Tidak haus ketika berpuasa Di bulan Ramadhan
Bismillahirahmanirahim , di bulan ibadah ini merupakan antara bulan yang paling mulia dan hanya diberikan Allah kepada umat Nabi Muhammad S.A.W sahaja, banyak fadhilat dan juga kerahmatan yang boleh kita manfaatkan untuk menambahkan keimanan kita dan juga kekuatan serta kesihatan tubuh badan kita .Pada hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk memanfaatkan bulan ramadhan ini sebagai bulan mengumpul pahala tetapi juga untuk mendapatkan badan yang segar serta tidak merasa cepat haus ketika melakukan ibadah puasa.
Bulan ramadhan selalunya menguji umat manusia dengan perasaan lapar dan dahaga, Rasa dahaga menjadi salah satu cabaran paling sukar yang harus dihadapi ketika berpuasa. Ramai dikalangan manusia yang lemah imanya selalunya menjadikan keadaan ini sebagai alasan seseorang membatalkan puasanya. Oleh itu di sini saya ingin kongsikan beberapa cara atau tips bagi mengekalkan rasa segar serta kurang haus ketika menjalani ibadah puasa.
1. Meningkatkan kadar pengambilan buah dan sayur ketika bersahur.
Pekara ini selalu kita lupa terutama apabila bersahur , tahukah anda kandungan air yang terdapat di dalam buah buahan serta sayur amat membantu mengekalkan tubuh badan anda mendapat air yang mencukupi ketika melakukan ibadah puasa.Dengan kita memperbanyakan pengambilan Buah dan Sayuran ianya terbukti menyediakan berbagai nutrisi juga serat yang bermanfaat pada tubuh di saat berpuasa ,selain itu di dalam buah dan sayuran juga terkandung mineral dan gula semulajadi yang memastikan tubuh kita selalu bertenaga selama kita berpuasa hingga tiba waktunya berbuka. Ada beberapa pilihan buah maupun sayuran yang mempunyai kadar air cukup tinggi. Diantaranya seperti Tembikai ,Betik ,Honey dew, Jambu Air, Buah Pir, Sayuran pula seperti brokoli, tomato, mentimun, bayam,seleri dan banyak lagi. Kombinasikan beberapa makanan tersebut sebagai menu sahur dan berbuka inshallah anda akan merasa perubahan.
2. Pengambilan Air putih yang Teratur. (8 Cawan)
Tips ini saya telah praktiskan kepada diri saya sendiri dan hasilnya amat membantu mengurangkan rasa dahaga pada tubuh badan di bulan puasa ini .Tahukah anda ? Apabila berpuasa, kecukupan cecair dalam tubuh badan harus tetap dipenuhi untuk menjaga hidrasi badan.Ini kerana Jika sebelum ini kita boleh minum air pada bila-bila masa, tetapi ianya berbeza di dalam keadaan puasa. Tips Minum 8 gelas air perlu dipenuhi dengan memperhatikan corak yang konsistan, Caranya kita Minum 2 cawan semasa berbuka , 2 cawan selepas tarawikh, 2 cawan sebelum tidur dan dua cawan ketika bersahur. Jangan minum secara berlebihan pada masa yang sama, kerana ia boleh menyebabkan kembung dan mempercepatkan pelepasan cecair dari badan dengan menyebabkan kita kencing terlalu banyak yang mengakibatkan kita kehilangan air. Cuba anda perhatikan rasa haus akan berkurang dengan tips ini.
3.Minimakan pengambilan makanan masin dan pedas.
Pekara ini selalu kita terlepas pandang terutama waktu bersahur , apa yang ingin saya cadangkan di snin ,Hadkan pengambilan makanan yang masin dan pedas , Ini kerana makanan yang masin seperti ikan masin, telur masin dan Pengunaan Kicap masin, terutama pada masa sahur akan menyebabkan tubuh kita menarik banyak cecair dari badan sehingga ia akan membuat tubuh menjadi terdedah kepada dehidrasi. Ini juga terpakai kepada makanan pedas. Apabila pekara ini berlaku ini akan meningkatkan rasa haus dan kekeringan mulut diesok hari waktu berpuasa.
4.Elakkan minuman berkafein
Kopi dan nescafe memang minuman yang menyegarkan dan beraroma , tetapi jika minuman ini diambil waktu sahur ianya akan menyebabkan badan anda aktif untuk membuang air ,ini kerana minuman berkafein adalah bersifat diuretik yang bermaksud ia akan meningkatkan rasa untuk membuang air kencing. Akibatnya, badan akan cepat dehidrasi. Jika anda ingin menikmatinya juga digalakkan diambil sewaktu berbuka.
5.Elakkan tidur di petang Hari dan selepas bersahur.
Tidak dinafikan puasa akan menyebabkan badan rasa lemah dan mengantuk tetapi kajian juga menunjukkan tidur di petang hari akan mengakibatkan anda rasa lebih cepat dahaga dan juga semakin lesu. Selain itu amalan tidur kembali selepas bersahur amatlah tidak digalakkan ini kerana anda akan lebih mudah rasa dahaga dipagi hari kerana selepas sahur Jus Perut anda akan aktif untuk mencernakan makanan , jika anda baring dan tidur ini mengakibatkan terjadi nya ketidakhadaman dan juga pedih ulu hati.Apabila 2 pekara ini berlaku tekak anda akan mudah rasa kering dan pedih serta meningkatkan rasa dahaga.
5 tips asas ini merupakan tips yang mudah , praktikal dan amat membantu para pembaca bagaimana untuk mendapatkan rasa dahaga yang minimum dan meningkatkan keupayaan puasa di tahap yang optimum dengan syarat 5 pekara diatas kita cuba hindari , wallahuaklam.
Pages
▼
Sunday, May 27, 2018
Friday, May 11, 2018
Cara mencegah Kaki Makan Air /Ulat air
Cegah Kaki makan air atau Athletes Foot.
Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah bahang pilihan raya sudah berakhir dan tahniah kepada parti yang menang dan parti yang kalah diharapkan ini memberikan anda satu pengajaran bahawa suara rakyat haruslah didengari dan berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh integriti dan jujur serta amanah. Dalam blog saya kali ini saya ingin kongsikan tentang tips atau cara mencegah masalah yang biasa berlaku kepada individu yang mempunyai masalah kaki makan air atau athletes foot.
Untuk pemahaman pembaca semua kaki makan air merupakan sejenis masalah yang terjadi disebabkan jangkitan kulat pada bahagian kaki terutama di celah celah jari kaki.Masalah ini kerap terjadi kepada lelaki dewasa dan juga remaja. kajian menunjukkan kaki yang kerap lembat mempunyai potensi mendapat masalah ini.
Simptom awal yang ditunjukkan kepada pesakit yangmempunyai masalah ini ialah kulit pada bahagian kaki akan menjadi kering dan bersisik serta berkeruping dan gatal. Paling parah apabila kulit ini terbuka dan terdedah ianya boleh menyebabkan luka serta mudah kena jangkitan yang akan menghasilkan rasa sakit , bengkak serta pedih. Jika ianya berlaku mengakibatkan jangkitan rawatan antibiotik akan diberikan oleh Dr.
Faktor faktor terjadinya kaki makan air ini
1.Kaki yang sentiasa lembab dan berpeluh ketika memakai stoking.
2.Tabiat yang tidak mengeringkan kaki selepas mandi
3.Kasut yang ketat serta tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
4.Gemar memakai stoking lembab
5.Pesakit yang mempunyai diabetis.
Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah bahang pilihan raya sudah berakhir dan tahniah kepada parti yang menang dan parti yang kalah diharapkan ini memberikan anda satu pengajaran bahawa suara rakyat haruslah didengari dan berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh integriti dan jujur serta amanah. Dalam blog saya kali ini saya ingin kongsikan tentang tips atau cara mencegah masalah yang biasa berlaku kepada individu yang mempunyai masalah kaki makan air atau athletes foot.
Untuk pemahaman pembaca semua kaki makan air merupakan sejenis masalah yang terjadi disebabkan jangkitan kulat pada bahagian kaki terutama di celah celah jari kaki.Masalah ini kerap terjadi kepada lelaki dewasa dan juga remaja. kajian menunjukkan kaki yang kerap lembat mempunyai potensi mendapat masalah ini.
Simptom awal yang ditunjukkan kepada pesakit yangmempunyai masalah ini ialah kulit pada bahagian kaki akan menjadi kering dan bersisik serta berkeruping dan gatal. Paling parah apabila kulit ini terbuka dan terdedah ianya boleh menyebabkan luka serta mudah kena jangkitan yang akan menghasilkan rasa sakit , bengkak serta pedih. Jika ianya berlaku mengakibatkan jangkitan rawatan antibiotik akan diberikan oleh Dr.
Faktor faktor terjadinya kaki makan air ini
1.Kaki yang sentiasa lembab dan berpeluh ketika memakai stoking.
2.Tabiat yang tidak mengeringkan kaki selepas mandi
3.Kasut yang ketat serta tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
4.Gemar memakai stoking lembab
5.Pesakit yang mempunyai diabetis.
Rawatan Kaki makan air.
1.Krim anti Kulat.
Selalunya Dr akan membekalkan pesakit dengan krim anti kulat
, tujuan krim ini diberikan bagi merawat serta mencegah agar jangkitan kulat
ini diminimumkan dan juga di kurangkan. Rawatan Krim Anti kulat ini juga boleh
didapati di farmasi atas nasihat farmasis dan Juga Dr.
2. Ubat Makan
Jika jangkitan kaki makan air ini agak teruk disebabkan
komplikasi dari pada kencing manis , Dr selalunya akan membekalkan ubat yang
perlu di makan kerana ubat ini mengandungi antibiotik bagi melawan jangkitan
kuman .
Rawatan Kaki Makan Air secara alternatif
1. Bawang Putih
Khasiat penggunaan bawang putih sebagai anti kulat dan juga
antibiotic semula jadi memang tidak dapat disangkal lagi .Caranya mudah sahaja
anda,hanya perlu hiris bawang putih dan kemudian gosokkan ke tempat yang terkena
ulat air beberapa kali sehari. Anda juga boleh menumbuk bawang putih sehingga
lumat dan sapukan ke bahagian yang terkena ulat air. Lakukan langkah ini selama
beberapa hari sehingga menampakkan kesanya.
2.Garam
Tahukah anda Khasiat garam juga dapat dimanfaatkan untuk
mengubati kaki makan air ini. Caranya mudah sahaja,hanya campurkan air hangat
dengan 3 sudu garam. Kemudian rendamlah kaki anda yang terkena jangkitan ulat
air selama 15-20 minit ini kerana penggunaan Campuran air suam dan garam memang
terbukti dapat membunuh kuman dan bakteria yang mengakibatkan kaki makan air
ini terjadi.
3. Baking Soda.
Penggunaan baking soda amat membantu di dalam mengawal dan
juga mencegah masalah kaki makan air ini , ini kerana baking soda merupakan
pemangkin alkali yang menyebabkan kulat sukar untuk hidup,caranya amat mudah
anda masukkan 3 sudu serbuk baking soda ini dan campur dengan air hangat dan
rendamkan kaki anda selama 15 ke 20 min.
Cara yang kedua terbukti membantu dengan menaburkan sedikit
baking soda ke dalam kasut anda ketika memakainya ini kerana ianya mampu
menukarkan persekitaran PH di bahagian kasut yang boleh mengurangkan risiko
mendapat Kaki makan air.
4. Minyak Tea tree Oil
Penggunaan minyak Tea
tree oil juga amat membantu di dalam mencegah serta merawat kaki makan air ini
, ini kerana extrak tree tea oil ini merupakan agen anti fungus dan juga
membantu di dalam merawat luka luka kecil . Caranya sebelum tidur pastikan kaki
anda kering dan sapukan tree tea oil ini supaya proses pemulihan ini
menunjukkan hasil.
Cara yang saya kongsikan di atas adalah hasil dari
perkongsian pesakit pesakit yang pernah mengalami masalah ini , tetapi apa yang
paling penting jika anda mengalami kencing manis masalah kaki makan air ini
boleh mengakibatkan kesan yang kurang baik , oleh itu nasihat daripada Dr dalam
merawat masalah ini amatlah penting .wallahuaklam.