memasang lampu tidur yang terang dan berada di sekitar penglihatan mata, adalah lebih baik jika lampu tidur itu tidak dipasang di siling dan gunakan lampu mini yang boleh dialihkan dengan meletakkan di bahagian yang terlindung agar otak kita tidak menghasilkan tindak balas deria yang mengakibatkan kita sukar melelapkan mata. 
  4. Jauhkan diri anda dengan alat alat gajet yang boleh mengakibatkan cahaya biru yang terhasil mengakibatkan otak anda menjadi sedar. 
  5. Elakkan memasang radio dan elakkan bunyi yang boleh menganggu tidur anda, pastikan bilik tidur tidak memakai jam yang kuat bunyi detiknya. 
  6. Pakai stocking pada bahagian kaki, kerana kajian menyatakan, haba panas yang terhasil pada bahagian tapak kaki akan membantu proses tidur yang nyenyak. 
  7. Jika anda beragama islam,  zikir dan selawat sebanyak yang mampu, bukan dalam hati tapi dengan berbisik, bila anda lakukannya secara automatik anda akan tertidur disebabkan otak kita akan merembeskan satu hormon dipanggil endorphin , yang mana ianya merupakan hormon penenang yang dihasilkan oleh Allah swt. 
  8. Buat tempat tidur anda tempat tidur yang bersih dan selesa, cuba ambil contoh design yang simple seperti suasana hotel,  sebab designer telah merekakan bilik yang berunsur relaks. 
  9. Jika anda mahu tidur yang optimum pastikan anda tidak makan dengan banyak sebelum tidur, kerana jika makan dengan banyak sistem pencernaan terpaksa melakukan tugasan yang lebih dan ini menyebabkan otak anda aktif. 
  10. Satu lagi perkara yang sukar difahami oleh masyarakat, tidur dengan mencontohi sunnah Rasulullah iaitu tidur dengan wudhu, menghempap rusuk kanan ini kerana kajian menyatakan dengan teknik tidur Rasulullah ianya membantu rongga pernafasan lancar dan jantung tidak dihimpit, maka badan akan mendapat pengaliran darah yang baik, ini akan membantu badan kita dalam keadaan yang tenang insha Allah ianya memudahkan tidur. 
Insha Allah jika dillihat banyak lagi cara cara yang boleh membantu bagi mengatasi masalah isomnia ini, dapat kan rawatan jika ianya mengganggu rutin kehidupan anda, tip yang saya kongsi bersama anda adalah merupakan sebahagian pengalaman bersama pesakit yang berkongsi dengan saya ketika mereka berada di wad, dan juga teknik yang dipraktikkan oleh saya sendiri di mana ada antara tips ini boleh membantu kita mendapat tidur yang efisien. 

Wallahuaklam...

Friday, September 18, 2015

Cara mudah memujuk anak

Tips Memujuk Anak
Bismillahiramanirahim,
Asalamualaikum dan selamat sejahtera, Untuk entry dimalam yang dingin ini, saya terfikir untuk berkongsi tentang teknik menghadapi anak anak yang mempunyai tantrum atau karenah yang tinggi.
Saya banyak menggunakan pengalaman saya sebagai fisioterapi dan serapkan kaedah didalam memujuk anak anak saya jika mereka mengamuk dan memberontak.
Kaedah yang digunapakai oleh saya adalah reverse psikologi. Memang fitrah anak anak merupakan lembaran kain putih dimana mereka merupakan salah satu ujian dan juga kurniaan bagi ibu dan ayah. Anak anak juga
Merupakan salah satu pencetak yang paling jitu, di mana pada peringkat usia awal 3 hingga 5 tahun mereka mudah dipengaruhi dengan keadaan persekitaran.

  1. Bagi anak anak yang mempunyai sikap pemarah selalunya mereka akan memberontak dan juga menunjukkan kemarahan dengan menangis dengan kuat dan meronta,  bagi ibu bapa yang hilang sabar ianya memang menduga kesabaran. Teknik yang boleh digunakan pertama sekali apabila datang sikap pemarah dan memberontak , rangkul dan peluk anak anda serta cium di pipi atau ubun ubun serta katakan perkataan sayang pada dia, jika boleh anda boleh geletek dia dan cuba bergurau kerana waktu itu fokus kemarahan  anak anda akan terberhenti disebabkan anda cuba meredakan dengan menukar konsentrasi anak tersebut. 
  2. Anak anak yang kerap baling barang pastikan anda tidak menjerit dan mengugut dengan menunjukkan kemarahan kepada mereka, tetapi anda boleh menggunakan teknik memujuk seperti memuji barang yang hendak dilontarkan adalah objek yang cantik dan minta secara lembut untuk diberikan kepada anda atau anda boleh menggunakan sistem barter atau cuba menukarkan sesuatu dengan barang yang digemari olehnya seperti contoh saya gunakan teknik mengajak anak ke dapur Dan buka peti sejuk dan suruh dia mengambil makanan kegemaranya. 
  3. Anak anak yang suka menjerit kadang kadang memang menyakitkan telinga ini disebabkan sikap ibu bapa itu sendiri yang membalas jeritan anak anak itu dengan menengking kembali kepada mereka, sebenarnya kita boleh mengunakan teknik berbisik, seperti apabila kita hendak marah peluk mereka dari belakang dan membisikkan secara perlahan bahawa tak perlu jerit jerit dan bercakap dengan lembut dan alhamdulillah ianya membuktikan kepada anak anak saya sendiri apabila mereka tidak puas hati, mereka tidak lagi menjerit tetapi lebih kepada berbisik. 
  4. Ada ketika anak anak akan menyampuk percakapan kita dan cuba interupt perbualan org dewasa, tetapi sebagai ibu dan ayah yang matang kita boleh menggunakan teknik pause atau teknik masa,  seperti yang saya lakukan apabila anak anak saya cuba menyampuk didalam perbualan, saya akan berhenti bercakap dan memaklumkan bahawa saya akan memberi peluang kepada anak anak saya bahawa saya akan bercakap dengan mereka selepas 5min, alhamdulillah ianya terbukti berkesan dimana anak anak saya dapat peluang untuk bercakap walaupun kadang kadang hanya dia nak nyatakan sesuatu yang pendek, tetapi semakin kita bertolak ansur mereka akan lebih hormat dalam perbualan kita. 
  5. Untuk memujuk anak di rumah ada ketika saya biarkan mereka puas dalam mengamuk dan hanya memerhati, kerana mereka akan berhenti apabila kemarahan mereka reda selepas itu saya akan memeluk mereka dan membisikkan di telinga mereka bahawa sifat marah itu adalah rakan syaitan, tetapi sifat orang baik adalah sifat yang tenang dan saya ajarkan mereka apabila marah mereka akan hilang markah, maka nanti mereka tak boleh dapat reward. 
So kalau dilihat banyak lagi teknik yang boleh digunakan, tetapi saya percaya setiap ibu bapa mereka mempunyai teknik tersendiri, insha Allah apa yang terbaik ialah kita sebagai parents hendaklah memahami bahawa anak anak kecil ini tidak matang, kita yang matang sepatutnya mesti tahu bagaimana untuk mengawal keadaan emosi kita apabila berhadapan dengan ahli syurga ini, 
Wassalam...


Thursday, September 17, 2015

Privacy Policy

Privacy-policy

akufisio.blogspot.com Privacy PolicyInformation Collection
Information Usage
Information Protection
Cookie Usage
3rd Party Disclosure
3rd Party Links

Google AdSense
Fair Information Practices
Fair information
Practices
COPPA
CalOPPA
Our Contact Information


This privacy policy has been compiled to better serve those who are concerned with how their 'Personally identifiable information' (PII) is being used online. PII, as used in US privacy law and information security, is information that can be used on its own or with other information to identify, contact, or locate a single person, or to identify an individual in context. Please read our privacy policy carefully to get a clear understanding of how we collect, use, protect or otherwise handle your Personally Identifiable Information in accordance with our website.



What personal information do we collect from the people that visit our blog, website or app?


When ordering or registering on our site, as appropriate, you may be asked to enter your name, email address or other details to help you with your experience.


When do we collect information?


We collect information from you when you register on our site or enter information on our site.



How do we use your information?


We may use the information we collect from you when you register, make a purchase, sign up for our newsletter, respond to a survey or marketing communication, surf the website, or use certain other site features in the following ways:


      • To personalize user's experience and to allow us to deliver the type of content and product offerings in which you are most interested.
      • To improve our website in order to better serve you.


How do we protect visitor information?


We do not use vulnerability scanning and/or scanning to PCI standards.
We use regular Malware Scanning.


Your personal information is contained behind secured networks and is only accessible by a limited number of persons who have special access rights to such systems, and are required to keep the information confidential. In addition, all sensitive/credit information you supply is encrypted via Secure Socket Layer (SSL) technology.


We implement a variety of security measures when a user enters, submits, or accesses their information to maintain the safety of your personal information.


All transactions are processed through a gateway provider and are not stored or processed on our servers.


Do we use 'cookies'?


Yes. Cookies are small files that a site or its service provider transfers to your computer's hard drive through your Web browser (if you allow) that enables the site's or service provider's systems to recognize your browser and capture and remember certain information. For instance, we use cookies to help us remember and process the items in your shopping cart. They are also used to help us understand your preferences based on previous or current site activity, which enables us to provide you with improved services. We also use cookies to help us compile aggregate data about site traffic and site interaction so that we can offer better site experiences and tools in the future.

We use cookies to:
      • Understand and save user's preferences for future visits.
      • Keep track of advertisements.

You can choose to have your computer warn you each time a cookie is being sent, or you can choose to turn off all cookies. You do this through your browser (like Internet Explorer) settings. Each browser is a little different, so look at your browser's Help menu to learn the correct way to modify your cookies.



If you disable cookies off, some features will be disabled It won't affect the users experience that make your site experience more efficient and some of our services will not function properly.


However, you can still place orders .



Third Party Disclosure


We do not sell, trade, or otherwise transfer to outside parties your personally identifiable information.


Third party links


We do not include or offer third party products or services on our website.


Google


Google's advertising requirements can be summed up by Google's Advertising Principles. They are put in place to provide a positive experience for users. https://support.google.com/adwordspolicy/answer/1316548?hl=en


We use Google AdSense Advertising on our website.

Google, as a third party vendor, uses cookies to serve ads on our site. Google's use of the DART cookie enables it to serve ads to our users based on their visit to our site and other sites on the Internet. Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy.


We have implemented the following:
      • Remarketing with Google AdSense
      • Google Display Network Impression Reporting
      • Demographics and Interests Reporting
      • DoubleClick Platform Integration



We along with third-party vendors, such as Google use first-party cookies (such as the Google Analytics cookies) and third-party cookies (such as the DoubleClick cookie) or other third-party identifiers together to compile data regarding user interactions with ad impressions, and other ad service functions as they relate to our website.

Opting out:
Users can set preferences for how Google advertises to you using the Google Ad Settings page. Alternatively, you can opt out by visiting the Network Advertising initiative opt out page or permanently using the Google Analytics Opt Out Browser add on.


California Online Privacy Protection Act


CalOPPA is the first state law in the nation to require commercial websites and online services to post a privacy policy. The law's reach stretches well beyond California to require a person or company in the United States (and conceivably the world) that operates websites collecting personally identifiable information from California consumers to post a conspicuous privacy policy on its website stating exactly the information being collected and those individuals with whom it is being shared, and to comply with this policy. - See more at: http://consumercal.org/california-online-privacy-protection-act-caloppa/#sthash.0FdRbT51.dpuf


According to CalOPPA we agree to the following:
Users can visit our site anonymously
Once this privacy policy is created, we will add a link to it on our home page, or as a minimum on the first significant page after entering our website.
Our Privacy Policy link includes the word 'Privacy', and can be easily be found on the page specified above.

Users will be notified of any privacy policy changes:
      • Via Email
Users are able to change their personal information:
      • By emailing us

How does our site handle do not track signals?
We honor do not track signals and do not track, plant cookies, or use advertising when a Do Not Track (DNT) browser mechanism is in place.

Does our site allow third party behavioral tracking?
It's also important to note that we allow third party behavioral tracking


COPPA (Children Online Privacy Protection Act)


When it comes to the collection of personal information from children under 13, the Children's Online Privacy Protection Act (COPPA) puts parents in control. The Federal Trade Commission, the nation's consumer protection agency, enforces the COPPA Rule, which spells out what operators of websites and online services must do to protect children's privacy and safety online.


We do not specifically market to children under 13.


Fair Information Practices


The Fair Information Practices Principles form the backbone of privacy law in the United States and the concepts they include have played a significant role in the development of data protection laws around the globe. Understanding the Fair Information Practice Principles and how they should be implemented is critical to comply with the various privacy laws that protect personal information.


In order to be in line with Fair Information Practices we will take the following responsive action, should a data breach occur:
We will notify the users via in site notification
      • Other

We also agree to the individual redress principle, which requires that individuals have a right to pursue legally enforceable rights against data collectors and processors who fail to adhere to the law. This principle requires not only that individuals have enforceable rights against data users, but also that individuals have recourse to courts or a government agency to investigate and/or prosecute non-compliance by data processors.


CAN SPAM Act


The CAN-SPAM Act is a law that sets the rules for commercial email, establishes requirements for commercial messages, gives recipients the right to have emails stopped from being sent to them, and spells out tough penalties for violations.


We collect your email address in order to:

To be in accordance with CANSPAM we agree to the following:

If at any time you would like to unsubscribe from receiving future emails, you can email us at
and we will promptly remove you from ALL correspondence.


Contacting Us


If there are any questions regarding this privacy policy you may contact us using the information below.


akufisio.blogspot.com

extraordinarilz@gmail.com

Last Edited on 2015-09-17

Wednesday, September 16, 2015

Cara Mengelakkan sakit bahu selepas stroke

Tips Mengelakkan sakit bahu
Bismillahirahmanirahim,
Untuk perkongsian ilmiah pada pagi ini saya nak kongsikan sedikit tentang cara atau tips yang boleh dilakukan bagi mengelakkan rasa sakit pada bahu selepas serangan angin ahmar.

Masalah sakit bahu yang dihidapi oleh pesakit stroke kerap berlaku disebabkan keadaan ahli keluarga yang kurang arif tentang penjagaan selepas serangan angin ahmar.
di sini saya sertakan tip tip ringkas untuk mengelakkan kecederaan ini berlaku.

  1. Untuk masalah sakit bahu ini elok dirujuk kepada pakar fisioterapi bagi mengetahui berapa kah aras kesakitan atau level yang dihidapi oleh pesakit.
  2. ikut segala arahan yang diajar oleh fisioterapi sebelum keluar dari hospital
  3. melakukan sebarang pemerhatian keadaan struktur otot , kulit dan juga tahap kesakitan yang dihadapi.
  4. belajar Teknik pegangan yang betul ketika melakukan aktiviti pergerakkan dengan pesakit seperti membantu pesakit berdiri atau berjalan.
  5. Belajar teknik penggunaan sling yang betul (Anduh Bahu)
  6. apabila pesakit duduk , pastikan ampu tangan serta bahu dengan bantal, dan pastikan level bahu tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
  7. hanya lakukan senaman pada bahagian bahu apabila anda benar benar belajar dengan fisio tanpa memberi risiko kepada pesakit.
  8. apabila memakaikan pakaian lakukan pada bahagian tangan yang lemah dahulu dan diikuti dengan tangan yang kuat.
  9. Pastikan anda tidak merentap atau menarik tangan pesakit yang lemah ketika pesakit berjalan dan , menukar posisi.
  10. Elakkan menggunakan overhead pulley ketika kesakitan bahu sedang akut.
Insha allah tip tip ini adalah ringkas dan dapat memberikan sedikit tentang pencegahan yang mampu kita lakukan tanpa memberi kemudaratan buat pesakit..
wassalam...


Cara terbaik mengatasi masalah sciatica

Tips Mengatasi Masalah Sciatica


Bismillahiramanirahim,
Untuk entry kali nie, saya ingin kongsikan beberapa tips bagi mengatasi masalah sciatica ini,
Dalam entry yang lepas saya telah kongsikan cara senaman dan rawatan yang boleh membantu bagi mengurangkan gejala yang terhasil daripada sciatica ini.
Masalah sciatica ini amat menganggu, ini kerana kesakitan yang dirasai oleh pesakit sukar untuk digambarkan, kerana ada sesetengah pesakit tidak mampu berjalan, berdiri dan juga duduk disebabkan oleh kesakitan sciatica ini.
Kebanyakan pesakit mengalami lemah sebelah
Kaki dan juga diikuti dengan kebas kebas serta rasa burning atau pijar.
Antara tip tip yang saya selalu berikan kepada pesakit antara nya adalah

  1. Cuba hadkan posisi atau pergerakan yang boleh mengakibatkan kesakitan menjadi lebih teruk. 
  2. Apabila kesakitan yang dialami semakin kurang elakkan mencari kembali kesakitan itu dengan mencuba melakukan posisi atau pergerakan yang membawa kesakitan itu muncul. 
  3. Ais merupakan salah satu daripada rawatan yang boleh dilakukan dengan menuamkan kebahagian tender point atau tempat yang sakit apabila ditekan. 
  4. Bagi kesakitan yang diikuti dengan lenguh tuamkan Hot water bag, ke bahagian yang rasa sakit serta lenguh itu. 
  5. Cuba lakukan senaman apabila kesakitan semakin kurang, dan berhenti apabila kesakitan jadi bertambah. 
  6. Bahagian sciatica digalakkan lakukan urutan yang soft serta lebih kepada kelancaran darah seperti efflurage teknik dan juga stroking. 
  7. Cuba lakukan hamstring stretch dan juga sciatica stretch. 
  8. Ambil ubat ubatan yang disarankan oleh Dr, dan teruskan ubatan mengikut arahan pakar dan elakkan menjadi Dr sendiri.  
Sciatica merupakan salah satu kondisi perubatan yang memerlukan pemerhatian yang serius, kerana kesakitan yang dialami oleh mereka mengganggu dari segi fizikal dan juga mental. Insha Allah dengan rawatan yang berkesan serta kesedaran pesakit tentang masalah ini ianya mampu dirawat dengan berkesan. 
Wassalam...

Tuesday, September 15, 2015

Bahaya dan kesan sampingan kudis tekanan

Tips Mengelakkan Kudis tekanan
Bismillahiramanirahim,
Untuk entry kali nie, saya nak kongsikan serba sedikit tentang tips tips mengelakkan atau membantu mencegah penghasilan kudis tekanan atau dalam bahasa perubatan dipanggil decubital ulcer, ianya mampu berrlaku di sekitar kawasan tulang prominent seperti di bahagian siku, pergelangan tangan, sendi lutut dan juga kawasan yang paling kerap terjadi dan sukar untuk kita melihat adalah di bahagian belakang badan iaitu di bahagaian coccyx atau bahagian tulang sulbi atau tongkeng.
Kebanyakan kudis ini terjadi apabila pesakit tidak mempunyai keupayaan di dalam memusingkan badannya dan juga kerap berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah yang dipanggil bed ridden, pesakit lumpuh dan pesakit angin ahmar merupakan antara pesakit yang paling kerap dapat.
Oleh itu di sini saya ingin kongsikan beberapa tips tips yang dapat membantu anda untuk mengenal pasti punca utama masalah ini dan juga cara untuk mencegahnya.

  1. Pastikan pesakit sentiasa dipusingkan kekiri atau kekanan dengan kerap sekurang kurangnya 2 jam sekali. 
  2. Pastikan tilam pesakit merupakan tilam yang lembut dan tidak keras. 
  3. Lakukan simple massage atau sapuan ke bahagian belakang badan agar membantu pengaliran darah yang baik. 
  4. Pesakit boleh dibantu dengan menyediakan pelampung kudis tekanan yang berbentuk bulat atau dipanggil donut pillow. 
  5. Sentiasa memantau bahagian kulit yang terlibat ketika melakukan penukaran lampin pakai buang kepada pesakit. 
  6. Menjadi satu kelebihan jika anda dapat mendudukkan pesakit kekerusi roda atau duduk di bahagian tepi katil bagi menggalakkan belakang badan mempunyai ventilation dan membantu mengeringkan kelembapan kulit. 
  7. Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang pesakit apabila pesakit kencing atau berak. 
  8. Jika ada kemampuan, dapatkan pump air mattress supaya bahagian belakang pesakit sentiasa mempunyai tekanan yang berbeza beza, kerana ia mampu mengelakkan tekanan yang kekal pada bahagian belakang badan. 
  9.  Dapatkan bantuan jururawat bagi melakukan pembersihan luka yang konsisten. 
  10. Memantau kedalaman dan kekeringan luka pesakit dengan membawa pesakit berjumpa pakar orthopaedic. 
Insha Allah tip tip yang saya kongsi bersama anda adalah merupakan salah satu tugas bahagian fisioterapi yang boleh digunakan untuk tujuan menjaga serta mengelakkan kudis tekanan itu berlaku atau menjadi lebih mudarat ... Wassalam....


Thursday, September 10, 2015

Atasi Masalah Berdengkur dengan berkesan

Tips Atasi Masalah Dengkur

Bismillahirahmanirahim...

Masalah berdengkur adalah satu masalah yang paling sinonim dengan manusia , kerana ianya melalui pengalaman saya sebagai ahli fisioterapi kita boleh melatih kekuatan sekitar otot dalam mulut dan lidah kita .
Dengkur boleh terjadi kepada sesiapa sahaja , dan ianya merupakan masalah yang serius jika tidak diatasi dalam psikologi dan juga persekitaran sekeliling , mesti anda pernah terbaca yang ada pelajar di sebuah university di luar negara yang membunuh rakan sebilik dengan menekup bantal ke muka akibat tidak tahan dengan dengkuran yang kuat. Sebab itu saya katakan ianya mampu mengundang masalah jika kita tidak cuba untuk mengatasinya.

Tips senaman yang boleh saya kongsikan dan diamalkan sendiri oleh saya ..

  1. sebelum dan selepas bangun tidur lakukan gargle dengan air suam sekitar 15 saat sambil melontarkan huruf vokal A E I O U, ianya dilakukan bagi menguatkan otot otot di sekitar kawasan anak tekak.
  2. apabila melakukan senaman ini pastikan kita secara perlahan lahan menambahkan masa untuk menahan gargle air itu dari 15 saat ke 20 saat.
  3. senaman kedua gunakan straw minuman dan cuba tiup dalam air selama yang kita mampu , selain menguatkan otot mulut ,senaman ini juga mampu menguatkan rongga pernafasan dan paru paru.
  4. Untuk senaman otot lidah , tolakkan lidah anda kesisi pipi kiri dan kanan , mulakan dengan kanan dahulu dan tahan sekitar 10 saat dan dilakukan sebanyak 3 kali , ini bermakna anda melakukan tolakan lidah sekitar 30 kali dalam satu sesi senaman.
  5. Kemudian tolakkan lidah ke lelangit dan ditahan juga sekitar 10 saat ,dan dilakukan 3 kali 
  6. Tolakkan lidah ke gigi depan dan kebawah ,tahan sekitar 10 saat dan dilakukan 3 kali .
  7. salah satu cara lagi untuk menguatkan otot lidah anda boleh gunakan sudu kecil ,letakkan di atas lidah dan cuba guna kekuatan lidah dan tolakkan sudu itu ke arah lelangit sambil sudu itu menahan atau melawan lidah tanpa memberikan ia naik keatas.
Senaman ini bukanlah merupakan senaman yang ajaib , ianya perlu dilakukan sendiri dan perlulah konsistant , saya menggunakan senaman ini keatas saya sendiri dan menciptakan mengikut kemampuan saya sendiri dan alhamdulillah , apabila diajar kepada pesakit saya ianya memberikan gambaran yang positif dan mampu mengurangkan masalah dengkuran yang kronik.

Wasalam....

Cara mengatasi masalah kaki bengkak

Cara Mengatasi masalah kaki bengkak
Bismillahirahmanirahim,
untuk perkongsian entry kali ini saya ingin berkongsi bagaimana mengatasi kaki yang bengkak.
banyak faktor yang boleh membawa kepada pembengkakan kaki dimana , ada yang disebabkan oleh bengkak air dan juga bengkak inflamasi.
kaki yang bengkak boleh disebabkan masalah masalah berikut.

  • Tarikan gravity disebabkan berdiri terlalu lama atau duduk terlalu lama
  • kegagalan fungsi buah pinggang
  • jangkitan pada salur darah
  • post operation pada bahagian anggota bawah tubuh
  • ibu mengandung
  • pesakit yang mengalami kencing manis dan juga hipertensi
  • Gemuk atau obesity
  • kecederaan pada anggota bawah tubuh
  • radang dan inflamasi pada anggota bawah tubuh.
apa bila masalah bengkak ini berlaku , kadang kadang ianya akan memberikan rasa yang tidak selesa kepada pesakit dimana ada pesakit yang merasakan kaki mereka lemah dan bertambah berat.
masalah ini boleh mengakibatkan pesakit mengalami kesukaran untuk bergerak dan rasa sakit ketika berjalan serta bergerak.

cara yang ingin saya kongsikan disini adalah cara yang paling basic dan boleh dilakukan di rumah tanpa perlu ada apa apa ubatan , tetapi anda hendaklah mengetahui dahulu apa punca masalah kaki bengkak ini. Kaki bengkak boleh diatasi dalam beberapa cara .

1. Cara yang paling kerap dan mudah dilakukan ialah Elevation atau meninggikan kedudukan kaki ketika baring , ukuran yang diambil hendak lah berada tinggi dari aras dada , kita boleh menggunakan 2 bantal yang diletakkan di hujung kaki atau di bawah pelipat lutut, biarkan posisi sebegini di dalam 2 jam , dan kesanya akan nampak dengan serta merta.

2.Penggunaan compression stocking , ianya merupakan salah satu lagi cara yang boleh membantu , tetapi penggunaan stocking ini hendaklah dilakukan dengan ukuran dahulu kerana setiap saiz mempunyai keteganggangan yang berbeza dan juga ianya mempunyai tekanan yang berbeza.

3.terapi urut adalah merupakan salah satu rawatan yang mudah dan memberikan potensi yang lebih baik , selalunya teknik efflurage dan strocking adalah teknik yang banyak membantu didalam pengurangan bengkak dan selalunya ianya dilakukan dari tapak kaki dibawa ke peha , ianya bertujuan membantu proses pembalikan air ke hati dan ginjal .

4.pengambilan ubat , selalunya ianya diberikan oleh Dr bagi membantu pesakit mengurangkan komposisi air dalam badan seperti contoh Lasix , tetapi setiap pengambilan ubat hendaklah mengikut arahan Dr.

teknik yang saya kongsikan ini adalah lebih kepada pengurusan bengkak kaki di rumah , tetapi adalah digalakkan pesakit supaya berjumpa dengan Dr dahulu bagi melakukan pemeriksaan dan juga mendapatkan diagnosis yang lebih tepat.

Wassalam


Tuesday, September 8, 2015

Pemulihan pesakit stroke

Pesakit Stroke
Bismillahirahmanirahim...
asalamualaikum , hari nie nak share sikit tentang apa yang dikatakan pesakit ,
sudah menjadi lumrah buat saya apabila melakukan rawatan kepada pesakit pesakit dan mengenali setiap karakter mereka.
apabila dinamakan pesakit bermakna mereka adalah orang yang sakit dan kita sebagai perawat hendaklah mempunyai satu integriti atau etika di dalam memberikan perawatan yang baik buat mereka .tak dinafikan kadang kadang apabila sakit emosi pesakit akan terganggu dan mereka adalah dalam situasi yang memerlukan pemerhatian ,dimana sebagai ahli fisioterapi saya selalu menganggap ini adalah merupakan satu ibadah di dalam konteks perkhidmatan.
apa yang saya lakukan atas niat kerana Allah  ta ala , kena marah dengan pesakit pun adalah merupakan pekara yang semestinya akan dihadapi oleh pengamal perubatan.
Dekat 15 tahun saya di dalam bidang ini saya melihat pelbagai ragam dan karenah manusia , ada yang menyalahkan takdir , ada yang istiqamah dengan masalah sakit mereka dan ada yang pesakit kadang kadang tak tahu nak jelaskan macam mana.
Saya melihat pesakit merupakan amanah yang diberikan allah kepada saya untuk merawat dan memberikan khidmat buat mereka ,cuma ada di kala waktu saya lebih terkilan kepada di kalangan ahli keluarga yang tidak dapat memahami situasi yang dialami oleh pesakit itu sendiri.
Tiada siapa yang ada di atas dunia ini inginkan sakit dan juga masalah ,tetapi allah maha mengetahui dan akan menguji hambanya bagi mereka yang mampu menghadapinya.
            Bagi pesakit angin ahmar sokongan keluarga amatlah penting di dalam proses pemulihan mereka , dan saya selalu menekankan apabila pesakit stroke melalui proses pemulihan sekurang kurangnya 1 ahli keluarga mesti berada di sisi sebagai pembakar semangat dan juga sebagai teman buat pesakit , tetapi anak anak muda di zaman sekarang memikirkan apabila orang tua mereka mengalami masalah stroke ini , maka harapan untuk pulih sudah tiada , dan ada sesetengah mereka melepas tangan tanpa memikirkan bahawa org yang sakit itu adalah ibu bapa mereka sendiri.
Tahukan anda bahawa dalam proses acute stage of stroke proses pemulihan memainkan peranan yang penting buat mereka kerana dalam 3 bulan selepas serangan angin ahmar waktu itu merupakna waktu emas untuk proses pemulihan , bagi yang memahami masalah stroke ini selalunya waktu inilah mereka akan kejar untuk pulih , sebab itu apabila pesakit datang dan melakukan rawatan saya kerap menekankan kepada keluarga agar bersama dengan pesakit agar mereka melihat sendiri apakah latihan yang mampu diteruskan dirumah , kerana sebilangan pesakit hanya dapat meluangkan masa rawatan di fisio sekitar 2 jam sahaja dan 22 jam lagi ada di rumah. Sebab itu mereka perlu memastikan sekurang kurangnya senaman asas yang dipelajari mampu dilakukan 3 kali sehari .
ada sesetengah pesakit angin ahmar mudah give up dan putus asa , tetapi keluarga lah merupakan tunjang buat penyembuhan mereka , memang ada ketika mereka tidak mampu mengawal kemarahan dan akan temper secara tiba tiba , tetapi saya percaya dan melihat melalui pengalaman saya sendiri , pesakit yang mempunya sokongan keluarga yang kuat kadar pemulihan mereka sekitar 60% berbanding pesakit yang tiada mendapat sokongan dari ahli keluarga.
        Kesimpulanya bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah stroke ini berikan sokongan dari segi masa dan juga kata kata semangat kerana dengan sokongan ahli keluarga akan memberi mereka perasaan dihargai dan secara zahirnya good feeling dari pesakit juga merupakan penyumbang kepada proses pemulihan mereka...
Wasalam..

Another Blogers