Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Friday, February 23, 2018

Cara elakkan rambut gugur ketika bertudung.

Rambut Gugur ketika bertudung.


Bismillahirahmanirahim , pada entry kali ini saya ingin kongsikan tentang tips tips yang ringkas , yang berkaitan dengan fisiology tubuh badan manusia . Mesti kita rasa hairan kenapa jika anda iaitu kaum wanita jika bertudung selalunya rambut anda banyak gugur dan juga mudah tercabut , tahukah anda banyak faktor faktor yang berkemungkinan boleh menyebabkan rambut seseorang itu gugur dengan mudah , tetapi apa yang ingin saya tekan kan di dalam blog saya ialah bagaimana kita membantu atau mencegah rambut gugur ini dengan menggunakan tips yang mudah dan tidak membebankan.

Tips 1. (Mandi serta basahkan rambut dengan air Panas)
Air panas amat membantu dan mujarab di dalam mengembalikan kelancaran darah serta meningkatkan aktiviti kapilari darah untuk mengembang dengan baik. Jika anda mandi dan basahkan kepala anda dengan air hangat , kebaikan yang diterima oleh akar rambut ialah pengaliran darah yang lancar yang akan membantu akar akar rambut menerima nutrien dengan baik. waktu itu lakukan urutan atau ramas rambut anda dengan syampo yang sesuai dengan anda.

Tips 2 (Bilas Rambut dengan air sejuk)
Sesudah anda membasahkan rambut dengan air panas serta bersyampo ,bilas rambut anda dengan air sejuk pula ini kerana , air panas membuka ruang pori kulit kepala dimana kelenjar minyak dibahagian kepala mudah dibersihkan , ini kerana kulit kepala yang berminyak adalah punca utama keguguran rambut. Air sejuk jika dibilas selepas anda bersyampoo ianya akan mengecilkan lubang pori rambut serta menguatkan akar rambut secara semula jadi selepas ianya dikembangkan dengan air panas.Selain itu ianya akan memberikan kesegaran kepada kulit kepala.

Tips 3 (Gunakan Syampoo yang mempunyai rasa dingin)
Tahuka anda kulit kepala yang bertudung akan menghasilkan lapisan haba yang mengakibatkan akar rambut menjadi sensitif , maka untuk mengembalikan kesegaran serta kekuatan pada akar akar rambut , syampoo yang mempunyai rasa dingin adalah merupakan yang terbaik , ini kerana kulit kepala manusia mempunyai saraf yang sangat sensitif dan rasa dingin yang terhasil dari syampoo akan meningkatkan rasa kesegaran serta mampu meningkatkan kekuatan akar akar rambut.

Tips 4. (Melepaskan Rambut di rumah atau seketika di tandas)
Tahukah anda , jika anda mula rasa kepala menjadi berat serta rambut terasa seperti pengap anda boleh melepaskan rambut anda seketika bagi membantu pengaliran udara yang boleh memberikan kelebihan kepada kulit kepala anda, penggunaan tudung yang tidak mempunyai pengaliran udara yang baik selalunya memberikan rasa tidak selesa kepada kulit kepala anda , ada ketika untuk mengelakkan aurat anda ini terdedah , anda boleh melepaskan rambut anda seketika di tandas dan Juga di rumah.

Tips 5 (Sikat yang sesuai)
Penggunaan sikat yang sesuai adalah merupakan pekara yang mudah tetapi ramai yang mengelakkanya , tahukah anda apabila selepas mandi rambut yang basah haruslah disikat dengan sikat yang mempunyai jejari yang luas berbanding sikat yang sempit jejarinya , selain itu sikat rambut hendaklah dilakukan dengan cara yang perlahan dan tidak menekan kulit kepala dengan kuat ini kerana kesan tekanan itu akan mengakibatkan rambut putus dan juga gugur.

Tips 6 (Penggunaan Tudung yang memiliki pengaliran udara yang baik)
Ini juga merupakan salah satu pekara yang amat penting bagi wanita bertudung , tidak salah berfesyen , tetapi adalah amat digalakkan mencari tudung yang mempunyai pengaliran udara yang baik serta selalunya ianya dibuat dari kapas , tudung berbentuk nylon adalah merupakan tudung yang memerangkap haba dengan lebih tinggi berbanding dengan tudung dari bahan kapas.

Tips 7 (Air Putih)
Pengambilan air yang cukup amat membantu akar akar rambut menjadi kuat ,ini kerana air merupakan sumber yang amat penting untuk sel sel tubuh badan manusia memperbaiki apa apa jua kerosakan pada tisu tubuh , pengambilan air yang kurang akan meningkatkan risiko kelumumur yang kita ketahui menjadi salah satu punca rambut mudah gugur.

Tips yang saya berikan ini adalah merupakan salah satu alternatif yang mudah bagi mengawal keguguran rambut bagi wanita yang  bertudung , ianya juga mudah dan amat praktikal untuk diamalkan , selalunya hasil yang positif akan muncul selepas seminggu serta kesan konsistant dari pengamalan yang baik , wallahuaklam.


0 Comments:

Post a Comment