Bismillahirahmanirahim , Semalam di siaran berita dan juga di akhbar Masalah jangkitan HMFD di Malaysia telah menular dengan pantas dan sebanyak 40,000 kes telah dilaporkan. Ini merupakan satu statistik yang perlu kita berjaga jaga terutama bagi mereka yang mempunyai anak anak yang masih kecil.Penyakit ini adalah biasa terjadi kepada golongan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Penyakit ini tidak serius walaupun ia sangat menular. Walau bagaimanapun, anda perlu membawa anak anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang cukup serta mengambil langkah langkah pencegahan awal bagi mengelakkan berlaku komlikasi serta penularan yang lebih luas.
Tahukah anda apakah itu HMFD ?
Masalah jangkitan Penyakit tangan, kaki, dan mulut atau “hand, foot, and mouth disease” (HFMD) adalah jangkitan yang sangat mudah merebak dan juga mampu tersebar dengan cepat . Ini kerana penyebaran penyakit ini dilakukan oleh virus dari genus Enterovirus, dan yang paling biasa ditemui kepada pesakit adalah “coxsackievirus”. secara umumnya virus ini boleh tersebar dari satu individu ke satu individu yang lain melalui hubungan langsung melalui tangan yang tidak dibasuh atau permukaan yang tercemar dengan sentuhan. Ia juga boleh dihantar melalui air liur, najis, atau rembesan pernafasan orang yang dijangkiti. Jangkitan Penyakit tangan, kaki, dan mulut dicirikan dengan tanda tanda global yang mudah dikesan antaranya lepuh atau luka di mulut dan ruam pada tangan dan kaki. Jangkitan ini boleh terjadi kepada semua peringkat umur, tetapi kebiasanya ianya kerap berlaku pada kanak-kanak yang berusia di bawah umur 5 tahun. Secara umumnya, keadaan ini membawa simptom ringan dan bertambah pulih dengan sendirinya dalam beberapa hari.Tetapi sebagai ibu bapa ianya harus diambil berat kerana wabak penularan ini amat mudah menjangkiti kanak kanak.
Gejala Gejala yang dilihat.
Selalunya dalam pengamatan mata kasar .Gejala penyakit hfmd mula berlaku dalam tempoh tiga hingga tujuh hari selepas jangkitan awal. Sesetengah individu yang dijangkiti tidak akan mempunyai gejala terutamanya orang dewasa, tetapi mereka boleh menyebarkan virus ini kepada individu lain terutama kanak kanak. Waktu paling berjangkit dan mudah terjadinya penularan semasa 7 hari pertama penyakit.
Antara Gejala serta simptom penyakit hfmd adalah termasuk:
- Individu yang dijangkiti akan Demam
- Mempunyai rasa Kurang selera makan
- Akan terasa Sakit tekak
- Terjadinya Sakit kepala
- Rasa kerengsangan serta tidak selesa
- Sakit pada otot dan sendi
- Terjadinya Lepuh yang kemerahan dan menyakitkan di dalam mulut
- Timbul gejala Ruam merah pada tangan dan tapak kaki
- Berlakunya Ulser pada lidah dan mulut
Bagaimanakah Penularan Wabak HMFD ini.
Disini adalah pemahaman yang paling penting kepada ibu bapa untuk memahami bagaimana penularan ini boleh berlaku , kerana ada sesetengah ibu bapa yang memandang kes ini sebagai satu benda yang mudah dan enteng , ini antara punca terjadinya penularan wabak HMFD ini.
Untuk pemahaman pembaca ,Penyakit hfmd tersebar dari individu ke individu yang lain melalui hubungan langsung dengan virus yang menjangkiti individu tersebut (sama ada Coxsackievirus A16 atau kurang biasa enterovirus 71).
- Kajian menunjukkan Virus ini paling biasa dijumpai di kawasan hidung dan kerongkong tetapi juga dalam cecair atau najis individu yang telah dijangkiti.
- Masalah utama tentang Virus ini , ianya boleh bertahan pada permukaan yang tidak bernyawa seperti desktop, telefon , baju, permainan kanak kanak , trolli pasaraya , tempat duduk makan kanak kanak dan sebagainya.
- Virus ini kemudiannya boleh berpindah serta menjangkiti dengan menyentuh permukaan yang terkontaminasi dan kemudian individu itu menyentuh hidung, mulut atau mata tanpa disedari dengan tangan yang telah bersentuhan dengan virus tersebut , terutamanya kanak kanak yang gemar memasukkan tangan di dalam mulut.
- Di pasaraya atau di mana mana dengan individu yang menukar lampin bayi yang dijangkiti tanpa memakai sarung tangan atau tanpa mencuci tangan dapat menyebarkan penyakit hfmd ini dengan lebih pantas
- Meminum Air tercemar dengan virus juga boleh menyebarkan jangkitan ini terutama kedai makan yang tidak membasuh pinggan serta cawan yang telah digunakan oleh individu yang dijangkiti.
- Paling merisaukan bagi Wanita yang telah dijangkiti sebelum kelahiran boleh menyebarkan jangkitan kepada bayi mereka di dalam kandungan terutama kandungan yang hampir bersalin.
- Selalunya Bayi pada konteks amnya akan mempunyai simptom yang ringan tetapi perlu dipantau dengan teliti ini kerana dalam kes-kes yang jarang berlaku bayi ini boleh mengalami jangkitan yang lebih teruk atau mengalami komplikasi yang membahayakan nyawa mereka
- Masalah Penyakit hfmd tidak boleh dijangkiti dari haiwan
Antara fakta tentang Virus HMFD ini ialah ,Virus yang menyebabkan penyakit hfmd mungkin kekal di dalam saluran pernafasan atau saluran usus untuk beberapa minggu hingga beberapa bulan selepas semua simptom telah pulih. Oleh itu, individu yang telah dijangkiti mungkin boleh menyebarkan jangkitan ini walaupun ianya telah pulih sepenuhnya. Sesetengah individu (kebanyakan orang dewasa) mungkin tidak menunjukkan apa apa tanda atau simptom semasa jangkitan mereka tetapi secara tidak sengaja ia dapat menyebarkan penyakit ini kepada bayi dan kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang lemah. Oleh itu ingat jangan cium bayi bayi yang baru lahir jika anda pernah mengalami gejala yang disebutkan.
Rawatan bagi Masalah Penyakit HMFD
Bawa anak anda mendapatkan rawatan jika ianya dijangkiti dan kuarantinkan anak anda dari bersentuhan dengan kanak kanak lain , ambil ianya sebagai tanggungjawab yang baik kerana penularan wabak ini amat mudah , Untuk pengetahuan anda ,Dalam kebanyakan kes, penyakit hfmd boleh sembuh tanpa rawatan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari. Selalunya Rawatan utama penyakit HMFD adalah untuk melegakan simptom demam dan sakit tekak. Melalui rakan saya pakar perubatan kanak kanak , Antibiotik tidak disyorkan dalam rawatan penyakit virus ini kerana ianya berpunca dari virus dan bukan bakteria .Dalam sesetengah kes yang teruk Intravena imun globulin (IVIG) telah diuji sebagai terapi untuk pesakit yang teruk atau pesakit dewasa yang mengalami sistem imun yang lemah. Bagi kanak kanak tujuan rawatan diberikan untuk mengelakkan kanak kanak ini mengalami dehidrasi atau kekurangan air yang boleh mengakibatkan masalah lain.
Antara rawatan lain untuk penyakit hfmd yang diberikan oleh DR ialah
- Ubat atau preskripsi “over-the-counter” untuk melegakan lepuh dan ruam
- Ubat tahan sakit, seperti acetaminophen atau ibuprofen, untuk melegakan sakit kepala
- Ubat sirap atau “lozenges” untuk meredakan sakit tekak
Selain itu juga antara rawatan di rumah untuk membantu meringankan gejala penyakit tangan, kaki, dan mulut. ialah dengan
- Menyedut ais
- Makan ais krim
- Minum minuman sejuk.
- Anda hendaklah memberi individu yang dijangkiti memakan atau mengambil buah sitrus, minuman buah-buahan masam, dan soda.
- Tidak mengambil makanan pedas atau masin.
- Berkumur menggunakan air garam di dalam mulut juga boleh membantu melegakan kesakitan yang berkaitan dengan lepuh mulut dan luka pada kerongkong. Lakukan teknik ini beberapa kali sehari atau sekerap yang boleh bagi membantu melegakan .
Sebenarnya masalah jangkitan ini boleh dikawal jika semua ibu bapa memainkan peranan dan juga masyarakat peka dengan keadaan semasa , elakkan membawa anak anak yang telah dijangkiti di tempat awam dan pada ibu bapa ambil giliran bercuti untuk menjaga anak anak anda , kerana pencegahan yang paling baik adalah bermula daripada anda. Wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment