Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Monday, March 28, 2016

Badan Kerap rasa Lesu




Bismillahirahmanirahim,  malam nie mata agak segar sedikit, ini disebabkan saya meminum nescafe atas rasa ketagih he he,  secara tak sengaja terminum lebih pula lepas balik kerja tadi dan hasilnya mata sukar nak lelap, oleh itu saya kena la update dan menaip untuk blog saya.
Apa yang ingin saya sampaikan kepada tuan puan pembaca semua adalah masalah lesu,  kenapa badan manusia ini mudah lesu dan cepat penat,  apa yang perlu anda faham dengan masalah lesu ini,  sedar tak kita waktu kita melakukan kerja tubuh badan kita akan melakukan tugasan itu tanpa ada menimbulkan apa apa masalah, cuma selalunya apabila kita pulang ke rumah dan selepas mandi waktu itu kita akan rasa mudah lesu dan mengantuk,  perubahan ini berlaku disebabkan oleh penukaran suhu badan kita dan juga kesan kita mandi selepas makan. Pada waktu ini kebiasaannya kita akan merasa sangat malas dan penat untuk bergerak terutama selepas mandi.
Tidak salah untuk saya katakan bahawa keadaan badan lesu berpunca daripada banayak perkara antaranya ialah 

1. Stress di tempat kerja
2. Keadaan persekitaran yang tidak teratur seperti rumah bersepah.
3. Perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja yang panjang.
4. Pemakanaan yang tidak seimbang, di mana pengambilan karbohidrat terlalu banyak,atau makan nasi mcm gunung.
5. Psikologi, memikirkan badan itu penat.
6. Kekurangan darah merah dalam badan.
7. Menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis, buah pinggang dan jantung.
8. Rumah yang terlalu selesa, maksudnya rumah yang didesign seperti hotel atau bilik rehat yang nyaman.
9. Kurang tidur pada waktu malam.
10. Terlebih bersenam.

Fakta yang saya nyatakan di atas adalah hasil dari soalan dan juga kajian yang saya tanyakan kepada pesakit saya. Ianya tidaklah dikategorikan salah, tetapi yang menjadi masalah, ialah rasa lesu ini berpanjangan sehingga mengurangkan tahap efficient bagi tubuh badan seseorang itu.  Apabila masalah ini tidak diambil berat, masalah lain akan timbul antaranya.

1.mudah lupa dan kerap sakit kepala.
2.mudah bertukar mood dan cepat marah.
3.mengundang masalah lain seperti kemurungan dan tekanan perasaan.
4.kuat makan dan merokok.
5.tidak mampu melaksanakan tugas yang diberi dengan berkesan.
6.penyakit semakin kronik dan bertambah parah
7.isomnia atau tidur tak lena
8.timbulnya penyakit obsesive compulsary disorder.
9.mengundang rasa ragu ragu dan was was.
10. Boleh membawa kepada maut, sudden death.

Jika kita lihat ianya banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan,  lesu ini juga boleh mengakibatkan masalah anxiety disorder, bukan itu sahaja masalah ini jika tidak dirawat dengan baik banyak kemudaratan daripada baiknya.
Antara cadangan rawatan yang selalu saya syorkan kepada pesakit dalam mengatasi masalah ini amat mudah 

1. Pemakanan yang seimbang atau diet yang betul amat penting,  pengambilan makanan berunsur protein dapat membamtu memperbaiki tisu tisu badan dan hasilnya masalah Kelesuan ini boleh diatasi.
2. Dapatkan nasihat dari pakar perubatan, jika masalah lesu ini mengganggu prestasi anda dari segi kerja dan juga batin ini menunjukkan anda peelu mendapatkan rawatan dari pakar perubatan, selalunya clinical psikologi amat berkesan membantu bagi pesakit yang mengalami masalah Stress dan kemurungan yang membawa kepada masalah lesu ini.
3.senaman yang konsisten, tahukah anda dengan bersenam 2x satu minggu ianya membantu tubuh badan anda menghasilkan hormon endorphins yang bertindak sebagai hormon penenang dan juga natural pain killer bagi membantu masalah lesu ini.
4.melakukan jadual kerja yang teratur dan efisien serta rancang waktu perjalanan anda kes suatu destinasi.
5.minta bantuan ahli keluarga dalam membantu anda menghadapi masalah ini.
6.memanjakan diri dengan pergi ke kolam air panas, mendapatkan rawatan urut, melakukan rawatan bekam dan akupunktur yang merupakan alternatif dari pengambilan ubat.
7.mangambil sedikit minuman kafein (faveret saya tue kalau nak atasi lesu) ini kerana bahan kafein bertindak mengaktifkan jantung anda berdenyut lebih bantas yang mengakibatkan oksigen dihantar ke otak dan tubuh badan lebih efektif.
8.mandi dengan air panas apabila pulang ke rumah selepas waktu kerja, ini kerana air panas memainkan peranan dalam melancarkan perjalanan darah.
9. Tidur dengan waktu yang cukup.
10.elakkan makan selepas 9 malam kerana waktu itu perut perlu berehat bagi mendigestkan makanan yang ada.
Lesu adalah perkara yang dikatakan normal cuma bagi individu yang mengalami masalah ini sehingga mengganggu gugat tubuh badan adalah amat penting untuk kita melakukan sesuatu sebelum terlambat.. Wallahuaklam.

0 Comments:

Post a Comment