Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Friday, May 22, 2015

Melakukan senaman Breathing Exercise (Deep Breathing Exs)

Deep Breathing Exercise

Asalamualaikum ,
Hari ini saya nak postkan satu cara atau teknik pernafasan yang amat baik dan berguna di dalam menambahkan kadar oksigen yang bagus ke otak ..

teknik yang amat mudah dipraktiskan ini dipanggil Deep Breathing Exercise.. Tujuan saya menaip benda ini bagi memudahkan pemahaman yang neutral tanpa memberi kekeliruan berkaitan dengan cara nya.

Kenapa saya katakan teknik ini amat berguna , kerana setiap tisu tisu di tubuh kita ini berfungsi dengan optimum apabila oksigen cukup sepenuhnya bukan itu sahaja otak kita juga akan cerdas.

Kebaikkan Deep Breathing.

  • Melancarkan peredaran darah beroksigen ke seluruh tubuh badan
  • menguatkan imunisasi secara semula jadi
  • membantu mempercepatkan peroses pemulihan pernafasan 
  • menguatkan paru paru dan mengelakkan otot otot paru paru menjadi lemah
  • menyegarkan otak dan tubuh badan
  • mengekalkan awet muda (sebab tisu tisu mendapat bekalan oksigen secukupnya)
Bila hendak memulakanya 

ianya boleh dilakukan pada bila bila masa dan juga keadaan kerana tiada pantang larang tentang senaman ini . Amat digalakkan selepas bangun tidur terutama di waktu pagi dan juga bila kepenatan.

Kelebihan senaman deep breathing exercise ini amat praktikal jika ianya dilakukan bagi pesakit yang mempunyai sejarah Asthma, pneumonia , batuk kering , dan permasalahan jangkitan paru paru.


Caranya ialah
  • Dapatkan posisi yang selesa sama ada baring , duduk atau bersandar ,letakkan tangan di kedua posisi perut dan atas dada .
  • Tarik nafas melalui hidung sedalam dalam yang boleh dengan kadar yang perlahan dan tidak gopoh .
  • pastikan perut terangkat ke atas disebabkan reaksi dari udara yang memenuhi bahagian bawah paru paru dan menolak diapghram ke atas 
  • Tahan dalam 3 saat bagi mendapatkan penyerapan Oksigen yang optimum ,
Image
  • Kemudian secara natural lepaskan udara melalui mulut dengan kadar yang perlahan dan relax.
  • pastikan dada dan perut turun secara semula jadi
  • Lakukan berulang kali sebanyak 5x atau 10 x

Apakah kesan dari senaman ini , 

Anda akan rasa sangat relax , tenang dan membantu mengatasi masalah stress, dan tekanan
lebih berkesan jika di lakukan dengan bacaan zikir dalam hati ..fuhhhh kesanya seperti mendapat antibiotik yang natural , kerana waktu itu otak kita akan merembeskan hormon endorphin yang secara semula jadi membantu kita hilang sakit , stress dan juga menguatkan tubuh badan secara semula jadi. 

Insha Allah anda cuba dulu dan yakin ,kesanya akan datang serta merta...



0 Comments:

Post a Comment