Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Wednesday, September 5, 2018

5 Kesan buruk dari sifat Marah pada badan manusia.

Apa yang terjadi kepada tubuh badan anda ketika Marah ?

Bismillahirahmanirahim , dalam ulasan blog saya pada bulan ini saya ingin kongsikan tentang perkara yang boleh belaku kepada tubuh badan manusia ketika kita marah.



1. Kesan kepada bahagian otak dan pemikiran manusia
adakah anda pernah rasa sakit kepala dan pada bahagian telinga anda rasa panas serta kepala menjadi bingung apa bila anda marah , ini berlaku kerana Ketika marah, darah akan  mengalir deras ke korteks frontal pada bahagian otak sehingga menjadikan pemikiran anda berada dalam keadaan tidak rasional dan paling bahaya ianya menjadikan anda kurang waras ketika marah (Oleh itu Anda tidak disarankan membuat keputusan ketika saat  anda sedang marah). Sebuah Kajian dilakukan oleh Dr Elizabeth Mostofsky, an instructor in the department of epidemiology at the Harvard School of Public Health in Boston menemukan hasil kajian antara marah mengakibatkan berlakunya stroke yang diakibatkan oleh pembuluh darah pecah di bahagian kepala disebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Bahaya bukan jika kita terlalu marah.

2. Kesan Kepada Jantung Manusia
Apabila kita marah tekanan darah meningkat disebabkan penghasilan hormon adrenalin yang tinggi , ini akan mengakibatkan rentak Jantung menjadi laju dan tekanan darah manusia menjadi tinggi , jika ini kerap terjadi maka kesan kepada jantung amatlah buruk ini kerana marah akan menukarkan rentak jantung menjadi tidak stabil , bagi mereka yang mempunyai risiko , kesan ini akan mengakibatkan mereka berisiko mendapat serangan jantung yang lebih 3 kali ganda , oleh itu apabila anda marah debaran jantung itu memberitahu bahawa jantung anda sedang bekerja terlalu tinggi yang memungkinkan anda boleh kena serangan jantung ( sebab tu banyak drama melayu asal marah je sakit jantung , memang betul lah tu )

3. Kesan kepada Paru paru
Adakah anda perasan ketika anda marah dada anda menjadi sempit dan menyebabkan anda bernafas dengan laju , ini kerana pembuluh darah anda berkembang dengan terlalu drastik dan akan mengakibatkan peparu anda mengembang 2x ganda bagi menyeimbangi pernafasan anda , sebab itu kita apabila marah nafas menjadi pantas dan kuat , kesan buruk ialah ianya akan mengakibatkan peparu anda menjadi kejang dan sempit sehingga menyukarkan anda bernafas , bagi mereka yang mempunyai masalah lelah dan asma risiko mendapat serangan asma adalah 5x ganda , sebab itu marah ini boleh menyebabkan juga anda rasa hendak pitam kerana oksigen tidak sampai ke otak disebabkan paru paru anda tidak dapat berkembang dengan normal.

4.Kesan Pada Imun sistem
Kajian yang dilakukan para penyelidik mendapati orang yang kerap marah selalunya mempunyai pelbagai masalah kesihatan antaranya mudah kena demam , selsema , batuk ,paru paru berair dan yang paling kita takuti ialah ianya mengundang Kanser , ini kerana marah akan mengakibatkan hormon stress lebih banyak dirembeskan oleh otak , oleh itu sistem pertahanan badan manusia akan menjadi semakin lemah dan mudah dijangkiti oleh bakteria dan juga virus , so hendak imun sistem badan yang kuat kurangkan sifat marah anda.

5.Kesan pada sistem saraf manusia.
Kesan sifat marah juga amat memberikan kesan yang buruk kepada sistem saraf manusia , ini kerana ianya akan mengakibatkan otak menjadi celaru dalam menerima apa apa isyarat dari sistem saraf , sebab itu kita lihat selalunya orang yang terlalu marah mereka menjadi kebal dari sakit dan mereka mampu melakukan pekara yang merbahayakan tubuh badan mereka , sebagai contoh jika mereka marah dan mengamok mereka kebal dari tembakan ,ini terbukti kerana isyarat sakit akan terputus untuk diterima dari otak disebabkan tekanan darah yang terlalu meningkat , sebab itu juga kita biasa lihat mereka yang marah ini akan cuba menyakiti tubuh badan mereka dengan melakukan sesuatu diluar jangkaan disebabkan sistem saraf menjadi lumpuh sementara.

Oleh itu kesan marah ini banyak negatif dari positif kerana boleh dikatakan seluruh sistem tubuh badan manusia akan menjadi rosak dan tidak normal, kajian juga menunjukkan orang yang panas baran ini selalunya umur mereka tidak panjang disebabkan kerosakan dari segi rohani dan fizikal yang akan memberikan kesan dalam jangka masa yang tertentu .
Ingat lah rasulallah pernah bersabda

  • "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
  • "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)

Sebagai orang islam jadikan ianya sebagai panduan kerana sifat marah ini mengundang keburukan daripada kebaikan wallahuaklam.


0 Comments:

Post a Comment