Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Wednesday, March 14, 2018

Bahaya Mekuri pada Manusia

Bahaya mekuri pada kehidupan manusia

Bismilllahirahmanirahim , Selalu kita dengar yang KKM mula mengambil tindakan kepada pengusaha produk kecantikan yang memasarkan produk kecantikan yang mengandungi mekuri, tetapi tahukah kita apakah itu mekuri , dengar macam nama planet je tak pun macam nama penyanyi rock Fredy Mecuri ,Terlintas di fikiran saya untuk menceritakan serba sedikit info kenapa mekuri ini amat merbahaya kepada manusia.


Tahukah anda bahawa Mercury didalam bahasa inggerisnya atau Raksa yang disebut (Hg) adalah merupakan salah satu daripada unsur logam yang terdapat di alam semula jadi ini  selalunya terdapat didalam unsur di batu, mineral, tanah, air dan udara yang didapati dalam sebatian organik juga bukan organik.
Untuk pengetahuan anda semua Raksa yang terdapat di dalam sebatian tanah, air, dan udara menunujukkan bacaan yang amat rendah. Tetapi kesan daripada pellbagai jenis aktiviti manusia yang boleh meningkatkan kadar merkuri menjadi tinggi adalah seperti aktiviti perlombongan yang boleh menghasilkan 10,000 tan merkuri setahun mengikut kajian Jabatan alam sekitar.
Jika ini terjadi ,Pekerja yang melakukan aktiviti perlombongan dan bersentuhan dengan merkuri boleh mengalami risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit berbahaya dan memungkinkan membawa maut.
Penggunaan Mekuri  sangat popular dalam produk pemutihan kulit kerana sebatian ini meningkatkan keupayaannya menghalang pembentukan melanin supaya kulit kelihatan lebih cerah dalam masa yang singkat dan cepat. Tetapi kesan buruk merkuri ini sangat berbahaya dan anda harus waspada terhadap produk produk kecantikan yang telah diharamkan oleh KKM kerana mengandungi bahan terlarang ini ( Disini saya sertakan Laman Sesawang untuk anda menyemak produk produk kesihatan yang dipatenkan oleh KKM serta produk yang merbahaya http://npra.moh.gov.my/)

Untuk itu saya terpanggil untuk berkongsi kenapa bahan mekuri ini amat merbahaya kepada tubuh badan manusia. Selalunya Penggunaan bahan merkuri dalam  produk kosmetik kini terbukti berbahaya dan dilarang di banyak negara termasuk di malaysia.Dalam kajian menunjukan bahan mekuri ini mudah diserap oleh kulit dan akan terus memasuki aliran darah.
Kesan keracunan Mercury akan menyebabkan kulit menjadi hancur dan mudah rapuh. Ini bermakna penggunaan merkuri pada kulit akan menjadikan lapisan kulit lebih nipis dan ini menyebabkan bahan terlarang ini dpakai dalam produk kecantikan tetapi dengan Pendedahan yang tinggi terhadap merkuri ianya boleh merosakkan saluran pencernaan, sistem saraf, dan buah pinggang serta keracunan di dalam darah yang boleh mengakibatkan Jangkitan Sepsis ,Di samping itu kajian menunjukkan, merkuri juga berisiko mengganggu  fungsi pelbagai organ tubuh, seperti otak, jantung, buah pinggang, paru-paru, dan melemahkan sistem imun tubuh badan manusia
Apa yang paling ditakuti dan juga tidak sedar oleh golongan yang menggunakan produk kecantikan yang mengandungi racun mekuri ini ialah ,bayi atau kanak kanak akan mudah terdedah
serta mendapat kesan sampingannya.

Apabila kanak-kanak bersentuhan dengan ibu bapa yang menggunakan produk berasaskan merkuri, ada kemungkinan bahan tersebut boleh memasuki badan ketika anak itu mengisap jarinya atau mencium pipi ibu bapa yang menggunakan bahan mekuri ini , secara am nya, keracunan merkuri pada kanak-kanak dipanggil acrodynia bayi ianya boleh dikenalpasti dengan kemunculan tanda  kesakitan dan warna merah jambu yang akan terhasil di tangan dan kaki pada kanak kanak atau bayi yang telah terdedah kepada bahan mekuri ini.

oleh itu dalam menggunakan produk kecantikan kita haruslah berwaspada kerana keracunan mekuri ini amat perlahan dan sangat sangat merbahaya , jika anda lihat sendiri di dada akhbar jika berlakunya tumpahan mekuri ini para anggota bomba menggunakan sut keselamatan khas untuk melakukan pembersihan ,ini sahaja sudah menunjukkan bertapa bahayanya bahan mekuri ini, tetapi apa yang paling penting adalah kesedaran dan juga elakkan menggunakan produk yang tidak berdaftar. wallahuaklam.

0 Comments:

Post a Comment