Bismillahirahmanirahim, Petang semalam saya berjumpa dengan sahabat saya , lama tak jumpa dekat 4 tahun juga , secara tak sengaja dia datang hospital untuk mendapatkan rawatan kepada masalah asthma dia , sambil berborak apabila mengetahui saya seorang fisioterapi dia tanya saya tentang masalah yang dihadapi oleh isterinya iaitu kesakitan sciatica ketika mengandung , dan masalah ini berlanjutan apabila isterinya mengandung sekali lagi untuk anak yang kedua.
Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah bagaimana ianya boleh terjadi kepada ibu ibu yang hamil?
Untuk pengetahuan anda semua masalah Sciatica ini biasanya terjadi pada trimester akhir kehamilan. ianya berlaku apabila ia mula menimbulkan rasa nyeri dan ngilu disebabkan kesakitan sciatica menjalar dari punggung bawah hingga ke paha, betis, tumit, dan telapak kaki baik pada satu sisi ataupun kedua sisi kaki. Pekara yang ingin saya bincangkan disini adalah beberapa penyebab sciatica tidak dapat dicegah antaranya termasuk sciatica pada waktu kehamilan, ini kerana penyebabnya sangat semula jadi dan tidak dapat dipastikan punca utamanya, iaitu penambahan berat badan. Namun, berikut terdapat beberapa faktor yang mampu anda lakukan untuk mengurangi risiko kesakitan sciatica ialah.
- Ketika mengangkat beban yang berat anda haruslah belajar memahami serta gunakan teknik mengangkat beban yang betul.Caranya adalah mengangkat dengan punggung dalam posisi lurus sehingga tumpuan sudut beban daripada badan tepat pada pinggul dan kaki, pastikan tempatkan benda atau beban itu dekat dengan dada Anda.
- Memahami objek beban yang igin diangkat itu , jangan dipaksa serta cuba hindari mengangkat beban yang terlalu berat.
- Bersenam dengan cara yang teratur untuk menguatkan otot punggung dan perut yang dapat membantu dalam menyokong tulang punggung Anda. Anda boleh belajar melakukan senaman prenatal .
Senaman Prenatal |
- Amalkan postur posisi tubuh yang baik ketika duduk, berdiri, dan tidur. Posisi yang baik mampu mengurangi tekanan saraf pada bahagian punggung .
- Elakkan tabiat duduk sesuatu posisi dalam jangka waktu lama. Selingi dengan berjalan kaki dan aktiviti yang lain.
- Anda haruslah belajar untuk mengatur kenaikan berat badan ketika hamil yang kita ketahui ianya dapat membebani saraf sciatic. Wanita dengan BMI (Body Mass Index) yang normal, selalunya mengalami kenaikan berat badan 1 kg setiap bulan, 4 kg pada trimester ke-2, dan maksimal 10 kg pada trimester ke-3, dengan total 15 kg kenaikan berat badan selama kehamilan ini merupakan kenaikan berat yang ideal dan normal ketika mengandung.
- Pastikan ibu ibu mengandung ini menggunakan flat shoes berbanding kasut yang ada tumit. kasut jenis ini mampu membantu menyeimbangkan berat tubuh ketika berjalan dan mengurangkan strain kepada bahagian belakang dan juga leher.
- Peka terhadap apa apa perubahan yang berlaku pada tubuh anda. Berhenti melakukan sesuatu jika Anda merasa penat atau kesakitan.
- Lakukan rawatan konservatif terapi panas dan sejuk pada bahagian sciatica ini kerana penggunaan electro modalities kepada ibu yang hamil adalah tidak digalakkan.
- Dapatkan nasihat dan juga rawatan di Klinik atau hospital berdekatan jika ianya mula mengganggu aktiviti sosial kehidupan anda.
Segala Tips yang saya kongsikan disini merupakan tips tips ringkas yang boleh membantu anda bagaimana untuk menguruskan masalah sakit sciatica ini , terutama bagi ibu ibu yang hamil.
Insyallah disini pautan tentang beberapa info yang boleh memberikan gambaran yang lebih jelas bagi memberikan anda pemahaman yang lebih berkesan. Wallahuaklam
0 Comments:
Post a Comment