Bismillahirahmanirahim , semalam baru perasan di belakang badan adik saya terdapat tompokan tompokan putih yang biasa kita lihat , kalau di sekolah dulu kami memanggilnya sebagai peta minda,
tetapi dalam bidang perubatan pekara ini dipanggil Panau ataupun dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Tinea versicolor dimana ianya merupakan jangkitan kulat yang kerap terjadi pada bahagian permukaan kulit manusia. Ia akan menyebabkan kawasan kulit mempunyai tompok putih(hypopigmented) ataupun tompok hitam(hyperpigmented) antara ciri ciri panau yang terjadi.
kawasan tubuh badan yang sentiasa berlaku ialah dibahagian dada, belakang badan, leher dan juga tubuh badan yang lain celah peha dan juga ketiak.
Adakalnya masalah ini boleh berlaku secara berulang-ulang kali. Ia selalunya berlaku pada lapisan kulit paling luar yang dikenali sebagai Stratum corneum dalam istilah perubatan.
Bagaimanakah Panau ini boleh terjadi?
Untuk pengetahuan umum ,Masalah panau ini disebabkan kulat yang bernama Malassezia.( nama kulat pun MALAS) tetapi kajian juga menunjukkan nama kulat ini , Sebelum ini dikenali sebagai Pityrosporum. Terdapat 14 species Malassezia yang telah dikenal pasti punca terjadinya panau seperti Malassezia globosa, Malassezia sympodialis dan banyak lagi . Sejenis kulat yang dikenali sebagai Malassezzia furfur pula merupakan kulat yang selalu ditemui pada kulit yang menghadapi masalah panau ini. Kulat ini boleh ditemui pada kulit yang tidak bermasalah dan juga pada kulit yang mempunyai panau. Kulat Jenis Malassezia furfur mempunyai dua fasa kejadian yang akan menentukan sama ada mereka menyebabkan masalah panau ini ataupun tidak:
Fasa pertama ialah Fasa Yeast (Fasa Pengeraman)
Dimana Pada fasa ini, kulat masih didalam bentuk spora lagi dan tidak bertindak aktif. Ia boleh didapati pada bahagian kulit yang normal di sekitar badan manusia
Fasa Kedua ialah Fasa Hypea atau (Fasa perebakan)
Pada peringkat fasa ini, kulat tersebut telah mula tumbuh dan ia juga akan mengeluarkan perebakan yang dikenali sebagai hyphae. perebakan ini bertindak seperti akar yang akan tumbuh ke dalam kulit untuk mendapatkan nutrien dan juga zat bagi penerusan hidup . Selain itu Hyphae juga akan menghasilkan beberapa jenis bahan kimia seperti asid azelaic dan juga enzim lipooxygenase yang boleh menyebabkan kurangnya penghasilan unsur melanin pada kulit manusia. Seperti mana yang perlu anda tahu,penghasilan sel sel melanin merupakan salah satu pigmen yang menyebabkan kulit kita gelap dan berwarna . Tetapi Apabila sel sel melanin ini kurang dihasilkan,Maka kawasan tersebut akan kelihatan putih dan ia dipanggil sebagai panau (Macam nilah terjadinya Panau)
Masalah kulit Panau ini merupakan penyakit kulit yang tidak berbahaya dan hanya menyebabkan tompok putih ataupun gelap pada kulit , Apa yang paling penting untuk anda faham ialah Ianya tidak boleh berjangkit kepada orang lain kerana ia merupakan organisma yang normal pada kulit manusia.
Perubatan atau Rawatan panau akan mengurangkan kulit panau dengan menjadikan ia mengering dan tercabut, akan tetapi ia mengambil masa untuk tompok putih itu menjadi normal semula.
Faktor memungkinkan terjadinya Panau.
Antara beberapa faktor risiko yang memugkinkan terjadinya kulat panau adalah:
- Persekitaran yang panas dan lembab (Cuaca di Malaysia & asia tenggara)
- Individu yang mengalami masalah sistem imun seperti pesakit HIV, kencing manis dan sebagainya Penyakit Kulit
- Kekurangan nutrisi
- Penggunaan steroid atas tujuan perubatan
- Sapuan minyak pada kulit yang tidak sesuai.
Rawatan Perubatan untuk masalah Panau.
Dalam perubatan ianya terdapat dua jenis rawatan iaitu sama ada penggunaan ubat sapu ataupun makan. Tetapi untuk kes biasa tanpa komplikasi yang membahayakan pesakit selalunya ubat sapu sudah cukup untuk merawat masalah panau tersebut
Antara Ubat sapuan biasa diberikan
- Selenium sulfide
- Tacrolimus
- Candazol
- Miconazol
- Ketoconazole
Secara Amnya Kesemua ubat ini mampu merawat serta membunuh kulat pada kawasan panau tersebut. Sebaik baiknya penggunaan ubat ini perlulah digunakan selama 2 minggu bagi memastikan kesemua kulat disitu dihapuskan sepenuhnya tanpa memberikan kesan sampingan
Manakala untuk ubat makan jenis anti-kulat seperti Fluconazole ataupun itraconazole selalunya diberikan kepada pesakit yang merasakan lebih mudah mengambil ubat makan berbanding ubat sapuan. Selalunya ubat ubatan makan ini haruslah dirujuk kepada Dr .
Rawatan Tradisional Untuk Panau.
Penggunaan Bawang Putih
Orang Melayu terkenal dengan pelbagai petua yang diturunkan dari turun temurun , saya masih ingat lagi Arwah Nenek saya menggunakan Bawang putih yang telah dipotong , digosokkan 2 kali sehari iaitu pagi dan malam pada kawasan yang berpanau ini , alhamdulillah selepas seminggu digunakan masalah panau ini hilang dengan sendiri , Sekarang baru saya tahu Bawang putih bersifat anti kulat ,dan itu yang menyebabkan ia mampu untuk merawat panau ini.
Penggunaan Halia dan Lengkuas
Ada juga petua yang saya dapat dari rakan rakan bahawa menggunakan hirisan halia dan lengkuas juga mampu untuk merawat masalah panau ini , caranya hampir sama bahagian panau ini digosokkan dengan hirisan halia dan lengkuas ini dalam 2 kali sehari terutama pagi dan malam.
Itu adalah antara cara dan juga merawat panau secara sendiri , tetapi ingin saya tekankan jika masalah panau ini terlalu kronik atau parah , anda haruslah merujuk masalah ini dengan Pakar Kulit (DR KULIT) bagi mengatasi dan juga merawatnya , wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment