Bismillahirahmanirahim , Sejuk malam nie sehingga mata saya
tak dapat nak lelap, so apa lagi kepala saya mula memikirkan apa cerita atau
tips yang boleh saya kongsikan di dalam blog saya ini, bila lihat gambar dalam
facebook berkaitan luka kencing manis , terus saya mendapat idea unutk menaip
dalam blog saya iaitu penjagaan asas yang boleh kita sendiri lakukan terhadap
apa apa jenis luka bagi mengelakkan jangkitan kuman. Macam mana kita nak
pastikan luka kita tiada jangkitan , senang sahaja para pembaca nak tahu , cara
nya luka kita tidak bernanah , itu bermakna luka kita akan sembuh dengan baik ,
tetapi jika bernanah , jangan buang masa segera mendapatkan rawatan di klinik
yang berdekatan.
Malam nie saya nak kongsikan cara atau tips tips basuhan
tangan yang boleh memberikan manfaat kepada kita semua.
Cara pertama adalah teknik mencuci tangan yang betul ini
kerana dengan mengunakan teknik mencuci tangan yang baik sebelum dan selepas
bersentuhan dengan luka anda ianya amat membantu dari segi pengawalan serta
mencegah penyebaran jangkitan.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Basuh tangan dengan sabun dan air:
- Mulakan basuhan tangan dengan air suam dan sapukan sabun.
- Pastikan anda gosok dengan baik ke atas semua permukaan selama sekurang-kurangnya 15 saat.
- Bilas dengan baik di bawah air yang mengalir.
- Pastikan anda Keringkan tangan dengan tuala yang bersih.
- Pastikan anda menutup air dengan tuala yang digunakan ketika mengeringkan tangan bagi mengelakkan tangan yang telah dibersihkan tadi tersentuh dengan kepala pili yang mungkin tidak bersih.
- Pastikan anda menggunakan hand rub atau hand sanitizer yang dimana produk ini berasaskan alkohol tanpa alkohol atau gel
- Gosokkan tangan bersama, meliputi semua permukaan termasuk kuku tapak tangan celah celah jari dan pastikan hand rub itu kering ianya dilakukan antara kira-kira 10 hingga 15 saat.
- Gunakan dan sarungkan tangan anda sarung tangan lateks atau vinil yang bersih jika membersihkan atau menyentuh permukaan luka yang hendak di cuci atau dibersihkan.
- Elakkan menyentuh permukaan yang tidak bersih ketika melakukan cucian kepada luka.
Di sini saya sertakan teknik basuhan tangan yang baik serta asas yang mudah difahami oleh semua peringkat , Cara basuhan tangan yang betul juga merupakan kunci asa kesihatan pada individu tersebut.Wallhuaklam
0 Comments:
Post a Comment