Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Thursday, January 18, 2018

Masalah Protatitis pada kaum lelaki

Apakah Itu Protatitis (Radang Kelenjar Prostat)

Bismillahirahmanirahim ,
salam Jumaat , salam penghulu segala hari , hari ni dalam blog  saya , ingin saya ceritakan mengenai satu masalah yang paling kerap berlaku kepada kaum Adam iaitu Radang Prostat.




Apakah itu Protatitis ?
Masalah Prostatitis adalah keradangan (Inflamasi) yang berlaku di bahagian kawasan kelenjar prostat, kelenjar ini mempunyai tugas yang unik dimana ia menghasilkan air mani yang berfungsi untuk memberi nutrisi dan membawa sperma ketika berlaku proses ejakulasi.Masalah Prostatitis boleh berlaku pada semua  kaum lelaki dari semua peringkat umur, tetapi umumnya ianya lebih banyak berlaku di bawah umur 50 tahun, ini kerana ia tidak seperti kanser prostat atau pembesaran kelenjar prostat yang cenderung dialami oleh lelaki yang lebih tua atau berumur 50-60 tahun keatas.

Kekerapan yang selalu berlaku  serta terjadinya Punca Prostatitis boleh dibahagikan kepada
kelompokkan mengikut jenis mereka iaitu 4 bahagian.

Bahagian 1 iaitu Prostat bakteria akut. Keadaan ini adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh tersebar. Dalam ujian lab atau saringan terdapat beberapa jenis bakteria yang boleh mencetuskan berlakunya prostatitis akut termasuk E. coli dan Pseudomonas , Selain itu  Bakteria yang menyebabkan jangkitan seksual seperti Neisseria gonorrhoeae yang menyebabkan gonorea, dan Chlamydia trachomatis juga antara salah satu punca jangkitan. Prostat bakteria akut biasanya kekerapan berlaku pada orang yang berusia di bawah umur 35 tahun.

Bahagian 2 .Prostat bakteria kronik. Berbeza dengan prostatitis bakteria akut, prostatitis bakteria kronik  juga salah satu penyebabnya  adalah dari sebaran jangkitan dari saluran kencing, jadi jenis bakteria yang sama sebagai penyebab prostatitis bakteria akut.Keadaan Prostatitis bakteria kronik juga boleh dicetuskan oleh penyakit lain seperti penyakit tuberkulosis,Penyakit buah pinggang, HIV, dan sarcoidosis.

Bahagian 3 .Prostatitis kronik adalah merupakan sindrom kesakitan pinggul kronik (CP / CPPS). Ia adalah jenis prostatitis yang paling biasa dan tidak diketahui dengan sebab tertentu. Gejala yang kelihatan sama dengan prostatitis bakteria kronik, tetapi adalah amat berbeza pada masa pemeriksaan kerana selalunya bila laporan lab serta permeriksaan tidak dijumpai bakteria yang tumbuh atau aktif yang mengkibatkan pesakit mengalami radang ini.

Bahagian 4. Prostatitis radang asymptomatic. Simptom ini berlaku dengan keadaan ketika prostat meradang, tetapi ia tidak selalunya menyebabkan gejala kepada pesakit. Prostatitis radang asymptomatic boleh diketahui apabila kebanyakan doktor melakukan pemeriksaan kesihatan kelenjar prostat. Diketahui umum bahawa Penyebab jenis prostatitis ini sama dengan prostatitis bakteria kronik.

Antar beberapa faktor atau punca yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah prostatitis. Antaranya ialah:


  1. Pernah atau kerap mengalami jangkitan saluran kencing.
  2. Mempunyai sejarah prostat sebelumnya.
  3. Penah terlibat atau mengalami kecederaan lantai pinggul dan kencing.
  4. Pesakit yang menggunakan kateter air kencing.
  5. Pesakit yang ada Menderita penyakit HIV / AIDS.
  6. Pernah terlibat dalam melakukan biopsi prostat, contohnya sampling tisu prostat untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.

Antara simptom atau Gejala masalah Prostatitis ialah
Dalam pemerhatian dan juga penelitian terdapat pelbagai gejala yang mungkin dialami oleh orang yang mengalami prostatitis. Perbezaannya bergantung pada jenis prostatitis yang berlaku. Antaranya ialah:

Prostat bakteria akut.
  • Pesakit selalunya mempunyai tanda tanda .Demam, menggigil, sakit sendi, dan sakit pada anggota badan
  • Pengaliran serta pengeluaran air kencing menjadi perlahan serta diikuti dengan rasa sakit semasa kencing.
  • Pesakit kerap merasakan Nyeri dibahagian punggung bawah dan pada dasar zakar atau di bahagian belakang skrotum.
  • perut kerap rasa kembung dan keinginan untuk membuang air besar.


Prostat bakteria kronik.

  • Pesakit dengan prostatitis bakteria kronik selalunya  tidak mempunyai simptom sistemik seperti demam, menggigil, sakit, dan sakit sendi. tetapi antara gejala yang biasa dialami termasuk:
  • Sentiasa rasa seperti mahu buang air kecil (terutamanya kerap pada waktu malam) 
  • Kesukaran ketika membuang air kecil.
  • Kerap terasa nyeri di bahagian punggung bawah, kawasan dubur, dan kesakitan semasa kencing.
  • Kerap terasa tekanan atau berat  di belakang skrotum.
  • Pesakit selalu mempunyai rasa sakit selepas ejakulasi dan ada waktunya terdapat darah dalam air mani.
Prostatitis kronik 

  • Pesakit kerap rasa sakit lebih daripada tiga bulan pada satu bahagian badan, seperti zakar (terutamanya di kepala zakar), abdomen bahagian bawah atau bahagian punggung, serta kawasan skrotum 
  • Seperti gejala lain yang serupa dengan gejala yang ada pada prostatitis bakteria kronik.

Prostatitis radang asymptomatic.

  • Yang ini menjadi misteri dan persoalan di bidang perubatan kerana selalunya tiada gejala dirasakan, sering dijumpai semasa pemeriksaan kesihatan prostat.
Antara Tips tips yang perlu diberi perhatian kepada pesakit ialah lakukan pemeriksaan awal jika mempunyai gejala atau tanda tanda diatas , serta segera berjumpa dengan Dr ,ini kerana masalah ini boleh dirawat awal dengan ubat ubatan dan selain itu pesakit juga haruslah
  • Cuba untuk mengurangkan pengambilan makanan pedas atau masam dan minuman berkafein atau alkohol.
  • Cuba meningkatkan Minum banyak air putih kerana ianya membantu menghilangkan bakteria dalam prostat melalui pembuangan air kencing.
  • Pastikan dan cuba Elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kelenjar prostat, seperti duduk untuk jangka masa yang panjang atau berbasikal.
  • Lakukan dan pelajari senaman keegal Senaman otot lantai pelvik/kegel untuk pundi kencing lelaki (kencing tidak Lawas bagi menguatkan otot otot sekitar zakar dan membantu mengurangkan sakit pada bahagian skrotum dan juga punggung  
  • PELVIC FLOOR EXERCISES IN MEN

Wallahuaklam.

0 Comments:

Post a Comment