Alhamdulillah di Hari Jumaat yang Mulia ini dan lagi beberapa minggu sahaja lagi Bulan Ramadhan Bakal tiba , tak sabar rasanya nak berjumpa dengan ramadhan, semoga Allah memberi kesempatan buat kita untuk berjumpa dengannya...
Saya dalam bidang fisioterapi ini lebih dari 14 tahun , masih mentah lagi berbanding dengan guru guru saya , senior saya ,terlintas di hati saya pada tahun lepas saya didatangi pesakit yang memerlukan info dan juga pemahaman tentang permasalahan mereka,
Bidang perubatan amat kompleks dan banyak makna makna perubatan yang agak sukar untuk masyarakat memahami , ia betul di internet terlalu banyak lambakan sumber informasi yang ada tetapi ianya terlalu detail dan juga banyak didalam bahasa inggeris,
apabila saya berjumpa dengan pesakit pesakit saya kadang kadang mereka tak faham apa yang dipercakapkan oleh DR dan Bagi fisioterapi sendiri juga menghadapi masalah untuk memberitahu dengan jelas..
saya tidak katakan blog saya ini jelas dan detail tetapi saya cuba adunkan info info yang ada di alam maya , pengalaman saya dan juga pandangan pandangan sahabat saya agar ianya dapat dikongsikan dengan masyarakat .
saya juga ingin menukarkan persepsi atau tanggapan masyarakat bahawa bidang fisio adalah bidang tukang Urut, sebenarnya ianya merupakan salah satu cabang kami tetapi bidang fisioterapi ini merupakan bidang pemulihan dimana tujuan adalah memaksimumkan kondisi pesakit kearah normal. Ilmu milik allah ini amat luas dan yang ada pada saya amat amat kecil dan perlu ditambahkan lagi..
Ada rakan rakan bertanya kenapa tak buat dalam bahasa inggeris kan senang untuk diterangkan , ye ianya betul tetapi bagi saya tak salah jika saya adunkan dalam bahasa ibunda saya ini , kerana target saya bukan hanya bagi mereka yang faham berbahasa inggeris tetapi lebih kepada masyarakat dan juga saya berharap agar ilmu ilmu ini boleh dikongsi dan difahami...
Insha Allah , saya pun masih baru dalam dunia blogers ini , dan saya nampak ianya sebagai medium bagi saya berkongsi dengan masyarakat tentang apa itu fisioterapi....
wassalam...
Pages
▼
Thursday, May 28, 2015
Teknik merawat Muscle Cramp
Rawatan untuk Cramp
Bismillahirahmanirahim....
Asalamualaikum, hari nie saya nak citerkan sikit berkaitan dengan masalah yang simple dalam bahagian musculoskeletal atau otot , tapi impaknya amat memberikan kesan kepada orang yang menghadapi masalah ini.
Muscle spasm atau Kejang Otot , kadang kadang paling senang saya nak bagi anda faham ialah orang melayu kita panggil ianya simpul biawak tapi dalam slanga mat saleh diorang panggil charley horse..Hermmm ye kot ...
Apakah itu muscle Cramp & spasm ?
ianya satu proses pengecutan atau kontraksi otot yang tidak sekata dan berlaku secara tiba tiba , ianya mengakibat kan kesakitan dan juga rasa yang amat tegang pada bahagian yang terlibat ,kawasan yang paling biasa terkena ialah di bahu,belakang badan , perut ,tangan dan juga betis.
Punca ianya terjadi.
3 senaman ini insha allah mampu membantu mengurangkan risiko untuk kekejangan atau spasm ini berlaku , semoga ianya bermanfaat dan boleh membantu anda..

- Pengaliran darah yang tidak baik dan juga disebabkan penyempitan salur darah.
- Terlebih exercise (kata orang buat exercise lebih dari kemampuan badan)
- kurang renggangan ketika melakukan aktiviti sukan
- bersenam di tengah tengah panas
- otot dah terlalu penat ( berdiri lama lebih dari lapan jam)
- kekurangan mineral magnesium dan potasium
- kurang kalsium bagi ibu mengandung
- Kerosakan saraf di belakang atau di leher disebabkan masalah cakera disc
- stress dalam kehidupan harian.
- kesan sampingan ubat ubatan yang diambil sebagai contoh Lasix, Procardia,Evista, Aricept dan beberapa jenis lagi yang DR lebih arif.
Perawatan yang boleh dilakukan
Masalah kejang otot tidak memerlukan pembedahan ataupun pengurusan yang sukar kerana rawatan selalunya boleh dlakukan sendiri dan amat penting kita memahami punca dan simptom itu dahulu.
rawatan yang boleh saya katakan agak berkesan adalah
- Urutan yang ringan (ianya amat membantu bagi melancarkan peredaran darah dan membantu pelancaran darah yang beroksigen ke tubuh .
- Lakukan renggangan atau stretching sebelum melakukan aktiviti aktiviti yang berat.
- Bagi kejang yang baru berlaku tuamkan dengan Tuala panas atau hot water bag bagi melembutkan otot yang keras
- elakkan kena direct aircond pada bahagian kaki ketika tidur malam , kerana pengecutan otot berlaku dengan kadar tinggi ketika suhu sejuk.
- Diet yang seimbang amat perlu dan pisang mengandungi potasium yang baik serta mampu diserap badan dengan baik
- ikuti sunnah RASULALLAH SAW ,makan secubit Garam sebelum makan nasi kerana dibuktikan dalam kajian garam mampu merawat masalah kekurangan mineral diadalam tubuh dan ianya mampu mengelakkan kekejangan berlaku dengan kerap.
3 senaman ini insha allah mampu membantu mengurangkan risiko untuk kekejangan atau spasm ini berlaku , semoga ianya bermanfaat dan boleh membantu anda..
Wednesday, May 27, 2015
Apakah itu Disc Bulge
Disc Buldge
Asalamualaikum
Hari ni saya nak share sikit salah satu lagi punca yang mengakibatkan sakit belakang iaitu Disc Bulge
Apakah itu Bulging Disk
Ianya merupakan salah satu penyebab kepada sakit belakang ,dan juga sakit leher, salah satu punca yang paling kerap dijumpai di dalam diagnosis sakit belakang.
ianya juga ditafsirkan dalam perubatan sebagai slip disc serta protruding disc .
Tetapi apabila cakera disc ini membengkak dan keluar dari kantung disc ianya dikenali herniated disc.
Bagaimana ianya terjadi
Ada 3 faktor yang berkemungkinan mengakibat kan ianya berlaku , antaranya ialah
Sakit yang terhasil dari disc bulge ini datang secara perlahan lahan , permulaanya ianya datang dengan rasa kebas dan sakit sakit yang minimal di sekitar belakang dan leher , ianya juga boleh mengakibatkan bahagian badan yang terlibat hilang kekuatan dan juga menjadi tegang. perawatan awal amat digalakkan kerana apabila ianya dirawat awal kita boleh mengelakkan untuk dibedah dan juga mengelakkan sakit itu berpanjangan.

- Kelemahan dinding anulous
- tekanan yang kuat pada disc spinal yang menyebabkan dinding anulous koyak
- Trauma atau jatuh.
Kita boleh bahagikan juga permasalahan ini dalam kajian menunjukkan
- Accumulated Microtrauma salah satu penyebab masalah ini berlaku adalah pengulangan trauma yang berterusan seperti poor posture akan menggalakkan masalah ini berlaku.
Kedudukan seperti gambar di atas merupakan posisi yang paling kerap kita lakukan , tahukan anda ianya merupakan penyumbang kepada disc bulge ini .
- tekanan yang Kuat secara tiba tiba , ianya amat mudah dikesan terutama apabila anda terjatuh dengan punggung dahulu atau mengangkat sesuatu yang berat dengan mengejut tanpa membetulkan posisi
Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar ianya kelihatan jelas cara yang salah boleh membawa masalah sakit belakang yang sepatutnya boleh dicegah.
Jatuh dengan punggung ke lantai dulu memang merupakan salah satu punca yang paling kerap untuk dapat sakit belakang dan ianya juga merupakan penyumbang kepada masalah sakit belakang ini.
Sakit yang terhasil dari disc bulge ini datang secara perlahan lahan , permulaanya ianya datang dengan rasa kebas dan sakit sakit yang minimal di sekitar belakang dan leher , ianya juga boleh mengakibatkan bahagian badan yang terlibat hilang kekuatan dan juga menjadi tegang. perawatan awal amat digalakkan kerana apabila ianya dirawat awal kita boleh mengelakkan untuk dibedah dan juga mengelakkan sakit itu berpanjangan.
Monday, May 25, 2015
Cara senaman Spinal Stenosis
Spinal Stenosis
Bismillahirahmanirahim
Asalamualaikum , malam malam nie kadang kadang best juga menaip sambil melayan fikiran ,
malam nie terfikir pulak nak menaip kisah stenosis nie...
Apa itu spinal stenosis ?
Mengikut kajian ianya merupakan satu masalah atau gejala abnormal yang berlaku pada ruang laluan saraf , ianya mengakibatkan tekanan berlaku pada saraf tunjang belakang yang mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan bahagian belakang dan boleh menjalar ke bahagian kaki...
Apakah Punca spinal Stenosis ini boleh berlaku...
banyak faktor yang boleh saya kaitkan dengan permasalahan ini antaranya ialah
Peningkatan Umur.
Apabila umur kita meningkat maka akan berlaku proses proses yang boleh mengakibatkan tulang tulang kita menghasilkan tulang lebihan yang dipanggil spur , penyempitan saraf akan berlaku pada bahagian laluan saraf tunjang dan akan mengakibatkan saraf itu mengalami himpitan.
Arthritis Dua Punca utama arthritis yang kerap berlaku dan penyumbang besar pada spinal stenosis ialah
1.Osteoarthritis
2.Rheumatoid Arthritis
Keturunan
Faktor keturunan juga merupakan salah satu penyumbang kepada masalah ini , ianya lebih berkaitan dengan masalah genetik .Ada ketika masalah ini boleh berlaku kepada peringkat usia yang muda disebabkan abnormal yang belaku pada bahagian tulang belakang sejak kecil lagi.
Kedudukan Tulang Belakang yang tak stabil (spondylolisthesis)
Jika tulang belakang mengalami ketidak stabilan , maka himpitan pada saraf boleh juga berlaku.
Tumor pada Tulang belakang
Penumbuhan tumor pada bahagian tulang belakang juga dikatakan antara penyumbang kepada spinal stenosis ini, ianya mengakibatkan penumbuhan tisu yang abnormal pada bahagian laluan tulang belakang yang boleh mengakibatkan himpitan pada ruang saraf serta menyempitkan laluan.
Trauma
Kemalangan yang mengakibatkan patah pada bahagian tulang belakang juga boleh menjadi penyumbang kepada penyempitan lubang saraf apabila lubang saraf mengalami penumbuhan tulang yang tak sekata dan fragment tulang yang tumbuh dalam keadaan yang abnormal.
Apakah Simptom yang biasa dirasai oleh pesakit spinal stenosis ?
Pesakit kadang kadang mempunyai jenis sakit yang berbeza bergantung kepada punca stenosis dan level yang terkena
Tetapi kadang kadang sakit ini didatangi dengan sakit belakang dan juga sakit pada bahagian kaki disebabkan saraf yang tersepit .
Dalam bahagian fisioterapi antara rawatan yang dicadangkan adalah bergantung kepada assesment yang dilakukan kepada pesakit.
Bengkokan lutut dan secara perlahan lahan tarik dan rapatkan kedada , pastikan ditahan dalam 10 saat dan lakukan ulangan sebanyak 10x
letakkan tangan di atas lutut kemudian secara perlahan tarik rapat kedada dan di tahan seperti ulangan senaman 1 tadi
Senaman berikutnya bengkok kan kedua dua lutut dan secara perlahan golekkan ke kiri dan kekanan serta secara perlahan lahan tarik dengan tangan bagi rasa comfort stretch lakukan ulangan seperti senaman 1 tadi.
Senaman diatas Ini adalah kontraindikasi atau jangan dilakukan jika anda mengalami masalah stenosis, apa apa jua senaman berbentuk extension adalah patut dielakkan dari anda lakukan kerana ianya mampu mengakibatkan sakit bertambah dan menyebabkan himpitan berlaku lebih kuat....
So Untuk ini sahaja yang saya ingin sharekan dan semoga sedikit ilmu ilmu ini mampu anda manfaatkan dan gunakan sebagai panduan bagi mengatasi masalah ini...

- Antara simptom lain yang biasa dilihat ialah kaki menjadi lemah dan mudah rasa hendak jatuh serta rasa malas pada bahagian kaki.
- Rasa Sakit yang amat ketika berjalan dan rasa seperti jarum mencucuk cucuk bahagian belakang dan kaki
- Rasa kebas dan kadang kadang rasa kaku , pijar dan seram sejuk pada bahagian kaki.
Dalam bahagian fisioterapi antara rawatan yang dicadangkan adalah bergantung kepada assesment yang dilakukan kepada pesakit.
- Terapi Panas dan sejuk merupakan rawatan yang paling ringkas untuk pesakit merawat kesakitan dengan cara yang membantu mengurangkan kesakitan yang berlaku pada bahagian belakang dan juga kaki.
- Penggunaan Lumbar traction juga membantu bagi sesetengah kes tetapi kadang kadang tanpa assesment yang betul ianya boleh memudaratkan lagi keadaan pesakit , tetapi melalui pengalaman saya banyak pesakit yang melakukan rawatan traction kesakitan dibahagian kaki berjaya dikurangkan sehingga 80 peratus.
- Penggunaan Tens juga membantu bagi mengurangkan rasa sakit yang terhasil dari saraf dan ianya dapat dilihat apabila ianya diletakkan dibahagian yang betul kesakitan dari otot dan saraf berjaya dikurangkan.
- Ultrasound Therapy , pengunaan ultrasound adalah praktikal bagi kawasan sakit yang keluasanya adalah kecil atau localize pain area.
- Senaman Tulang belakang, ianya amat membantu bagi membekalkan darah yang baik bagi bahagian tulang belakang , ianya juga mampu menguatkan bahagian tulang , ligament dan juga kedudukan struktur tulang bagi mengelakkan kecederaan berlaku lebih parah.
- Postur yang baik adalah kunci kepada pengurangan masalah sakit belakang yang terhasil dari masalah stenosis ini.
- Pengambilan Ubat ubatan yang betul seperti diarahkan pakar amat membantu pesakit dalam mengurangkan gejala yang tidak selesa
Bengkokan lutut dan secara perlahan lahan tarik dan rapatkan kedada , pastikan ditahan dalam 10 saat dan lakukan ulangan sebanyak 10x
letakkan tangan di atas lutut kemudian secara perlahan tarik rapat kedada dan di tahan seperti ulangan senaman 1 tadi
Senaman berikutnya bengkok kan kedua dua lutut dan secara perlahan golekkan ke kiri dan kekanan serta secara perlahan lahan tarik dengan tangan bagi rasa comfort stretch lakukan ulangan seperti senaman 1 tadi.
Senaman diatas Ini adalah kontraindikasi atau jangan dilakukan jika anda mengalami masalah stenosis, apa apa jua senaman berbentuk extension adalah patut dielakkan dari anda lakukan kerana ianya mampu mengakibatkan sakit bertambah dan menyebabkan himpitan berlaku lebih kuat....
So Untuk ini sahaja yang saya ingin sharekan dan semoga sedikit ilmu ilmu ini mampu anda manfaatkan dan gunakan sebagai panduan bagi mengatasi masalah ini...
Sunday, May 24, 2015
Apakah itu (TIA) Transient ischemic Attack
Stroke (TIA)
Bismillahirahmanirrahim
Asalamualaikum....
Hari nie kiter citerkan sikit berkaitan TIA , Apa itu TIA ye...
Dalam makna yang mudah untuk difahami , ianya merupakan satu gejala MINI STROKE..
puncanya ialah peredaran darah kebahagian otak berlaku halangan atau terhenti secara tiba tiba dalam jangka masa yang singkat , yang mengakibatkan kerosakan tisu tisu otak secara kecil disebabkan kekurangan oksigen.
Waktu berlaku....
Ianya berlaku dalam masa 24 jam , dan gejala yang ditunjukkan hampir sama seperti gejala stroke.
Punca ianya boleh berlaku...
Gejala mini stroke ini boleh terjadi kepada 3 kategori

- Kurangnya pengaliran darah kebahagian otak disebabkan tekanan darah yang rendah berlaku pada salur darah yang membawa darah beroksigen ke otak , antaranya adalah salur darah karotid.
- Enapan darah beku (BLODD CLOTH) dari bahagian badan yang lain mengalir melalui jantung dan tersumbat ke laluan darah yang menyalurkan ke otak
- Penyempitan pembuluh salur darah disebabkan enapan lemak dan kolestrol yang mengakibatkan penyumbatan .
Pekara yang perlu di fahami dan ditekankan melalui masalah ini ialah
- 40% orang yang menghadapi masalah TIA ini dalam kajian menunjukkan mereka berkemungkinan boleh mendapat stroke yang sebenar.
- Kajian menunjukkan dalam masa terdekat atau beberapa hari stroke boleh terus terjadi .
- Simptom TIA sama seperti simptom stroke.
Apakah Langkah Pencegahan yang baik...
- Goal atau tujuan dalam pengurusan TIA ialah untuk mengelakkan atau mencegah ianya berlaku pada masa depan atau terdekat , jangan pandang isu ini remeh , kerana pencegahan awal adalah rawatan yang paling terbaik.
- Pengawalan berat badan yang ideal , diet yang seimbang , pengawalan pengambilan rokok dan minuman keras ( bagi non Muslim) ,lakukan senaman yang konsistant serta seimbang adalah satu pencegahan yang paling baik.
- Bagi yang mempunyai risiko , pengambilan ubat diatas nasihat Dr pakar adalah terbaik kerana pengambilan ubat untuk mengelakkan pembekuan darah adalah salah satu rawatan yang berkesan dalam pencegahan.
- Jika TIA berlaku disebabkan blockage di dalam salur darah ,seperti carotid atery , Dr Pakar akan menyarankan satu pembedahan yang membuka kembali laluan carotid dipanggil endarterectomy dan stenting.
Apa yang penting adalah pencegahan dan dapatkan dari nasihat pakar agar kita dapat mencegah dan menjauhi risiko untuk menghadapi pekara ini .
Friday, May 22, 2015
Melakukan senaman Breathing Exercise (Deep Breathing Exs)
Deep Breathing Exercise
Asalamualaikum ,
Hari ini saya nak postkan satu cara atau teknik pernafasan yang amat baik dan berguna di dalam menambahkan kadar oksigen yang bagus ke otak ..
teknik yang amat mudah dipraktiskan ini dipanggil Deep Breathing Exercise.. Tujuan saya menaip benda ini bagi memudahkan pemahaman yang neutral tanpa memberi kekeliruan berkaitan dengan cara nya.
Kenapa saya katakan teknik ini amat berguna , kerana setiap tisu tisu di tubuh kita ini berfungsi dengan optimum apabila oksigen cukup sepenuhnya bukan itu sahaja otak kita juga akan cerdas.
Kebaikkan Deep Breathing.

- Melancarkan peredaran darah beroksigen ke seluruh tubuh badan
- menguatkan imunisasi secara semula jadi
- membantu mempercepatkan peroses pemulihan pernafasan
- menguatkan paru paru dan mengelakkan otot otot paru paru menjadi lemah
- menyegarkan otak dan tubuh badan
- mengekalkan awet muda (sebab tisu tisu mendapat bekalan oksigen secukupnya)
Bila hendak memulakanya
ianya boleh dilakukan pada bila bila masa dan juga keadaan kerana tiada pantang larang tentang senaman ini . Amat digalakkan selepas bangun tidur terutama di waktu pagi dan juga bila kepenatan.
Kelebihan senaman deep breathing exercise ini amat praktikal jika ianya dilakukan bagi pesakit yang mempunyai sejarah Asthma, pneumonia , batuk kering , dan permasalahan jangkitan paru paru.
Caranya ialah
- Dapatkan posisi yang selesa sama ada baring , duduk atau bersandar ,letakkan tangan di kedua posisi perut dan atas dada .
- Tarik nafas melalui hidung sedalam dalam yang boleh dengan kadar yang perlahan dan tidak gopoh .
- pastikan perut terangkat ke atas disebabkan reaksi dari udara yang memenuhi bahagian bawah paru paru dan menolak diapghram ke atas
- Tahan dalam 3 saat bagi mendapatkan penyerapan Oksigen yang optimum ,
- Kemudian secara natural lepaskan udara melalui mulut dengan kadar yang perlahan dan relax.
- pastikan dada dan perut turun secara semula jadi
- Lakukan berulang kali sebanyak 5x atau 10 x
Apakah kesan dari senaman ini ,
Anda akan rasa sangat relax , tenang dan membantu mengatasi masalah stress, dan tekanan
lebih berkesan jika di lakukan dengan bacaan zikir dalam hati ..fuhhhh kesanya seperti mendapat antibiotik yang natural , kerana waktu itu otak kita akan merembeskan hormon endorphin yang secara semula jadi membantu kita hilang sakit , stress dan juga menguatkan tubuh badan secara semula jadi.
Insha Allah anda cuba dulu dan yakin ,kesanya akan datang serta merta...
Total Hip Replacement (Precaution)
Tips selepas pembedahan sendi pinggul
Asalamualaikum,
Hari ini saya nak citerkan sikit pasal penjagaan selepas pembedahan TOTAL HIP REPLACEMENT,
atau dalam bahasa kita ianya di panggil penukaran penuh tulang penuh
Apa itu THR ?
merupakan salah satu pembedahan yang menukar bahagian sendi peha dan ditukarkan ke sendi implant.
Tujuan pembedahan ini berlaku kerana antara beberapa faktor iaitu
Apakah Risiko selepas pembedahan?
Pekara ini amat penting bagi setiap pesakit memahami antara risiko yang boleh berlaku selepas pembedahan iaitu dan cara penjagaanya. sila lihat perbezaan xray normal dan dislocation
Cara Cara penjagaan basic selepas pembedahan
2. Elakkan silang kaki yang di bedah ke arah dalam.
3.Jangan Duduk bersila atau silang panggung
4.Tinggikan tempat duduk tandas dengan membeli di farmasi
5.Ketika tidur digalakkan letak bantal kecil antara celah kaki bagi mengelakan kaki tersilang
(digalakkan selepas baru dibedah)
Antara yang lainya saya nyatakan dalam gambar ini , dan jika mampu dielakkan ianya adalah pendekatan yang terbaik
oleh itu , saya rasa ianya antara pekara paling basic atau palin mudah untuk difahami bagaimana untuk menjaga THR selepas dibedah , insha Allah dengan gambar yang diberi ianya dapat memberikan sedikit manfaat buat kita semua...

- Osteoarthritis yang teruk
- Sendi Peha Patah
- Avascular Necrosis (pereputan sendi tulang peha)
- Cancer Tulang
Pekara ini amat penting bagi setiap pesakit memahami antara risiko yang boleh berlaku selepas pembedahan iaitu dan cara penjagaanya. sila lihat perbezaan xray normal dan dislocation
- Normal
- Dislocation Total Hip replacement
Cara Cara penjagaan basic selepas pembedahan
- Elakkan duduk membongkok lebih dari 90 darjah
2. Elakkan silang kaki yang di bedah ke arah dalam.
3.Jangan Duduk bersila atau silang panggung
4.Tinggikan tempat duduk tandas dengan membeli di farmasi
5.Ketika tidur digalakkan letak bantal kecil antara celah kaki bagi mengelakan kaki tersilang
(digalakkan selepas baru dibedah)
Antara yang lainya saya nyatakan dalam gambar ini , dan jika mampu dielakkan ianya adalah pendekatan yang terbaik
oleh itu , saya rasa ianya antara pekara paling basic atau palin mudah untuk difahami bagaimana untuk menjaga THR selepas dibedah , insha Allah dengan gambar yang diberi ianya dapat memberikan sedikit manfaat buat kita semua...
Thursday, May 21, 2015
Senaman untuk meningkatkan fitness Jantung
Step Test exercise
Bismillahirahmanirahim.
Asalamualaikum , untuk entry kali nie saya nak share sikit macam mana anda hendak tahu bahawa jantung anda ini fit atau dengan kata lainya ianya sihat he he,ini merupakan test ataupun kita panggil endurance untuk mengukur sejauh mana kecergasan anda.
Apa yang anda perlukan ?
cara nak buat step test nie boleh ikut guideline yang saya bagi dan gunakan form ini
Nak lagi faham ikut gambar ini ok..

- Ianya amat praktikal dan mudah dilakukan tanpa perlu pergi ke GYM atau ke mana mana pusat kecergasan .
- ianya amat mudah dilakukan dan boleh dilakukan di rumah.
- dapat keputusan serta merta .
Apa yang anda perlukan ?
- Steper 12 inch / tangga yang ada di rumah
- Stop Watch / handphone stop watch (download kat google aps)
nampak sangat simple sahaja peralatan yang diperlukan bukan , so tak boleh la kata susah nak buat he he he
cara nak buat step test nie boleh ikut guideline yang saya bagi dan gunakan form ini
Name | ______________________________ | BP_______________ | |||||||||
Medical History_____________________ | Age | _________ | |||||||||
STEP TEST | |||||||||||
This test is designed to measure your cardiovascular endurance. | |||||||||||
Using a 12 inch step (or similar sized stair in your house),step on and off for 3 minutes. | |||||||||||
Step up with one foot and then the other.Step down with one foot followed by the foot. | |||||||||||
It's easy to maintain if you say "up,up, down , down". Go at a steady speed. | |||||||||||
*At the end of 3 minutes, remain standing while you immediately check your heart rate | |||||||||||
or pulse for one minute. | |||||||||||
* Depends on individual fitness level. | |||||||||||
3 Minutes Step Test | |||||||||||
AGE | 18-25 | 26-35 | 36-45 | 46-55 | 56-65 | ||||||
SEX | Men | Women | Men | Women | Men | Women | Men | Women | Men | Women | |
EXCELLENT | < 79 | < 85 | < 81 | < 88 | < 83 | < 90 | < 87 | < 94 | < 86 | < 95 | |
GOOD | 79-89 | 85-98 | 81-89 | 88-99 | 83-96 | 90-102 | 87-97 | 94-104 | 86-97 | 95-104 | |
ABOVE | 90-99 | 99-108 | 90-99 | 100-111 | 97-103 | 103-110 | 98-105 | 105-115 | 98-103 | 105-112 | |
AVERAGE | |||||||||||
AVERAGE | 100-105 | 109-117 | 100-107 | 112-119 | 104-112 | 111-118 | 106-116 | 116-120 | 104-112 | 113-118 | |
BELOW | 106-116 | 118-126 | 108-117 | 120-126 | 113-119 | 119-128 | 117-122 | 121-129 | 113-120 | 119-128 | |
AVERAGE | |||||||||||
POOR | 117-128 | 127-140 | 118-128 | 127-128 | 120-130 | 129-140 | 123-132 | 130-135 | 121-129 | 129-139 | |
VERY POOR | > 128 | > 140 | > 128 | > 138 | > 130 | > 140 | > 132 | > 135 | > 129 | > 129 | |
Nak lagi faham ikut gambar ini ok..
Ok lah insha Allah , senaman yang ringkas dan boleh digunakan untuk mengukur tahap kecergasan jantung kita..
Wednesday, May 20, 2015
Cara senaman serta rawatan Frozen Shoulder
Frozen shoulder
Assalamualaikum,
Mari kita cerita sikit pasal frozen shoulder , atau dalam erti kata lainya bahu beku...macam pelik je bunyi nya..macam citer frozen yang anak anak aku suka tengok pun macam ada juga..
Apakah itu frozen shoulder?
Jangan anda berfikir dalam bahu anda ada air batu yang mengakibatkan bahu beku ok he he,
Frozen shoulder bermaksud ada berlakunya inflamasi atau bengkak di sekeliling tisu sendi bahu yang akan mengakibatkan bahu anda mengeras , ini adalah kerana tisu tisu yang cedera ini tadi akan mula mengeras serta meninggalkan struktur parut yang tidak rata mengakibatkan adanya limitation dari semua arah segi pergerakkan sendi bahu anda.
Apakah Puncanya ?
Setakat ini punca frozen shoulder tidak dapat dipastikan secara jelas kerana ianya boleh datang dalam pelbagai peringkat , ini kerana pengalaman saya ketika merawat pesakit yang mengalami masalah frozen shoulder ini ,mereka tiba tiba jadi sakit dan keras pada bahu , sedangkan tiada jatuh atau belaku trauma pada anggota bahagian itu.
Tetapi , kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah ini ada sejarah seperti cedera , over use atau over stretch , pesakit yang mengalami stroke , pesakit yang membuat pembedahan di bahagian bahu atau mastectomy, kes kes begini boleh menjadi pemangkin kepada permasalahan ini.
Kencing manis juga dikaitkan dengan masalah ini , kerana pengawalan kadar gula dalam darah yang lemah mengakibatkan tisu tisu di sekeliling sendi jadi mengeras dan melekat.
Tanda Tanda frozen shoulder ?
Peringkat Proses Frozen Shoulder.
Peringkat menyakitkan (stage 1): Bahu akan terasa kaku dan kesakitan mengiringi setiap pergerakan bahu. Ia
kemudiannya menjadi bertambah sakit dan lebih teruk pada waktu malam. Keadaan
ini boleh berlarutan di antara kira-kira tiga hingga 4
bulan.
Peringkat Beku/ Perlekatan (stage 2): Sakit mungkin
berkurangan tetapi bahu menjadi lebih kaku manakala pergerakan bahu semakin
berkurangan (empat hingga enam bulan). Elakkan pergerakan melampau yang boleh
mencetuskan kesakitan. Bagaimanapun, pesakit boleh terus menggunakan bahunya
seperti biasa.
Peringkat pemulihan/ penyembuhan (stage 3): Keadaan menjadi
bertambah baik dan tidak begitu menyakitkan (satu hingga tiga bulan). Pada
mulanya, amat sukar untuk menggerakkan bahu walau sedikit namun selepas
seketika, kekakuan beransur hilang. Pesakit sudah boleh menggerakkan bahunya
semula.
Rawatan Doctor.
Ubat Ubatan / Suntikan
Pembedahan
Adalah amat amat jarang bahu dibedah jika kerana frozen shoulder , tetapi jika gumpalan tisu keras di dalam bahagian bahu tidak lembut atau hilang , maka pembedahan adalah salah satu alternatif yang terakhir.
Apakah peranan Fisoterapi.
Untuk permasalahan ini selalunya aim and goal adalah mendapatkan range atau jarak pada bahagian bahu dengan kadar yang konsistant , membantu mengurangkan sakit dan juga mengekalkan kekuatan otot otot di sekitar bahu.
Selalunya Terapi panas dan sejuk merupakan opsyen yang baik bagi merawat masalah sakit bahu ini dan ianya akan ditentukan dengan mengambil kira assesment yang dilakukan oleh therapist yang bertauliah.
senaman yang boleh dilakukan untuk masalah ini dan diamalkan dengan risiko yang minimal adalah
pendular exercise
Senaman Asas ini adalah satu alternatif tetapi , perawatan yang betul adalah melalui profesional seperti DR dan juga Fisioterapi , oleh itu sebagai langkah yang lebih baik senaman ini sesuai dilakukan apabila di nasihat oleh pakar pakar bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan anda.
Senaman seperti ini saya galakkan anda lakukan sekurang kurangnya 3 kali sehari pagi , petang dan malam serta dilakukan sebanyak 10x/20x bagi setiap jenis.
Assalamualaikum,
Mari kita cerita sikit pasal frozen shoulder , atau dalam erti kata lainya bahu beku...macam pelik je bunyi nya..macam citer frozen yang anak anak aku suka tengok pun macam ada juga..
Apakah itu frozen shoulder?
Jangan anda berfikir dalam bahu anda ada air batu yang mengakibatkan bahu beku ok he he,
Frozen shoulder bermaksud ada berlakunya inflamasi atau bengkak di sekeliling tisu sendi bahu yang akan mengakibatkan bahu anda mengeras , ini adalah kerana tisu tisu yang cedera ini tadi akan mula mengeras serta meninggalkan struktur parut yang tidak rata mengakibatkan adanya limitation dari semua arah segi pergerakkan sendi bahu anda.
Apakah Puncanya ?
Setakat ini punca frozen shoulder tidak dapat dipastikan secara jelas kerana ianya boleh datang dalam pelbagai peringkat , ini kerana pengalaman saya ketika merawat pesakit yang mengalami masalah frozen shoulder ini ,mereka tiba tiba jadi sakit dan keras pada bahu , sedangkan tiada jatuh atau belaku trauma pada anggota bahagian itu.
Tetapi , kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah ini ada sejarah seperti cedera , over use atau over stretch , pesakit yang mengalami stroke , pesakit yang membuat pembedahan di bahagian bahu atau mastectomy, kes kes begini boleh menjadi pemangkin kepada permasalahan ini.
Kencing manis juga dikaitkan dengan masalah ini , kerana pengawalan kadar gula dalam darah yang lemah mengakibatkan tisu tisu di sekeliling sendi jadi mengeras dan melekat.
Tanda Tanda frozen shoulder ?
- Antara tanda yang jelas , kebanyakan pesakit mengadu mengalami sakit yang berdenyut denyut di waktu malam atau ketika waktu suhu yang sejuk , kebanyakan mereka jadi anti dengan aircond disebabkan rasa sakit ini.
- Tangan menjadi berat dan lemah , sampai ada ketika mereka katakan cawan pun tak boleh diangkat.
- bahu mengeras dan tak boleh digerakkan dengan arah yang betul
- Rasa sakit yang mencucuk dan sakit jika dipaksa gerak.
- Paling teruk sampai mengganggu tidur.
Peringkat Proses Frozen Shoulder.
Dalam peringkat ini , ianya memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi buat pesakit , ada ketika rawatan pemulihan boleh menjangkau lebih setahun untuk sembuh.
Ubat Ubatan / Suntikan
kebanyakan dan kebiasaan doktor akan memberi ubat penahan sakit hanya untuk
mengurangkan sakit tetapi tidak membantu meningkatkan pergerakan sendi.
“Suntikan steroid dan lokal anestetik ke dalam sendi bahu glenohumeral
dapat meredakan inflamasi, seterusnya mengurangkan sakit . Tetapi dalam peringkat ini pesakit hendaklah mengikut arahan Doktor seperti mengurangkan pergerakan yang agresif dan cuba mengambil ubat ubatan yang telah diarahkan.Pembedahan
Adalah amat amat jarang bahu dibedah jika kerana frozen shoulder , tetapi jika gumpalan tisu keras di dalam bahagian bahu tidak lembut atau hilang , maka pembedahan adalah salah satu alternatif yang terakhir.
Apakah peranan Fisoterapi.
Untuk permasalahan ini selalunya aim and goal adalah mendapatkan range atau jarak pada bahagian bahu dengan kadar yang konsistant , membantu mengurangkan sakit dan juga mengekalkan kekuatan otot otot di sekitar bahu.
Selalunya Terapi panas dan sejuk merupakan opsyen yang baik bagi merawat masalah sakit bahu ini dan ianya akan ditentukan dengan mengambil kira assesment yang dilakukan oleh therapist yang bertauliah.
senaman yang boleh dilakukan untuk masalah ini dan diamalkan dengan risiko yang minimal adalah
pendular exercise
Senaman Yang membantu melonggarkan sendi bahu , risiko sakit yang minimal , cuma perlu lakukan dalam bentuk putaran arah jam dan lawan jam.
Cara Begini lebih mudah dilakukan jika jari atau tangan menyelusur dinding secara perlahan lahan , dilakukan semampu yang boleh digapai.
bahu dirapatkan ke belakang bagi membantu mendapatkan postur yang baik dan juga mengurangkan ketegangan di bahagian leher dan bahu.
bahu secara perlahan lahan dibuka atau didepangkan , dan secara perlahan jatuhkan bahu ke tepi badan tanpa menekan ke arah leher.
boleh digunakan untuk membantu merenggangkan otot bahu depan dan juga mencantikkan postur tubuh serta membantu otot bahu depan direnggangkan.
Cara begini sesuai digunakan ketika baring dan ianya mengurangkan sakit serta membantu mengekalkan mobiliti pada bahu.