Bismillahirahmanirahim , 2 hari yang lepas disebabkan saya berada di kawasan yang boleh dikatakan high infection maka secara semula jadi badan saya cuba melawan kuman kuman yang berada di sekeliling saya , akhirnya satu masalah yang paling saya tidak gemar ialah kebengkakan tonsil.
tahukah anda Tonsil merupakan salah satu kelenjar yang berada di bahagian tekak dimana ianya berfungsi untuk melawan kuman dari memasuki tubuh badan kita, saya mempunyai masalah tonsil ini sejak dari kanak kanak lagi walaupun sekarang dah jadi bapa budak ha ha masih juga boleh kena tonsilitis.
bagi mereka yang pernah ada masalah tonsil ini ,hari ini saya nak kongsikan cara saya sendiri dalam mengatasi bengkak dan juga kesakitan pada tonsil ini, cara ini boleh digunakan pada peringkat awal tetapi apabila badan kita mula demam maka rawatan yang paling efektif adalah berjumpa dengan dengan mendapatkan ubat serta Antibiotik yang dibekalkan oleh DR.
Cara saya amat mudah dengan menggunakan 3 bahan ini sahaja , ianya amat berkesan untuk merawat pada peringkat awal,iaitu jika belum didatangi demam disebabkan tonsil dan juga saya gunakan cara ini bagi mempercepatkan pengurangan bengkak selepas terkena serangan tonsilitis.
Cara saya yang pertama yang biasa dan berkesan adalah
1. Berkumur dan juga Gargle dengan air Garam suam.
Penggunaan Garam amat berkesan dan sangat membantu dalam mempercepatkan pengecutan yang terhasil daripada bengkak tonsil, selain itu garam juga dapat membunuh bakteria serta mengurangkan gejala jangkitan kepada tonsil. Penggunaan air suam digalakkan kerana selain memberi rasa selesa kepada tekak ia juga berperanan meningkatkan pengaliran darah di bahagian tonsil. Air garam juga mampu mengurangkan inflamasi dan bengkak serta mampu mengurangkan rasa pedih dan sakit pada tonsil.
Cara bancuhan sangat mudah
- Satu sudu Garam bagi satu cawan air
- Dilakukan di awal pagi , sebelum dan selepas makan serta malam sebelum tidur
- Gargle selama 15 saat sebanyak 5x ,jangan lupa selawat.
2. Minum Jus Lemon Suam atau Teh O lemon
Cara ini biasa juga saya lakukan dan saya lihat ianya amat berkesan dari segi memberi rasa yang selesa pada tekak saya dan juga mampu mengurangkan rasa sakit pada bahagian tonsil serta tekak saya, Lemon merupakan buah yang mampu bertindak sebagai agen pembunuh bakteria kerana khasiat vitamin C yang tinggi dan banyak kajian dilakukan dan ianya telah diakui buah lemon merupakan salah satu buah yang boleh digunakan bagi merawat tonsil.
Cara Bancuhan
- Satu gelas Teh o suam (Tanpa Gula)
- Satu Sudu Madu
- Perahan Jus Lemon
- Saya campurkan kedua air ini dan minum 2 kali sehari ,Minum dengan perlahan bagi mendapatkan kesan yang Optimum.
3. Makan Aiskrim Vanila.
Cara ini saya lakukan kepada Anak anak saya jika mereka juga mengalami tonsilitis ini , ini kerana 2 cara yang saya nyatakan di atas lebih kepada orang dewasa . Saya tahu pendapat ini juga ada bertentangan dengan sesetengah pendapat kerana ada yang menyatakan dengan pengambilan aiskrim akan mendatangkan keburukan kepada tonsilitis .Ye betul saya akui tetapi harus diingat kanak kanak lebih mudah dehidrat atau kekurangan air ini kerana mereka akan mendapati lebih sukar untuk menelan dan juga minum air , cara saya praktiskan ini lebih kepada memujuk , ini kerana dengan aiskrim sukar untuk kanak kanak menolaknya . Makanan sejuk ini juga berfungsi dari segi melegakan rasa sakit serta mengurangkan kemerahan serta bengkak kepada tonsil .Selalunya selepas anak anak saya memakan aiskrim saya akan sulamkan dengan meminum air putih bagi membantu mereka tidak dehidrasi.
Cara yang saya nyatakan diatas adalah salah satu cara yang mudah dan juga mampu dilakukan setiap individu , setiap cara ini mempunyai kesan yang berbeza kepada pengalaman masing masing , tetapi bagi saya cara cara inilah yang membantu saya mengurangkan rasa sakit dan juga mengecutkan bengkak tonsil saya sendiri . Wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment