Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Breaking News

Pages

Friday, June 19, 2015

Senaman untuk pesakit kanser

Senaman Vs Kanser
Kanser dan  perawatan  boleh memberikan impact fizikal, mental dan sosial yang dapat memberi kesan kepada badan dan kualiti hidup anda. Program senaman boleh membantu anda untuk mengatasi  kesan kesan sampingan dari perawatan kanser dan  kajian  telah membuktikan bahawa proses senaman ini selamat, sesuai dan berkesan.

Keluarga pesakit mungkin mahu pesakit untuk berehat sepanjang masa, tetapi ini tidak boleh menjadi satu alasan yang terbaik untuk anda supaya tidak melakukan apa apa gerakan pada badan. Senaman mampu dilakukan jika doktor serta jurupulih terapi anda mengatakan ia selamat.

 Antara kesan yang baik dari senaman  termasuk:

  •  Kekuatan otot meningkat dan daya tahan badan meningkat.
  •  membantu memberikan tenaga pada badan secara fisiologi dengan membawa darah darah  yang beroksigen hasil dari senaman.
  • Membantu peningkatan kepadatan tulang yang lebih baik dan membantu gerakan sendi lebih lancar.
  • meningkatkan kekuatan kardiovaskular dan melancarkan fungsi pernafasan
  • Memnbantu mengurangkan kesan kesan loya dan muntah-muntah pada sesetengah orang pada rawatan kemoterapi
  • Dapat membantu Meningkatkan selera makan
  • Dapat membantu pesakit tidur lebih nyenyak  dan mempunyai quality tidur yang baik.
  • Peningkatan motivasi dan kawalan emosi yang berkesan ke atas hidup anda
  • Meningkatkan proses penghadaman yang baik  dan sembelit mampu dikurangkan
  • mengurangkan tekanan dan meningkatkan hormon endorphin dalam tubuh secara semula jadi dapat memberikan mood yang lebih baik .

Insha Allah dengan senaman ,Manfaat ini boleh membantu dengan pemulihan dan mengurangkan kesan-kesan sampingan yang terjadi ketika rawatan kanser, seperti keletihan, loya, kebimbangan, kemurungan dan kelemahan otot. Senaman dan pemakanan yang baik boleh membantu anda untuk mewujudkan gaya hidup yang sihat, aktif dan membantu anda kembali ke dalam kehidupan harian .

Kajian Ada menunjukkan Senaman boleh membantu menangani badan anda dengan melawan sel sel kanser

 Aktiviti fizikal  dikaji dapat membantu mengurangkan dengan risiko penurunan kanser tertentu, seperti kaser payudara dan kanser kolon.  kajian menunjukkan bahawa senaman boleh membantu badan anda untuk berurusan dengan kanser dan rawatan kanser dengan:
• Meningkatkan sistem imun
• Menggalakkan pengeluaran sel-sel darah putih
• Mengurangkan masa yang digunakan di hospital (dalam sesetengah kes)
• Dalam sesetengah kes, kadar kelangsungan hidup yang semakin meningkat dalam kanser tertentu (seperti payudara dan kanser kolorektal).

Segala yang Allah turunkan penyakit ada ubat ubatnya , ini bermakna kita sebagai hambanya perlu ikhtiar dan mencari penawar penawarnya,





Tempoh masa untuk pulih Dari Stroke

Pemulihan Dari Stroke
Bismillahirahmanirahim,

Asalamualaikum wbt , diatas permintaan yang ramai tentang stroke , hari nie saya nak ceritakan sikit berkaitan jangkaan pemulihan selepas angin ahmar.

Kajian menyatakan bahawa 7 Juta penduduk dunia setiap tahun telah diserang masalah angin ahmar ini , Bayangkan bertapa ramainya manusia yang mengalami masalah ini , dan ianya bukan lah masalah individu tetapi ianya merupakan masalah global.

Apakah yang berlaku selepas serangan angin ahmar ?
proses pemulihan Rehab bermula dalam masa 24 hingga 48 jam selepas serangan angin ahmar. Dalam tempoh ini, fisioterapi dan pasukan rehabilitasi  akan membantu  pesakit dengan melakukan senaman  serta gerakan asas di atas katil untuk menguatkan anggota badan mereka. Ini membantu pesakit-belajar semula mendapatkan kekuatan dan juga mengelakkan badan pesakit menjadi semakin lemah.

Pemulihan Rehab tidak boleh menyembuhkan kerosakan  strok , tetapi otak manusia mampu melakukan penyesuaian yang menakjubkan Dengan masa yang tertentu, bahagian-bahagian yang berlainan dalam otak yang tidak cedera dan normal mampu serta boleh mengambil alih peranan asalnya  dan di alihkan kepada kawasan-kawasan lain oleh itu Sel-sel otak tertentu boleh pulih daripada kerosakan yang kecil.

Jangka Atur pemulihan dari stroke
Dalam proses pemulihan saya boleh nyatakan bahawa ada beberapa kajian serta standard yang telah dilakukan dan diguna pakai untuk rujukan kami sebagai fisioterapi.
Melalui Persatuan Kebangsaan Stroke
  • 35 peratus pulih hampir sepenuhnya, atau dengan masalah kecil
  • 40 peratus pengalaman  cedera sederhana untuk kecacatan teruk yang memerlukan sokongan
  • 10 peratus memerlukan rumah penjagaan atau penjagaan jangka panjang kemudahan
  • 15 peratus  kematian selepas stroke

Komplikasi selepas stroke
Pesakit boleh menjangkakan cabaran yang pelbagai selepas mengalami masalah stroke ini dengan bergantung kepada bahagian otak yang terjejas oleh strok. Masalah cenderung untuk jatuh ke dalam salah satu daripada lima kategori yang luas:


  • kesukaran mengawal pergerakan atau lumpuh: biasanya menjejaskan separuh badan
  • kesakitan dan lain-lain jenis gangguan deria: termasuk masalah lemah kawalan kencing
  • masalah memahami atau menggunakan bahasa: conth. kehilangan keupayaan bertutur dan menulis
  • masalah kognitif: cth. masalah ingatan dan kurang perhatian.
  • gangguan emosi: cth. ketakutan, kebimbangan, kekecewaan, dan kesedihan

Program pemulihan Rehab
Ahli terapi akan berusaha untuk membantu pesakit dalam mendapatkan semula keupayaan mereka untuk berjalan, dengan menjalankan aktiviti melalui aktiviti-aktiviti di dalam kolam dan di treadmill. Mereka juga membantu pesakit belajar semula tugas-tugas kehidupan harian, seperti ,bagaimana untuk menyediakan makanan dan membentuk diri mereka sendiri.

Program-program lain latihan percakapan dan penyebutan pada perkataan pemahaman, membaca dan menulis latihan,  serta isyarat ingatan.  bahagian pemakanan boleh diubah suai untuk pesakit yang mengalami kesukaran menelan. Program seperti ini boleh dilakukan untuk pesakit luar dan pesakit di hospital.

Pemulihan sebelum pulang ke rumah
Jurupulih carakerja memainkan peranan didalam membantu keluarga pesakit bersedia untuk pulang. tempat pemegang bar boleh diletakkan di bilik mandi dan pada dinding berhampiran katil, dan juga di sepanjang lorong, untuk memudahkan pesakit  berjalan.


Antara Langkah-langkah keselamatan yang boleh  dilakukan adalah termasuk mengelak dan mengubah segala bentuk halangan yang pesakit boleh tersandung pada haangan ini seperti permaidani boleh alih, lantai yang tidak rata, dan barangan longgar di atas lantai terutama mainan kanak kanak.

Keep Life simple ( Ayat yang dipakai oleh guru aku dulu)
Pesakit CVA memerlukan sokongan yang positif dalam meneruskan kehidupan rutin semasa pemulihan. Cuba menggunakan ayatyang mudah yang hanya memerlukan kata ya atau tidak  Pastikan pilihan pakaian yang mudah.yang tidak menambah kan kegusaran pada hati pesakit.

Mengurangkan gangguan. Kemurungan adalah perkara biasa, jadi berbincang dengan doktor pesakit mengenai ubat-ubatan, diet, dan pilihan senaman yang berkesesuaian dengan kondisi pesakit.

Kembali Bekerja
Hampir separuh daripada mangsa strok di bawah umur 65 tahun kembali bekerja  sepenuhya atau kerja sambilan, Ia tidak selalunya peralihan yang mudah. Sebagai contoh, pesakit mungkin akan mudah mengalami keletihan, kesukaran menarik balik kata-kata, dan masalah ingatan.

Tetapi yang lebih mampu adalah status kondisi diri pesakit sendiri . Semakin besar kemungkinan ia akan membantu pesakit hampir akan kembali kepada kehidupan harian yang normal.Ukuran Indeks Barthel, digunakan untuk menilai dan memahami kondisi pesakit  yang telah keluar dari hospital, ini diguna pakai oleh therapist untuk membantu mengukur pergerakan individu dan fungsi tubuh badan apabila mengalami post stroke.







Panduan melakukan Senaman di Bulan Ramadhan...


Panduan melakukan senaman di bulan ramadhan

Asalamualaikum...

Segala puji Bagi Allah , menemukan kita sekali lagi di bulan ramadhan yang mulia ini,
semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk memanfaatkan ramadhan ini.

Hari ni saya nak share sikit tentang bagaimana untuk meneruskan senaman di bulan yang penuh baraqah ini.

• Latihan boleh dilakukan dua atau tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 30 minit setiap senaman. Tidak seperti hari biasa, melakukan senaman secara teratur dan mengambil masa 30 minit hingga satu jam.

• Dalam tempoh 30 minit, individu boleh melakukan tiga senaman secara beransur-ansur mula memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal, berjalan atau berjoging dengan melaraskan tahap penggunaan tenaga dengan senaman.

• Bersenam pada otot besar sahaja. Antaranya, dada, belakang, bahagian depan paha dan belakang paha. Bagi setiap otot, latihan boleh dilakukan dalam satu atau dua set dan setiap set 15-20 ulangan. Nombor kerap membolehkan kita mengurangkan lemak dan pada masa yang sama, membina otot

• Latihan boleh dilakukan 30 minit atau satu jam sebelum berbuka puasa atau berbuka dengan serta-merta selepas proses penghadaman selesai. Bagi mereka yang memilih untuk bersenam selepas berehat, pastikan makanan yang benar-benar hadam. Ambil sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.

• Elakkan makanan berat contohnya berbuka bersama nasi. Sebaliknya, individu dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang kecil, seperti Kurma dan minuman.

• 30 minit senaman kardiovaskular yang baik untuk jantung. Ini boleh diikuti dengan latihan mengangkat berat, latihan dan regangan. Selain memanaskan badan latihan, individu juga boleh menggunakan berbasikal boleh dilakukan selama 10 hingga 15 minit

Melakukan sukan dan senaman pada siang hari di dalam Panduan Ramadan
Bulan puasa tidak bermakna kita perlu berhenti bersenam , tetapi kita harus mengelak daripada bermain sukan lasak dan senaman berat pada siang hari di bulan Ramadhan, terutama dalam cuaca panas; dimana cuaca panas akan menyebabkan badan kehilangan cecair, yang boleh membawa kepada dehidrasi.

• Masa yang paling sesuai untuk  melakukan senaman pada bulan Ramadan adalah sebelum iftaar atau dua atau tiga jam selepas iftaar; ia tidak digalakkan untuk menggunakan dengan serta-merta selepas iftaar kerana semua tenaga badan pada masa itu digunakan kepada penghadaman.

• Adalah lebih baik untuk bersukan atau bersenam di tempat-tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik, jauh daripada pencemaran dan jalan-jalan yang sesak.

• Adalah lebih baik untuk sukan dilakukan adalah senaman yang ringan dan tidak membebankan tubuh, seperti berjalan atau senaman  gerak badan asas yang mudah.

• Tahap senaman harus sederhana serta konsistant, sehingga ia tidak mengambil masa yang terlalu lama unutk disudahkan , tetapi penetapan masa seperti saya nyatakan diatas diharap dapat membantu pembaca memahami dengan lebih jelas
.
Kesimpulannya,
Islam Mementingkan kesihatan dan kecerdasan , kerana ummat yang baik ialah ummat yang sihat tubuh badanya dalam menghambakan diri kepada allah , saya menekankan cara ini kerana ada beberapa pesakit saya yang masih keliru dalam penetapan masa dan juga waktu ketika melakukan senaman di bulan ramadhan ini. Kalau nak lebih mudah senaman Jom kita meramaikan masjid dengan tarawikh yang memang terbukti membantu kita lagi sihat dan juga menambahkan pahala kita.





Wednesday, June 17, 2015

Cara merawat Ankle Sprain

Terseliuh
Bismillahirahmanirahim

Asalamualaikum, hari nie pagi pagi saya nak ceritakan pasal ankle tergeliat atau dalam bahasa omputihnya dipanggil ankle sprain.

Apa itu ankle sprain ?
Ianya merupakan satu kecederaan yang paling kerap berlaku dan juga paling mudah kena pada manusia, kebanyakan kecederaan ini berlaku pada bahagian lateral (tepi) atau medial (dalam ), dan ianya mudah terjadi kerana kesilapan kita dalam memindahkan berat badan pada melakukan pusingan atau memijak.


Dalam Gambar berikut adalah contoh mekanisma kecederaan yang dialami .




Apakah simptom yang terhasil?
Semestinya adalah sakit , pesakit selalunya tidak mampu berdiri atau berjalan , selalunya pergelangan kaki akan membengkak dan juga bertukar warna kebiru biruan jika berlaku kekoyakan ligament .Ianya akan menjadi lebih parah jika pesakit memaksa kaki yang cedera itu berjalan.




Apakah Cara merawat Ankle sprain ?
Pembedahan bukanlah satu pilihan bagi pesakit jika mengalami masalah ankle sprain , walaupun kadang kadang kelihatan amat parah tetapi ligament ini secara semula jadi akan sembuh dengan sendirinya.

kecederaan ligament ini akan di kelaskan dalam grade bergantung kepada tahap kecederaan contoh explaination grade ada ditunjukkan di sini.



Dalam sitiuasi begini  rawatan dalam tempoh 48jam dan 72jam ,adalah  dengan merehatkan ankle serta meletakkan ais pada kaki yang cedera dalam tempoh 20 min setiap 3 jam dan 4 jam ,
rawatan lebih efectif jika dicompress dengan bandage dan ditinggikan kedudukan kaki bagi melancarkan perjalanan darah dan juga mengurangkan bengkak.
















Bagi pesakit yang mengalami masalah tidak boleh bergerak atau di isolatekan oleh pergerakan ankle ,mereka digalakkan untuk menggunakan removable walker boot.


  • merupakan contoh alternatif bagi mereka yang boleh pijak apabila mengalami sprain ankle.



  • cara yang orthodox atau lama , kebanyakan ankle mereka ini akan di isolatekan menggunakan cast

Image result for ankle sprain cast

 Berapakah lama tempoh penyembuhan kaki pesakit?
Penyembuhan bagi kaki pesakit bergantung kepada tahap kecederaan yang berlaku kerana ,bagi grade 1 , pesakit sudah boleh memulakan aktiviti harian setelah 5hari atau 7 hari , bagi grade 2 dan 3 ianya mungkin mengambil lebih masa dalam 2minggu ke 4 minggu bergantung kepada tahap kecederaan yang berlaku.

Selalunya masalah ankle sprain ini dalam 80-90% akan sembuh dengan sendiri , tetapi bagi pesakit yang terlalu kerap mengalami masalah ankle sprain ini , ianya dipanggil instability ankle , bagi yang terlalu kerap , pembedahan merupkan opsyen yang terbaik. Ianya perlu di diagnosiskan oleh pakar tulang bagi mengetahui tahap mana kecederaan itu berlaku.

Insha Allah pada masa akan datang saya akan kongsikan cara untuk melakukan senama selepas sembuh dari ankle sprain.


Tuesday, June 16, 2015

Senaman untuk atasi masalah vertigo

Vertigo Exercise
Asalamualaikum....

Pernah tak anda mengalami masalah penyakit yang dinamakan pening mata , itu panggilan dari orang tua tua kat kampung saya, tetapi dalam bidang perubatan ianya di panggil VERTIGO..

Apa itu vertigo?
Image result for vertigo disease
ini merupakan contoh gambaran yang sentiasa diberikan oleh pesakit saya

Vertigo merupakan salah satu masalah yang berkaitan dengan kepala, dalam telinga dan juga keseimbangan, Gejala ini dapat dilihat apabila pesakit menyatakan bahawa dunia disekelilingi mereka berputar walaupun mata dipejamkan,Gejala begini adalah disebabkan masalah dalam bahagian telinga (Vestibular) , selalunya pesakit akan mengalami masalah mual , hilang keseimbangan dan terlalu sensitif pada cahaya.

Optokinetic nystagmus.gif

Berikut adalah contoh anak mata pesakit yang mengalami masalah vertigo ini , dimana pergerakan anak mata menjadi goyang , ianya di panggil Nystagmus.

Sebab tue dulu masa borak dengan Tok chu saya , dia ada menyatakan dia ada penyakit pening mata , rupa rupanya apabila saya menceburi bidang fisio ini barulah saya faham ianya adalah vertigo.

Rawatan yang boleh dilakukan dirumah selepas mendapat ubat dari Dr adalah

  1. Tuamkan tuala sejuk disekitar bahagian leher dan kalau boleh dilakukan dengan air sejuk , tujuan nya adalah untuk mengurangkan rasa rasa mual dan juga mengurangkan rasa spining.
  2. Kurangkan pergerakan yang agresif seperti menunduk dan memusingkan kepala dengan pantas 
  3. Lakukan senaman .
Antara senaman yang biasa saya praktiskan adalah Brand daroft excercise dan reposition recanalith maneuver . Saya menggalakkan pesakit yang mempunyai sejarah sakit ini , pergi berjumpa dengan Pakar hidung dan tekak (ENT) dan berjumpa dengan fisioterapi yang bertauliah agar dapat mempelajari senaman yang betul.

Contoh senaman (Brand Daroft Maneuver) 
  1. Mulakan dengan duduk di tepi katil seperti gambar yang ditunjukkan di posisi 1
  2. Baring di posisi mengiring secara perlahan lahan , kemudian letakkan posisi kepala disudut 45 darjah , atau dalam kata lain kita baring tapi mengadap muka orang yang datang melihat kita.Ianya ditunjukkan di posisi 2
  3. Kekalkan kedudukan ini dalam posisi 30 saat , atau untuk mudah anda tunggu sehingga pening itu hilang atau semakin kurang.
  4. Kemudian secara perlahan lahan bangun dan duduk kembali seperti posisi asal dalam 30 saat perhatikan simptom pening itu. (posisi 3)
  5. Selepas itu anda kembali posisi mengiring ke arah yang bertentangan dan diulangi seperti langkah  no 2 tadi dan kekalkan kedudukan selama 30 saat dan tunggu sehingga hilang rasa spning itu.



Wasallam..




Bahaya masalah Osteoporosis

Osteoporotic
Bismillahirahmanirahim,
Asalamualaikum , Untuk post kali nie saya nak share kan sikit tentang Osteoporosis.



Apakah itu osteoporosis?
Osteoporosis merupakan satu masalah pereputan tulang  yang mengakibatkan tulang berlubang lubang .

Nampakkan perbezaan rawan tulang yang sihat dengan tulang yang bermasalah .
penghidap osteoporosis ini mempunyai risiko patah 5x ganda berbanding org yang tidak mempunyai masalah ini , kerana ada beberapa kes , pesakit yang batuk dengan kuat juga tulang rusuk boleh patah akibat impact yang kuat .

osteoporosis ini berlaku pada semua peringkat umur tetapi kajian menunjukkan ianya 90% berlaku dikalangan warga emas atau 50 tahun keatas.
Kaum Wanita mempunyai risiko yang lebih besar disebabkan pertukaran hormon dan juga disebabkan menopous.
Image result for osteoporosis.
Simptom Osteoporosis
Selalunya pada peringkat permulaan ianya tidak menunjukkan apa apa simptom, tetapi apabila struktur tulang berubah pesakit kerap rasa

  1. Sakit Belakang disebabkan perubahan struktur tulang belakang ,
  2. Postur badan jadi membongkok
  3. Hilang ketinggian
  4. Mudah patah dan kerap berlaku.
Bagaimana ianya berlaku?
Dalam proses pembentukan tulang ketika usia muda ianya berlaku dengan pantas , apabila tulang baru menggantikan tulang lama, pemampatan jisim tulang akan berlaku dengan cepat  dan ianya digantikan terus , dan tulang lama ini akan diserap oleh tubuh badan.

Kebanyakan manusia akan mengalami pemampatan jisim tulang apa bila umur mencecah 20 tahun keatas , waktu ini kekuatan tulang akan dihasilkan dan di simpan, , kebarangkalian osteoporosis ini berlaku bergantung kepada berapa banyakkah tubuh badan kita dapat mengekalkan jisism tulang yang sudah terbentuk ketika usia remaja lagi.

Risiko 

Ianya boleh berlaku kepada semua manusia kerana ianya out of control dari kita , ianya membuktikan kekusaan ALLAH SWT , dan apa yang ada di dalam tubuh kita hanyalah pinjaman sahaja.

  • -Jantina- ianya kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki 
  • -Umur- Semakin meningkat usia semangkin berisiko untuk mendapatkanya.
  • -Keturunan- Sejarah perubatan membuktikan risiko semakin tinggi jika ada ahli keluarga ibu atau bapa mempunyai sejarah patah tulang peha.
  • -Bentuk Tubuh- Kajian perubatan menyatakan , bagi mereka yang mempunyai tubuh badan kecil risiko 2x ganda berada disitu kerana , pembentukan jisim tulang bergantung kepada rangka tubuh badan manusia .
  • Hormon- Perubahan hormon , terutama wanita juga memainkan peranan dalam mereka mendapat masalah osteoporosis ini terutama selepas menopous
  • Thyroid- penghasilan hormon thyroid yang tinggi juga merupakan risiko untuk mendapat masalah ini.
  • Pengambilan Kalsium- Masalah ini dijangka disebabkan kurangnya pengambilan kalsium di usia muda , terutama bagi wanita wanita yang mengandung , ini kerana kalsium itu akan diserap oleh bayi anda.
  • Pembedahan Perut- ada ketika pembedahan yang melibatkan bahagian organ perut akan menjejaskan serapan nutrisi kesan dari jangka masa panjang.
  • Penggunaan ubat ubatan dalam jangka masa panjang seperti steroids
  • Diet makanan yang tak seimbang
  • Pengambilan alkohol yang berpanjangan
  • Merokok- Dalam kajian British medical association , merokok merupakan salah satu punca tulang menjadi lemah dan memerlukan tempoh yang amat panjang untuk sembuh jika patah , ini kerana penghasilan karbon yang tinggi dalam darah melambatkan peredaran darah yang beroksigen , dan juga unsur unsur kimia yang berada di dalam rokok merupakan salah satu faktor pencetus masalah Osteoporosis ini.
Komplikasi Dari Oteoporosis ini amat mudah difahami iaitu PATAH , dan bahagian yang kerap terjadi adalah di bahagian pinggul peha, tulang belakang dan pergelangan tangan, Patah tulang Peha amat mudah terjadi  dan ianya selalu dikaitkan dengan jatuh. Komplikasi dari patah tulang disebabkan ini boleh membawa kemudaratan dan juga kematian kepada pesakit selalunya pesakit yang berumur dan tua, kematian disebabkan komplikasi seperti kudis tekanan dan juga jangkitan paru paru. Dari pengalaman saya selalunya pesakit yang sudah berumur kesanya amat kritikal jika penjagaan selepas patah tidak dilakukan dengan betul.
Ada sesetengah pesakit yang tua mengalami patah tulang belakang tanpa sebab yang jelas seperti jatuh atau trauma , tetapi kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai masalah osteoporosis ini boleh mendapat kepatahan tulang belakang secara tiba tiba disebabkan struktur tulang yang rapuh dan juga bongkok  serta hilang kestabilan di turus tulang belakang.

Apakah Senaman Boleh membantu?
Insha Allah , ya ianya membantu dalam meningkatkan jisim kemampatan tulang , dan melalui pengalaman saya senaman ini bukan bermaksud menyembuhkan masalah osteoporosis ini tetapi ianya lebih mencegah.

dibawah adalah contoh senaman yang boleh dilakukan di rumah






Thursday, May 28, 2015

Kenapa Saya menulis Blog ini...

Alhamdulillah di Hari Jumaat yang Mulia ini dan lagi beberapa minggu sahaja lagi Bulan Ramadhan Bakal tiba , tak sabar rasanya nak berjumpa dengan ramadhan, semoga Allah memberi kesempatan buat kita untuk berjumpa dengannya...

Saya dalam bidang fisioterapi ini lebih dari 14 tahun , masih mentah lagi berbanding dengan guru guru saya , senior saya  ,terlintas di hati saya pada tahun lepas saya didatangi pesakit yang memerlukan info dan juga pemahaman tentang permasalahan mereka,

Bidang perubatan amat kompleks dan banyak makna makna perubatan yang agak sukar untuk masyarakat memahami , ia betul di internet terlalu banyak lambakan sumber informasi yang ada tetapi ianya terlalu detail dan juga banyak didalam bahasa inggeris,
apabila saya berjumpa dengan pesakit pesakit saya kadang kadang mereka tak faham apa yang dipercakapkan oleh DR dan Bagi fisioterapi sendiri juga menghadapi masalah untuk memberitahu dengan jelas..

saya tidak katakan blog saya ini jelas dan detail tetapi saya cuba adunkan info info yang ada di alam maya , pengalaman saya dan juga pandangan pandangan sahabat saya agar ianya dapat dikongsikan dengan masyarakat .

saya juga ingin menukarkan persepsi atau tanggapan masyarakat bahawa bidang fisio adalah bidang tukang Urut, sebenarnya ianya merupakan salah satu cabang kami tetapi bidang fisioterapi ini merupakan bidang pemulihan dimana tujuan adalah memaksimumkan kondisi pesakit kearah normal. Ilmu milik allah ini amat luas dan yang ada pada saya amat amat kecil dan perlu ditambahkan lagi..

Ada rakan rakan bertanya kenapa tak buat dalam bahasa inggeris kan senang untuk diterangkan , ye ianya betul tetapi bagi saya tak salah jika saya adunkan dalam bahasa ibunda saya ini , kerana target saya bukan hanya bagi mereka yang faham berbahasa inggeris tetapi lebih kepada masyarakat dan juga saya berharap agar ilmu ilmu ini boleh dikongsi dan difahami...

Insha Allah , saya pun masih baru dalam dunia blogers ini , dan saya nampak ianya sebagai medium bagi saya berkongsi dengan masyarakat tentang apa itu fisioterapi....

wassalam...

Teknik merawat Muscle Cramp

Rawatan untuk Cramp

Bismillahirahmanirahim....

Asalamualaikum, hari nie saya nak citerkan sikit berkaitan dengan masalah yang simple dalam bahagian musculoskeletal atau otot , tapi impaknya amat memberikan kesan kepada orang yang menghadapi masalah ini.

Muscle spasm atau Kejang Otot , kadang kadang paling senang saya nak bagi anda faham ialah orang melayu kita panggil ianya simpul biawak tapi dalam slanga mat saleh diorang panggil charley horse..Hermmm ye kot ...

Apakah itu muscle  Cramp & spasm ?
ianya satu proses pengecutan atau kontraksi otot yang tidak sekata dan berlaku secara tiba tiba , ianya mengakibat kan kesakitan dan juga rasa yang amat tegang pada bahagian yang terlibat ,kawasan yang paling biasa terkena ialah di bahu,belakang badan , perut ,tangan dan juga betis.





Punca ianya terjadi.
  1. Pengaliran darah yang tidak baik dan juga disebabkan penyempitan salur darah.
  2. Terlebih exercise (kata orang buat exercise lebih dari kemampuan badan)
  3. kurang renggangan ketika melakukan aktiviti sukan
  4. bersenam di tengah tengah panas
  5. otot dah terlalu penat ( berdiri lama lebih dari lapan jam)
  6. kekurangan mineral magnesium dan potasium
  7. kurang kalsium bagi ibu mengandung
  8. Kerosakan saraf di belakang atau di leher disebabkan masalah cakera disc
  9. stress dalam kehidupan harian.
  10. kesan sampingan ubat ubatan yang diambil sebagai contoh  Lasix, Procardia,Evista, Aricept dan beberapa jenis lagi yang DR lebih arif.
Perawatan yang boleh dilakukan
Masalah kejang otot tidak memerlukan pembedahan ataupun pengurusan yang sukar kerana rawatan selalunya boleh dlakukan sendiri dan amat penting kita memahami punca dan simptom itu dahulu.
rawatan yang boleh saya katakan agak berkesan adalah 
  1. Urutan yang ringan  (ianya amat membantu bagi melancarkan peredaran darah dan membantu pelancaran darah yang beroksigen ke tubuh .
  2. Lakukan renggangan atau stretching sebelum melakukan aktiviti aktiviti yang berat.
  3. Bagi kejang yang baru berlaku tuamkan dengan Tuala panas atau hot water bag bagi melembutkan otot yang keras 
  4. elakkan kena direct aircond pada bahagian kaki ketika tidur malam , kerana pengecutan otot berlaku dengan kadar tinggi ketika suhu sejuk.
  5. Diet yang seimbang amat perlu dan pisang mengandungi potasium yang baik serta mampu diserap badan dengan baik
  6. ikuti sunnah RASULALLAH SAW ,makan secubit Garam sebelum makan nasi kerana dibuktikan dalam kajian garam mampu merawat masalah kekurangan mineral diadalam tubuh dan ianya mampu mengelakkan kekejangan berlaku dengan kerap.


3 senaman ini insha allah mampu membantu mengurangkan risiko untuk kekejangan atau spasm ini berlaku , semoga ianya bermanfaat dan boleh membantu anda..

Wednesday, May 27, 2015

Apakah itu Disc Bulge

Disc Buldge
Asalamualaikum

Hari ni saya nak share sikit salah satu lagi punca yang mengakibatkan sakit belakang iaitu Disc Bulge

Apakah itu Bulging Disk

Ianya merupakan salah satu penyebab kepada sakit belakang ,dan juga sakit leher, salah satu punca yang paling kerap dijumpai di dalam diagnosis sakit belakang.
ianya juga ditafsirkan dalam perubatan sebagai slip disc serta protruding disc .
Tetapi apabila cakera disc ini membengkak dan keluar dari kantung disc ianya dikenali herniated disc.
bulging disc
Bagaimana ianya terjadi

Ada 3 faktor yang berkemungkinan mengakibat kan ianya berlaku , antaranya ialah


  • Kelemahan dinding anulous 
  • tekanan yang kuat pada disc spinal yang menyebabkan dinding anulous koyak 
  • Trauma atau jatuh.
Kita boleh bahagikan juga permasalahan ini dalam kajian menunjukkan 
  • Accumulated Microtrauma salah satu penyebab masalah ini berlaku adalah pengulangan trauma yang berterusan seperti poor posture akan menggalakkan masalah ini berlaku.

Kedudukan seperti gambar di atas merupakan posisi yang paling kerap kita lakukan , tahukan anda ianya merupakan penyumbang kepada disc bulge ini .

  • tekanan yang Kuat secara tiba tiba , ianya amat mudah dikesan terutama apabila anda terjatuh dengan punggung dahulu atau mengangkat sesuatu yang berat dengan mengejut tanpa membetulkan posisi
Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ianya kelihatan jelas cara yang salah boleh membawa masalah sakit belakang yang sepatutnya boleh dicegah.

Jatuh dengan punggung ke lantai dulu memang merupakan salah satu punca yang paling kerap untuk dapat sakit belakang dan ianya juga merupakan penyumbang kepada masalah sakit belakang ini.

Sakit yang terhasil dari disc bulge ini datang secara perlahan lahan , permulaanya ianya datang dengan rasa kebas dan sakit sakit yang minimal di sekitar belakang dan leher , ianya juga boleh mengakibatkan bahagian badan yang terlibat hilang kekuatan dan juga menjadi tegang. perawatan awal amat digalakkan kerana apabila ianya dirawat awal kita boleh mengelakkan untuk dibedah dan juga mengelakkan sakit itu berpanjangan.


Monday, May 25, 2015

Cara senaman Spinal Stenosis

Spinal Stenosis

Bismillahirahmanirahim

Asalamualaikum , malam malam nie kadang kadang best juga menaip sambil melayan fikiran ,
malam nie terfikir pulak nak menaip kisah stenosis nie...

Apa itu spinal stenosis ?

Mengikut kajian ianya merupakan satu masalah atau gejala abnormal yang berlaku pada ruang laluan saraf , ianya mengakibatkan tekanan berlaku pada saraf tunjang belakang yang mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan bahagian belakang dan boleh menjalar ke bahagian kaki...


 Apakah Punca spinal Stenosis ini boleh berlaku...
 banyak faktor yang boleh saya kaitkan dengan permasalahan  ini antaranya ialah

Peningkatan Umur.

Apabila umur kita meningkat maka akan berlaku proses proses yang boleh mengakibatkan tulang tulang kita menghasilkan tulang lebihan yang dipanggil spur , penyempitan saraf akan berlaku pada bahagian laluan saraf tunjang dan akan mengakibatkan saraf itu mengalami himpitan.

Arthritis Dua Punca utama arthritis yang kerap berlaku dan penyumbang besar pada spinal stenosis ialah
1.Osteoarthritis
2.Rheumatoid Arthritis

Keturunan
 Faktor keturunan juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah ini , ianya lebih berkaitan dengan masalah genetik .Ada ketika masalah ini boleh berlaku kepada peringkat usia yang muda disebabkan abnormal yang belaku pada bahagian tulang belakang sejak kecil lagi.

Kedudukan Tulang Belakang yang tak stabil (spondylolisthesis)
Jika tulang belakang mengalami ketidak stabilan , maka himpitan pada saraf boleh juga berlaku.

Tumor pada Tulang belakang
Penumbuhan tumor pada bahagian tulang belakang juga dikatakan antara penyumbang kepada spinal stenosis ini, ianya mengakibatkan penumbuhan tisu yang abnormal pada bahagian laluan tulang belakang yang boleh mengakibatkan himpitan pada ruang saraf serta menyempitkan laluan.

Trauma
Kemalangan yang mengakibatkan patah pada bahagian tulang belakang juga boleh menjadi penyumbang kepada penyempitan lubang saraf apabila lubang saraf mengalami penumbuhan tulang yang tak sekata dan fragment tulang yang tumbuh dalam keadaan yang abnormal.

Apakah Simptom yang biasa dirasai oleh pesakit spinal stenosis ?
Pesakit kadang kadang mempunyai jenis sakit yang berbeza bergantung kepada punca stenosis dan level yang terkena
Tetapi kadang kadang sakit ini didatangi dengan sakit belakang dan juga sakit pada bahagian kaki disebabkan saraf yang tersepit .

  • Antara simptom lain yang biasa dilihat ialah kaki menjadi lemah dan mudah rasa hendak jatuh serta rasa malas pada bahagian kaki.
  •  Rasa Sakit yang amat ketika berjalan dan rasa seperti jarum mencucuk cucuk bahagian belakang dan kaki
  • Rasa kebas dan kadang kadang rasa kaku , pijar dan seram sejuk pada bahagian kaki.
Rawatan Yang sesuai

Dalam bahagian fisioterapi antara rawatan yang dicadangkan adalah bergantung kepada assesment yang dilakukan kepada pesakit.

  • Terapi Panas dan sejuk merupakan rawatan yang paling ringkas untuk pesakit merawat kesakitan dengan cara yang membantu mengurangkan kesakitan yang berlaku pada bahagian belakang dan juga kaki.
  • Penggunaan Lumbar traction juga membantu bagi sesetengah kes tetapi kadang kadang tanpa assesment yang betul ianya boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit , tetapi melalui pengalaman saya banyak pesakit yang melakukan rawatan traction kesakitan dibahagian kaki berjaya dikurangkan sehingga 80 peratus.
  • Penggunaan Tens juga membantu bagi mengurangkan rasa sakit yang terhasil dari saraf dan ianya dapat dilihat apabila ianya diletakkan dibahagian yang betul kesakitan dari otot dan saraf berjaya dikurangkan.
  • Ultrasound Therapy , pengunaan ultrasound adalah praktikal bagi kawasan sakit yang keluasanya adalah kecil atau localize pain area.
  • Senaman Tulang belakang, ianya amat membantu bagi membekalkan darah yang baik bagi bahagian tulang belakang , ianya juga mampu menguatkan bahagian tulang , ligament dan juga kedudukan struktur tulang bagi mengelakkan kecederaan berlaku lebih parah.
  • Postur yang baik adalah kunci kepada pengurangan masalah sakit belakang yang terhasil dari masalah stenosis ini.
  •  Pengambilan Ubat ubatan yang betul seperti diarahkan pakar amat membantu pesakit dalam mengurangkan gejala yang tidak selesa
Senaman Senaman yang boleh dilakukan

Bengkokan lutut dan secara perlahan lahan tarik dan rapatkan kedada , pastikan ditahan dalam 10 saat dan lakukan ulangan sebanyak 10x

 

letakkan tangan di atas lutut kemudian secara perlahan tarik rapat kedada dan di tahan seperti ulangan senaman 1 tadi





 Senaman berikutnya bengkok kan kedua dua lutut dan secara perlahan golekkan ke kiri dan kekanan serta secara perlahan lahan tarik dengan tangan bagi rasa comfort stretch lakukan ulangan seperti senaman 1 tadi.

Senaman diatas Ini adalah kontraindikasi atau jangan dilakukan jika anda mengalami masalah stenosis, apa apa jua senaman berbentuk extension adalah patut dielakkan dari anda lakukan kerana ianya mampu mengakibatkan sakit bertambah dan menyebabkan himpitan berlaku lebih kuat....

So Untuk ini sahaja yang saya ingin sharekan dan semoga sedikit ilmu ilmu ini mampu anda manfaatkan dan gunakan sebagai panduan bagi mengatasi masalah ini...



Another Blogers