Faktor terjadinya Buasir
Bismillahirahmanirahim , pernah kah ketika pembuangan air besar tiba tiba berlakunya pendarahan pada najis anda , dan apabila anda pergi ke hospital atau ke klinik disebabkan kegatalan pada bahagian dubur yang mengakibatkan ianya luka ketika pembuangan air besar , ketahuilah ia sejenis penyakit atau masalah kesihatan yang dipanggil Buasir atau hemoroid.
Apakah fakta dan juga punca yang boleh terjadinya masalah buasir ini disini terdapat 8 jenis faktor yang merupakan faktor yang kerap memungkinkan terjadinya masalah buasir ini.
1. Sembelit
Masalah sembelit adalah penyebab utama buasir.Umumnya masyarakat telah memahami apabila Kurangnya pengambilan serat dan cecair di dalam badan ini akan memungkinkan atau menyebabkan najis menjadi keras dan sukar untuk dikeluarkan.Apabila prkara ini terjadi ketika individu tersebut melakukan pembuangan air besar maka seseorang akan cenderung untuk meneran dengan kuat sehingga akan meningkatkan tekanan perut yang boleh menyebabkan terjadinya buasir
2. Kehamilan
Apabila seseorang wanita itu mengandung atau hamil ianya juga sering menjadi punca utama terjadinya masalah buasir ini buasir. Rahim yang membesar disebabkan pembesaran bayi didalam boleh menyebabkan berlakunya tekanan tambahan pada selaput vena dan vena cava inferior di jantung dan ini akan menyebabkan tekanan pada bahagian vena di bahagian bawah menjadi terlalu tinggi serta menjadi perlahan dan bengkak sebab itu kebanyakan ibu hamil mengalami masalah bengkak pada anggota bawah kaki dan ini juga mendorong terjadinya tekanan di bahagian anus. Kehamilan juga akan menyebabkan berlakunya peningkatan pengeluaran hormon progesteron yang turuut menyumbang kepada sembelit, ia menjadikan wanita hamil lebih mudah terkena buasir, terutama pada trimester ketiga.
3. Faktor Tua
Kajian secara saintifik telah menunujukan Faktor penuaan merupakan antara satu faktor yang menyebab prestasi tubuh akan menurun. Ini kerana keupayaannya untuk menjana semula sel-sel juga akan terhakis, dan ini akan menjadikan seseorang yang berusia lanjut mengalami masalah terhadap pelbagai penyakit termasuk buasir , Otot otot manusia akan menjadi lemah dan juga kadar penyerapan air pada badan manusia apabila semakin menurun ,dan ini akan mengakibatkan mereka yang tua hilang kekuatan untuk meneran dan selalunya mereka akan meneran dengan kuat yang menjadi punca buasir ini..
4. Keturunan
Keturunan, walaupun ianya masih didalam kajian dan belum mempunyai kesimpulan yang tetap tetapi ada sesetengah kes yang tidak secara langsung mengaitkan masalah keturunan ini punca boeh terjadinya buasir, .Kajian terbaru menunjukkan DNA mereka yang mempunyai masalah Pembuluh darah yang lemah disebabkan oleh keabnormalan kongenital selalunya cenderung mudah rosak dan kemungkinan berlakunya buasir adalah tinggi.
5. Berat badan berlebihan
Ianya telah diakui dan dibuktikan dalam kajian yang meninjukkan Berat badan berlebihan akan memberikan tekanan tambahan kepada otot rektum yang seterusnya boleh menyebabkan buasir. secara tidak lansung Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan juga cenderung untuk memiliki habit yang buruk antaranya pola pemakanan yang tidak sihat dan Tiada kecenderungan untuk melakukan aktiviti olahraga. Dua tabiat buruk ini adalah salah satu penyebab yang akan meningkatkan risiko buasir.
6. Tabiat Harian yang buruk
Terdapat beberapa tabiat harian yang menjadi punca terjadinya buasir. Antaranya terlalu lama berjongkok semasa pergerakan usus, pergerakan usus yang menunda, duduk dan berdiri untuk tempoh yang panjang tanpa meregangkan atau melegakan badan dan sering mengangkat objek berat. Masih berhasrat untuk mengekalkan kebiasaan buruk ini?
7. Hubungan dubur Atau Aktiviti seks dubur
Bagi mereka yang mengamalkan persetubuhan dubur atau hubungan di luar tabii ini boleh menjadikan risiko mendapat buasir lebih mudah ini kerana lubang dubur tidak menghasilkan pelincir seperti Miss V, apabila berlakunya penetrasi ke dalam lubang anusini hanya akan menyebabkan kecederaan dan kerengsaan yang berpotensi untuk menyebabkan bengkak pada pembuluh darah dan tisu sekeliling. Di samping itu, aktiviti seks dubur juga boleh membuka peluang maksimum untuk mendapat risiko penyakit kelamin (STD). Anus itu sebenarnya sebahagian daripada saluran gastrointestinal yang mempunyai fungsi sebagai tempat pelepasan tinja atau najis dan ia bukanlah sebahagian dari sistem pembiakan manusia. Dalam Agama islam perbuatan ini juga adalah haram .
Secara umumnya antara Punca lain yang mengakibatkan buasir termasuk kanser kolon, cirit-birit yang akut atau kronik, kecederaan saraf tunjang dan sejarah pembedahan rektum atau dubur yang dilakukan sebelum ini. Oleh itu Sekiranya anda mendapati darah merah segar ketika anda membuang air besar maka adalah lebih baik untuk segera berjumpa doktor. Masalah buasir jarang menyebabkan komplikasi yang serius. Walau bagaimanapun, jika tidak dirawat dengan segera dan Cepat ini mungkin menyebabkan masalah buasir boleh memasuki tahap yang teruk yang hanya boleh disembuhkan melalui prosedur pembedahan bagi penyelesaianya.Wallahuaklam.
Pages
▼
0 Comments:
Post a Comment