Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Monday, January 4, 2016

Kepala Teleng pada bayi dan cara atasinya


Asalamualaikum , untuk hari ini saya ingin kongsikan satu masalah yang agak kerap juga berlaku kepada anak anak kecil atau bayi yang tanpa kita sedari tetapi ianya akan memberikan impak yang amat besar ini kerana masalah  sakit ini  yang tidak menimbulkan sebarang rasa sakit kepada penghidapnya menyebabkan  kepala teleng sering diabaikan oleh masyarakat kita  kerana ramai beranggapan ia bukanlah sesuatu yang perlu dirawat.
Tetapi sebagai ahli physioterapi  masalah kepala teleng ini  tetap dianggap sebagai salah satu masalah kesihatan kerana ia boleh meninggalkan kesan psikologi seperti perasaan rendah diri apabila anak anak ini mula meningkat dewasa kelak.
Untuk pengetahuan  pembaca semua maslah kepala teleng ini tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit tetapi ianya boleh  ia dianggap sebagai salah satu  kecacatan awal pada otot  kerana kelainan pada otot sternocleidomastoid. Masalahnya ialah ia sering diabaikan kerana ramai beranggapan bahawa ia adalah sesuatu yang semula jadi dan tidak perlu dirawat,
Masalah kepala Teleng ini juga dikenali sebagai torticollis dalam bahasa perubatan dimana ianya berlaku apabila sebahagian otot leher yang mengawal pergerakan kepala mengalami ketegangan serta memendek dan mengakibatkan leher menjadi senget.
Untuk makluman semua nama Torticollis ini berasal dari perkataan Latin, torti bermaksud berbelit dan collis bermaksud keadaan leher yang senget. Torticollis bermaksud kekejangan otot leher di luar kawalan yang mengakibatkan kelainan pada postur dan pergerakan kepala.Ianya boleh berlaku ketika anak anak itu berada diposisi yang salah ketika masa kandungan lagi
Kepala teleng ini dalam erti kata sebenarnya sesuatu yang boleh dirawat sekiranya ibu bapa dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal terutama apabila umur bayi mencapai 6 bulan ,Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang cukup penting dalam mengamati setiap perkembangan dan pertumbuhan muka anak mereka terutama sebelum mereka mencecah usia satu tahun.
Kajian menyatakan jika rawatan conservative tidak dapat mengatasi masalah ini dan ianya akan dirujuk kepada pakar ortopedik bagi mendapatkan pandangan kedua dan  untuk melakukan rawatan pembedahan kanak-kanak yang menghadapi masalah ini ialah dalam tempoh usia antara satu hingga enam tahun. Selalunya Sebaik-baiknya, rawatan tersebut dilakukan sebelum kanak-kanak ini masuk ke alam persekolahan,
 Sahabat saya seorang pakar pembedahan ortopedik menyatakan  sekiranya kanak-kanak tersebut telah berusia lebih 10 tahun, peluang untuk merawat masalah kepala teleng ini masih belum lagi terlambat ini kerana  selagi pertumbuhan tulang muka belum bersifat kekal dalam keadaan normal akibat teleng maka  pesakit masih boleh menjalani pembedahan. Beliau juga memaklumkan kepada saya  Sekiranya pertumbuhan muka telah bersifat kekal maka pembedahan ini hanya mampu meluruskan bahagian otot leher dan kepala, tetapi kedudukan muka tetap tidak seimbang atau tidak simetri tidak mampu dilakukan apa apa.
 Ingin saya nyatakan bahawa masalah kepala teleng tiada kaitan dengan faktor keturunan. Dan juga sebab makan leher ayam (Lagu Jalil Hamid)
Apakah Punca teleng (Torticollis)
Dalam kajian perubatan bahawa  90 peratus masalah kepala teleng ini berpunca daripada masalah konginetal di mana mereka menghadapi masalah ini sejak didalam kandungan lagi .
Right Torticollis
ingin saya tekankan bahawa kebanyakan mereka, terutama yang baru pertama kali menjadi ibu bapa tidak menyedari bahawa anak mereka menghadapi masalah torticolis ini dan.Sering kali, ibu bapa beranggapan bahawa leher yang senget di kalangan bayi ditafsirkan sebagai sesuatu yang normal. Namun, apabila bayi semakin membesar, kedudukan kepala yang senget ini semakin ketara.
Perawatan Fisioterapi
Selalunya Ahli fisioterapi akan menggunakan beberapa teknik yang boleh membantu kanak-kanak terbabit untuk memalingkan kepala mereka dalam semua arah terutama pada arah yang berlawanan dengan keadaan kepala yang teleng.
Klik Pada Gambar untuk pembesaran cara stretching.
Rawtan stretching  memalingkan kepala ini akan dilakukan secara progresif dan berulang kali sehinggalah kanak-kanak terbabit dapat memalingkan kepalanya pada arah yang menyebabkan kepalanya senget dan mendapat sudut bahagian yang normal
Pada masa yang sama latiahn  kedua-dua ibu bapa akan diajar supaya melakukan latihan ini sebanyak  3 kali sehari setiap hari.
Saya  selalunya menggalakkan ibu bapa ini berlajar dan meneruskan Latihan ini  sehinggalah kanak-kanak tersebut berusia satu tahun.
Teknik posisi tidur dan cara menyusukan bayi juga selalunya akan diajar bagi membantu ibu bapa ini memahami teknik yang membantu anak mereka mendapatkan senaman renggangan yang optimum antara salah satu teknik yang biasa saya gunakan teknik Tummy Play
Tetapi jika, sekiranya selepas setahun, keadaan torticolis ini tidak menampakkan perubahan yang baik selalunya saya akan meminta ibu bapa ini merujuk kembali masalh mereka kepada pakar bedah orthopedik dimana kanak-kanak tersebut mungkin perlu menjalani pembedahan kecil.
Teknik Pembedahan
Makluman dari  sahabat saya bahawa teknik Pembedahan yang melibatkan pemotongan otot sterno mastoid ini dilakukan untuk mengurangkan kadar kekejangan otot-otot tersebut dan selalunya teknik Pembedahan ini tidak berbahaya kerana ia hanya membabitkan luka yang terlalu kecil dan sedikit pada leher. Malah, kesan parut yang kecil ini tidak begitu ketara apabila pesakit meningkat dewasa. Selalunya teknik pembedahan Dengan memotong otot sterno mastoid ini, leher akan bebas bergerak ke semua arah. Kajian juga menunjukan Pembedahan ini tidak mempunyai komplikasi atau sebarang kesan sampingan kerana otot lain akan mengambil alih pergerakan kepala sehinggalah otot yang dibedah ini sembuh.
Kesan sampingan masalah teleng
Boleh saya katakana bahawa Kanak-kanak yang menghadapi masalah teleng dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan  akan mengakibatkan mereka mengalami kecacatan ini sehingga dewasa  ianya sedikit sebanyak akan membuatkan keadaan ini, kanak-kanak mungkin terpaksa berdepan dengan ejekan, cemuhan daripada orang lain kerana keadaan mereka yang tidak normal. Percayalah ianya akan memberikan tekanan perasaan buat anak anak ini.

 Pertumbuhan muka menjadi tidak semetri
Semakin meningkat dewasa kedudukan tulang muka akan turut senget kerana ia ditarik oleh otot-otot leher yang tegang serta kejang dan lama-kelamaan keadaan ini menyebabkan tumbesaran tulang muka turut terjejas dan menjadi herot serta akan menyebabkan masalah lain yang timbul sepertiosteoarthritis di sendi leher, sakit leher dan juga postur yang teruk.
Wajah Tak semetri

Apakah  Cara yang mudah untuk mengesan masalah teleng ini
·         Selalunya Bayi sering berpaling pada satu arah dan tidak berpaling pada arah yang lain walaupun umur mereka melebihi 6 bulan dan sudah mempunyai kekuatan didalam mengawal leher.
·         Adanya muncul Benjolan yang keras pada leher terutama di otot tepi leher
·         Ianya kerap dikesan Apabila kepala bayi hanya boleh dipusingkan pada satu arah saja dan sukar untuk memalingkan kepala pada satu arah yang lain
·         Jika kita melakukan sudut Pengamatan yang teliti, kita boleh melihat di mana muka dan kepala kelihatan tidak simetri
·          Ketegangan otot sterno mastoid pada leher tetap berlaku walaupun pesakit memalingkan muka mereka dalam apa juga arah.
·         Bayi gemar menyusu di satu arah sahaja dan meragam serta kelihatan sakit ketika memusingkan kepala
·         Bayi tidak dapat mengikut arah bunyi yang dimainkan walaupun cuba untuk memalingkan muka kearah sumber bunyi
·         Paling mudah dikesan kepala bayi dan leher senget ke satu arah sahaja.
             Oleh itu nasihat saya kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil perhatikan dan lihat perkembangan mereka kerana selagi umur mereka bawah sepuluh tahun peluang untuk kembali normal amatlah cerah dan jika kita tidak berkeyakinan dengan apa yang kita lihat , bawa anak anak ini berjumpa dengan pakar kanak  kanak , kerana mereka boleh membantu menentukan adakah masalah ini ialah toticolis atau bukan …
        wallahuaklam




0 Comments:

Post a Comment