Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Monday, March 7, 2016

Bahaya Sepsis (Jangkitan Kuman Dalam Darah)



Bimillahirahmanirahim , pagi tadi semasa melakukan rutin harian ward round , terpandang satu diagnosis yang di diagnose kan kepada pesakit ,ianya di panggil SEPSIS, Kalau didengar namanya pun dah menggerunkan kita ,iaitu kuman masuk dalam darah.
Tahukah anda apakah makna sepsis (jangkitan kuman dalam darah) ni?



 Apakah itu Sepsis ?
Secara umumnya selalu kita membaca di bahagian dada akhbar yang menceritakan masalah kesihatan , selalu mereka diberitahu masalah jangkitan kuman di dalam darah , kajian perubatan menyatakan Sepsis ditakrifkan sebagai kehadiran atau pengumpulan organisma patogenik atau toksin dalam darah atau tisu-tisu lain selalunya Ia dicirikan oleh tindak balas keradangan sistemik yang boleh bertindak kepada masalah kerosakan sistem peredaran darah, kegagalan pelbagai organ, dan  juga kematian. Malah, sepsis adalah punca utama kematian yang ke-10 di seluruh dunia. Di hospital-hospital, Sepsis menyumbang 40% daripada jumlah  rawatan di ICU.

Apakah Punca dan risiko sepsis ini
Punca masalah Sepsis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan bakteria yang boleh bermula di mana-mana kawasan di dalam badan. Antara tempat-tempat yang biasa di mana jangkitan mungkin bermula termasuk:

·                     Bahagian Usus (biasanya dilihat dengan peritonitis)
·                     Buah pinggang (jangkitan pada bahagian atas saluran kencing atau pyelonephritis)
·                     Lapisan otak (meningitis)
·                     Hati atau pundi hempedu
·                     Paru-paru (pneumonia )
·                     Kulit (cellulitis)
jangkitan Pada kulit (celulitis)

·                     Bagi kanak-kanak, sepsis boleh disertakan dengan jangkitan tulang (osteomielitis). Dalam pesakit yang dimasukkan ke hospital pula tidak terlepas daripada dijangkiti masalah sepsis ini , selalunya jangkitan biasa bermula dari talian intravena (Tempat Cucuk air), luka pembedahan, surgical drains, dan kerosakan kulit yang dikenali sebagai bedsores (ulser decubitus /Kudis tekanan ).

Bagaimanakah Simptom (Tanda-tanda) ini dikenal pasti
Selalunya pesakit akan mula menunjukkan reaksi yang serta merta dimana apabila mereka  mendapat Sepsis , selalunya tekanan darah akan  menurun dan, seterusnya menyebabkan kejutan (systemic shock). Organ-organ utama dan sistem badan, termasuk buah pinggang, hati, paru-paru, dan sistem saraf pusat,akan berhenti berfungsi dengan betul.antara perubahan lain yang boleh dikesan ialah dari segi Perubahan dalam status mental dan hyperventilation (Bernafas kencang ) mungkin antara tanda-tanda awal sepsis.

Secara umum, simptom sepsis termasuklah:
·                     Rasa sejuk /Peluh sejuk
·                     Kekeliruan atau kecelaruan
·                     Air kencing yang keluar berkurangan bila membuang air kencing.
·                     Demam atau suhu badan yang rendah (hipotermia)
·                     Hyperventilation (keadaan tercungap-cungap)
·                     Pening akibat tekanan darah rendah
·                     Denyutan jantung yang cepat
·                     Menggigil
·                     Ruam kulit
·                     Kulit hangat (warm)

Apakah ujian untuk mengenali masalah sepsis ini
Di hospital ,Jangkitan ini selalunya disahkan oleh ujian darah. Walau bagaimanapun, ujian darah mungkin tidak mendedahkan jangkitan pada orang yang telah menerima antibiotic terdahulu maka antara ujian diagnosis yang akan dilakukan oleh Dr untuk masalah ini termasuk:
·                     Gas darah (ABGs –Artirial blood Gases)
·                     Ujian fungsi buah pinggang 
·                     Kiraan platelet
·                     Kiraan sel darah putih
·                     Perbezaan darah (Blood differential)
·                     Produk fibrin degradasi (komponen-komponen darah yang dihasilkan oleh degenerasi pembekuan darah)

Apakah Rawatan yang diberikan
Jika anda mempunyai masalah  sepsis,selalunya anda akan dimasukkan ke hospital dan ke biasanya dihantar ke bahagian unit rawatan rapi (ICU). Antibiotik  akan diberi melalui vena (intravena) bagi melawan kuman dalam darah dengan serta merta.


Oksigen untuk bernafas akan diberikan bagi meningkatkan keupayaan bernafas dengan oksigen yang cukup ,dan cecair bagi mengelakkan dehidrasi akan diberikan melalui vena dan ubat-ubatan yang meningkatkan tekanan darah mungkin diperlukan. Dialisis mungkin perlu jika terdapat kegagalan buah pinggang. Sebuah mesin pernafasan (pengudaraan mekanikal) (Ventilator )adalah perlu jika terdapat kegagalan paru-paru untuk bernafas dengan sendiri
Saya diberitahu oleh pakar perubatan di tempat saya bekerja untuk  sesetengah pesakit, rawatan dengan ubat-ubatan anti-radang yang kuat yang dikenali sebagai kortikosteroid atau recombinant human protein C yang diaktifkan boleh membantu mengurangkan komplikasi dan juga menurunkan risiko buat pesakit.


Komplikasi Sepsis
Masalah sepsis ini merupakan ancaman buat nyawa pesakit dan juga mencabar bagi pihak pakar perubatan dalam merawat masalah ini antara komplikasi atau kesan daripada jangkitan sepsis ini
·         Penyebaran penggumpalan intravaskular (adalah satu penyakit yang serius di mana protein yang mengawal pembekuan darah menjadi luar biasa aktif.) ini akan menyebabkan darah menjadi beku  ini akan mengakibatkan masalah dengan aliran darah ke organ-organ penting (otak, jantung, buah pinggang) pada satu tahap yang teruk ianya boleh mengundang berlakunya Kejutan septik (satu keadaan teruk yang menghalang oksigen dari memasuki darah) dan boleh mengakibatkan Kematian.

Apakah langkah Pencegahan?
Setiap komplikasi ada standard of protocol yang perlu diikuti dan diperhalusi , antara garis panduan yang diberikan oleh kementerian kesihatan ,Risiko sepsis boleh dikurangkan, terutama di kalangan kanak-kanak, dengan mengikuti jadual imunisasi yang disyorkan oleh pihak hospital .lakukan dan  Ikuti prosedur mencuci tangan dengan cara yang betul dan menjadikan satu budaya  dan penjagaan (care) serta sterility peralatan perubatan dapat membantu mencegah  jangkitan yang berkaitan dengan hospital yang boleh membawa kepada sepsis .wallahuaklam..


0 Comments:

Post a Comment