Tidak haus ketika berpuasa Di bulan Ramadhan
Bismillahirahmanirahim , di bulan ibadah ini merupakan antara bulan yang paling mulia dan hanya diberikan Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja, banyak fadhilat dan juga kerahmatan yang boleh kita manfaatkan untuk menambahkan keimanan kita dan juga kekuatan serta kesihatan tubuh badan kita .Pada hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk memanfaatkan bulan ramadhan ini sebagai bulan mengumpul pahala tetapi juga untuk mendapatkan badan yang segar serta tidak merasa cepat haus ketika melakukan ibadah puasa.
Bulan ramadhan selalunya menguji umat manusia dengan perasaan lapar dan dahaga, Rasa dahaga menjadi salah satu cabaran paling sukar yang harus dihadapi ketika berpuasa. Ramai dikalangan manusia yang lemah imanya selalunya menjadikan keadaan ini sebagai alasan seseorang membatalkan puasanya. Oleh itu di sini saya ingin kongsikan beberapa cara atau tips bagi mengekalkan rasa segar serta kurang haus ketika menjalani ibadah puasa.
1. Meningkatkan kadar pengambilan buah dan sayur ketika bersahur.
Pekara ini selalu kita lupa terutama apabila bersahur , tahukah anda kandungan air yang terdapat di dalam buah buahan serta sayur amat membantu mengekalkan tubuh badan anda mendapat air yang mencukupi ketika melakukan ibadah puasa.Dengan kita memperbanyakan pengambilan Buah dan Sayuran ianya terbukti menyediakan berbagai nutrisi juga serat yang bermanfaat pada tubuh di saat berpuasa ,selain itu di dalam buah dan sayuran juga terkandung mineral dan gula semulajadi yang memastikan tubuh kita selalu bertenaga selama kita berpuasa hingga tiba waktunya berbuka. Ada beberapa pilihan buah maupun sayuran yang mempunyai kadar air cukup tinggi. Diantaranya seperti Tembikai ,Betik ,Honey dew, Jambu Air, Buah Pir, Sayuran pula seperti brokoli, tomato, mentimun, bayam,seleri dan banyak lagi. Kombinasikan beberapa makanan tersebut sebagai menu sahur dan berbuka inshallah anda akan merasa perubahan.
2. Pengambilan Air putih yang Teratur. (8 Cawan)
Tips ini saya telah praktiskan kepada diri saya sendiri dan hasilnya amat membantu mengurangkan rasa dahaga pada tubuh badan di bulan puasa ini .Tahukah anda ? Apabila berpuasa, kecukupan cecair dalam tubuh badan harus tetap dipenuhi untuk menjaga hidrasi badan.Ini kerana Jika sebelum ini kita boleh minum air pada bila-bila masa, tetapi ianya berbeza di dalam keadaan puasa. Tips Minum 8 gelas air perlu dipenuhi dengan memperhatikan corak yang konsistan, Caranya kita Minum 2 cawan semasa berbuka , 2 cawan selepas tarawikh, 2 cawan sebelum tidur dan dua cawan ketika bersahur. Jangan minum secara berlebihan pada masa yang sama, kerana ia boleh menyebabkan kembung dan mempercepatkan pelepasan cecair dari badan dengan menyebabkan kita kencing terlalu banyak yang mengakibatkan kita kehilangan air. Cuba anda perhatikan rasa haus akan berkurang dengan tips ini.
3.Minimakan pengambilan makanan masin dan pedas.
Pekara ini selalu kita terlepas pandang terutama waktu bersahur , apa yang ingin saya cadangkan di snin ,Hadkan pengambilan makanan yang masin dan pedas , Ini kerana makanan yang masin seperti ikan masin, telur masin dan Pengunaan Kicap masin, terutama pada masa sahur akan menyebabkan tubuh kita menarik banyak cecair dari badan sehingga ia akan membuat tubuh menjadi terdedah kepada dehidrasi. Ini juga terpakai kepada makanan pedas. Apabila pekara ini berlaku ini akan meningkatkan rasa haus dan kekeringan mulut diesok hari waktu berpuasa.
4.Elakkan minuman berkafein
Kopi dan nescafe memang minuman yang menyegarkan dan beraroma , tetapi jika minuman ini diambil waktu sahur ianya akan menyebabkan badan anda aktif untuk membuang air ,ini kerana minuman berkafein adalah bersifat diuretik yang bermaksud ia akan meningkatkan rasa untuk membuang air kencing. Akibatnya, badan akan cepat dehidrasi. Jika anda ingin menikmatinya juga digalakkan diambil sewaktu berbuka.
5.Elakkan tidur di petang Hari dan selepas bersahur.
Tidak dinafikan puasa akan menyebabkan badan rasa lemah dan mengantuk tetapi kajian juga menunjukkan tidur di petang hari akan mengakibatkan anda rasa lebih cepat dahaga dan juga semakin lesu. Selain itu amalan tidur kembali selepas bersahur amatlah tidak digalakkan ini kerana anda akan lebih mudah rasa dahaga dipagi hari kerana selepas sahur Jus Perut anda akan aktif untuk mencernakan makanan , jika anda baring dan tidur ini mengakibatkan terjadi nya ketidakhadaman dan juga pedih ulu hati.Apabila 2 pekara ini berlaku tekak anda akan mudah rasa kering dan pedih serta meningkatkan rasa dahaga.
5 tips asas ini merupakan tips yang mudah , praktikal dan amat membantu para pembaca bagaimana untuk mendapatkan rasa dahaga yang minimum dan meningkatkan keupayaan puasa di tahap yang optimum dengan syarat 5 pekara diatas kita cuba hindari , wallahuaklam.
Pages
▼
0 Comments:
Post a Comment