Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Monday, March 21, 2016

Bahaya Stroke Haba pada badan manusia



Bismillahirahmanirahim, Panas sungguh bumi Malaysia sekarang ini , ini menunjukkan Negara kita juga tidak terkecuali dengan musibah dan juga peringatan daripada Allah ,Kita akui pemanasan ini disebabkan satu system pemanasan global dipanggil Equinoks yang menyebabkan titik panas jatuh ke bahagian garisan khatulistiwa . Adalah amat penting bagi kita memahami tentang langkah pencegahan yang berkesan dalam menghadapi cuaca yang panas ini, dalam entry kali ini saya ingin tekankan tentang kemudaratan stroke haba dan apakah langkah bagi mengatasinya.



Bagi Negara kita pekara ini dilihat sebagai sesuatu yang enteng kerana saya lihat masih lagi ada sesetengah individu yang tidak menganggap ini sebagai satu pekara yang merbahaya , ini kerana masih ada individu yang bersukan di waktu panas seperti ini dengan bermain Golf dan juga Tennis , mungkin kulit mereka kulit yang tahan panas dan kalis haba kut ( mengikut andaian saya la),Tahukah anda semua bertapa bahayanya stroke haba ini.

Berbalik pada isu kita ,Apakah itu STROK HABA?
Untuk penjelasan umum Strok haba atau heat stroke adalah sejenis keadaan atau kemudaratan yang berkaitan dengan haba yang terlampau panas sehingga badan manusia hilang kawalan suhu badan. Ia adalah kategori yang paling serius dan merbahaya. Saya boleh katakana ianya merupakan satu masalah kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan  (thermoregulation) mengawal suhu dengan effisien ini akan mengakibatkan pelbagai komplikasi boleh berlaku .

Antara Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan akan terhenti , ini akan mengakibatkan suhu badan manusia menaik dengan mendadak tanpa dapat dikawal.

Secara kajian oleh pakar perubatan ,ketika pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F  atau (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan akan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba dan mengakibatkan badan manusia tidak dapat berpeluh dan terhenti dari segi keupayaan mengawal suhu badan .

Akibat daripada kesan kenaikkan suhu badan ini ,Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk kesan daripada heat stroke ini akan mengakibatkan berlakunya komplikasi pembengkakan tisu otak, tekanan darah  menjadi rendah, kerosakan organ serta kegagalan sistem, dan boleh mengakibatkan kematian.

Bagaimanakah kita mengetahui symptom mengenai stroke haba ini ?

Kebiasaanya Simptom-simptom STROK HABA didatangi dengan rasa
·         sakit kepala berdenyut
·         Menjadi mual serta muntah
·         Denyutan nadi pantas,
·         kurang berpeluh dalam cuaca panas atau tidak berpeluh lansung
·         otot menjadi lemah dan kejang
·         kulit kering dan kemerahan
·         sawan
·         mudah pitam
·         Halunisasi dan hilang kewarasan
·         Sukar bernafas



Apakah langkah Pencegahan yang boleh dibuat ?
Antara Perkara yang paling penting bagi mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang mengambil  air (Minuman) atau dehidrasi, hadkan aktiviti  aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan kering.
Jika kita lihat banyak iklan iklan minuman isotonic yang muncul dikaca TV , inilah waktu yang sesuai kita menggantikan cecair dalam badan bagi mengelakkan dehidrasi. Pastikan pengambilan air ini mencukupi sekurang kurangnya lebih dari 8 gelas air .
Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi , mudah sahaja untuk memahami tentang pengambilan air ini , jika anda terlibat dengan aktiviti yang kurang dari sejam banyakkan minum air putih , tetapi jika melebihi aktiviti satu jam pengambilan air isotonic amat diperlukan. Pastikan anda Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air disebabkan ianya akan mengaktifkan pundi kencing anda, ini boleh mengakibatkan anda kehilangan air di dalam badan.

Pastikan anda kerap mandi bagi menstabilkan suhu badan anda, bagi rumah yang mempunyai penghawa dingin anda digalakkan menggunakan bagi mendapatkan suhu yang nyaman terutama bagi mereka yang mempunyai anak anak kecil.

Bagi pekerja buruh binaan atau pekerjaan yang memerlukan anda terdedah dengan panas matahari , pastikan anda mengambil air yang banyak , lebih dari kebiasaan , pastikan pakaian anda nipis dan longgar serta memakai topi bagi mengelakkan tubuh badan anda terkesan terus dari haba yang dipancarkan oleh matahari. Jika boleh selang selikan berteduh dibawah pohon atau tempat yang teduh bagi mengembalikan penyejukan suhu tubuh badan anda.

Rawatan kecemasan Mangsa Heat Stroke





Ingin saya tekankan bahawa pemanasan ini bukanlah sesuatu pekara yang boleh dipandang remeh dan juga ringan , kemudaratan stroke haba ini boleh mengancam nyawa dan juga memudaratkan mangsa jika tidak dirawat dengan segera  , apa yang perlu anda Ingat! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas ini kerana kesannya amat buruk, selain itu panjatkan doa kepada ALLAH agar bencana ini di hilangkan dan memohon keampunan keatas dosa dosa yang dilakukan oleh ummat manusia. Wallahuaklam…


0 Comments:

Post a Comment