Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Friday, May 11, 2018

Cara mencegah Kaki Makan Air /Ulat air

Cegah Kaki makan air atau Athletes Foot.

Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah bahang pilihan raya sudah berakhir dan tahniah kepada parti yang menang dan parti yang kalah diharapkan ini memberikan anda satu pengajaran bahawa suara rakyat haruslah didengari dan berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh integriti dan jujur serta amanah. Dalam blog saya kali ini saya ingin kongsikan tentang tips atau cara mencegah masalah yang biasa berlaku kepada individu yang mempunyai masalah kaki makan air atau athletes foot.
Untuk pemahaman pembaca semua kaki makan air merupakan sejenis masalah yang terjadi disebabkan jangkitan kulat pada bahagian kaki terutama di celah celah jari kaki.Masalah ini kerap terjadi kepada lelaki dewasa dan juga remaja. kajian menunjukkan kaki yang kerap lembat mempunyai potensi mendapat masalah ini.

Simptom awal yang ditunjukkan kepada pesakit yangmempunyai masalah ini ialah kulit pada bahagian kaki akan menjadi kering dan bersisik serta berkeruping dan gatal. Paling parah apabila kulit ini terbuka dan terdedah ianya boleh menyebabkan luka serta mudah kena jangkitan yang akan menghasilkan rasa sakit , bengkak serta pedih. Jika ianya berlaku mengakibatkan jangkitan rawatan antibiotik akan diberikan oleh Dr.




Faktor faktor terjadinya kaki makan air ini 
1.Kaki yang sentiasa lembab dan berpeluh ketika memakai stoking.
2.Tabiat yang tidak mengeringkan kaki selepas mandi
3.Kasut yang ketat serta tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
4.Gemar memakai stoking lembab
5.Pesakit yang mempunyai diabetis.


Rawatan Kaki makan air.
1.Krim anti Kulat.
Selalunya Dr akan membekalkan pesakit dengan krim anti kulat , tujuan krim ini diberikan bagi merawat serta mencegah agar jangkitan kulat ini diminimumkan dan juga di kurangkan. Rawatan Krim Anti kulat ini juga boleh didapati di farmasi atas nasihat farmasis dan Juga Dr.

2. Ubat Makan
Jika jangkitan kaki makan air ini agak teruk disebabkan komplikasi dari pada kencing manis , Dr selalunya akan membekalkan ubat yang perlu di makan kerana ubat ini mengandungi antibiotik bagi melawan jangkitan kuman .

Rawatan Kaki Makan Air secara alternatif
1. Bawang Putih
Khasiat penggunaan bawang putih sebagai anti kulat dan juga antibiotic semula jadi memang tidak dapat disangkal lagi .Caranya mudah sahaja anda,hanya perlu  hiris bawang putih  dan kemudian gosokkan ke tempat yang terkena ulat air beberapa kali sehari. Anda juga boleh menumbuk bawang putih sehingga lumat dan sapukan ke bahagian yang terkena ulat air. Lakukan langkah ini selama beberapa hari sehingga menampakkan kesanya.

2.Garam
Tahukah anda Khasiat garam juga dapat dimanfaatkan untuk mengubati kaki makan air ini. Caranya mudah sahaja,hanya campurkan air hangat dengan 3 sudu garam. Kemudian rendamlah kaki anda yang terkena jangkitan ulat air selama 15-20 minit ini kerana penggunaan Campuran air suam dan garam memang terbukti dapat membunuh kuman dan bakteria yang mengakibatkan kaki makan air ini terjadi.

3. Baking Soda.
Penggunaan baking soda amat membantu di dalam mengawal dan juga mencegah masalah kaki makan air ini , ini kerana baking soda merupakan pemangkin alkali yang menyebabkan kulat sukar untuk hidup,caranya amat mudah anda masukkan 3 sudu serbuk baking soda ini dan campur dengan air hangat dan rendamkan kaki anda selama 15 ke 20 min.

Cara yang kedua terbukti membantu dengan menaburkan sedikit baking soda ke dalam kasut anda ketika memakainya ini kerana ianya mampu menukarkan persekitaran PH di bahagian kasut yang boleh mengurangkan risiko mendapat Kaki makan air.


4. Minyak Tea tree Oil
Penggunaan minyak  Tea tree oil juga amat membantu di dalam mencegah serta merawat kaki makan air ini , ini kerana extrak tree tea oil ini merupakan agen anti fungus dan juga membantu di dalam merawat luka luka kecil . Caranya sebelum tidur pastikan kaki anda kering dan sapukan tree tea oil ini supaya proses pemulihan ini menunjukkan hasil.
Cara yang saya kongsikan di atas adalah hasil dari perkongsian pesakit pesakit yang pernah mengalami masalah ini , tetapi apa yang paling penting jika anda mengalami kencing manis masalah kaki makan air ini boleh mengakibatkan kesan yang kurang baik , oleh itu nasihat daripada Dr dalam merawat masalah ini amatlah penting .wallahuaklam.




0 Comments:

Post a Comment