Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Friday, February 12, 2016

Bahaya Serangan Asthmathicus

Serangan Asthmathicus boleh membawa maut.

Bismillahirahmanirahim ..
sementara nak tunggu oncall nie , mencurah curah pulak idea nak menaip untuk blog pada hari ini ,apa yang saya ingin kongsikan hari ini adaah berkaitan dengan serangan asthmathicus .
untuk pemahaman umum ingin saya jelaskan perbezaan asthma biasa dan Serangan
Status Asthmaticus boleh didefinisikan ialah serangan asthma yang sangat teruk dan ubat seperti inhaler biasa tidak memberi kesan apa-apa kepada serangan ini. Oleh itu ia berbeza dengan serangan asma akut biasa yang memberi respon kepada rawatan awal.


Simptom bibir menjadi biru akibat kekurangan oksigen sewaktu serangan Asthma

Siapakah yang berisiko untuk mendapat serangan ini ?
  • Selalunya golongan yang paling berisiko untuk mendapat Kejadian serangan asthma maut ini boleh berlaku kepada semua penghidap asthma terutama yang mempunyai serangan kerap dan tidak menjaga ubat-ubatan yang diambil untuk mengelak dari serangan asthma.


Bagaimanakah gejala dan tanda serangan ini dikesan ?
  • Apa yang perlu diberikan perhatian kepada individu yang mempunyai masalah ini ialah, Gejala Status Asthmaticus akan didatangi dengan nafas berbunyi (wheezing), pesakit menjadi sesak untuk bernafas dan tidak boleh menghabiskan satu ayat di dalam satu nafas. Oleh kerana pernafasan menjadi kerja yang sangat berat untuk mereka, otot di leher dan di dada mula bekerja atau dalam erti kata lain penggunaan accessories muscle untuk bernafas  dan anda dapat melihat otot ini tegang untuk membantu mereka  bernafas.
  • Pesakit juga selalunya akan mula menunjukkan simptom lemas dan Bibir juga boleh menjadi biru akibat kekurangan oksigen dan peningkatan karbon dioksida di dalam darah dipanggil "cyanosis". Nadi atau denyutan jantung yang pada awalnya laju kini menjadi semakin perlahan ini merupakan perbezaan di antara asthma biasa dan status asthmaticus.
  • Tahap yang teruk dan  Sekiranya berlanjutan, pesakit tidak boleh bernafas langsung, bibir menjadi biru, malah "wheezing" sudah tidak lagi kedengaran

Bagaimanakah kita tahu status keadaan pesakit semakin parah ?
  • Untuk pengetahuan anda bunyi "Wheezing" atau bunyi seperti seruling ketika menghembuskan nafas adalah karakter untuk asthma dan beberapa penyakit lain yang melibatkan masalah paru-paru. Ia berlaku apabila udara dipaksa melalui saluran pernafasan yang sempit dan menghasilkan bunyi tersebut ada waktunya bunyi ini semakin kuat apa bila pesakit cuba melakukan aktiviti yang lebih atau lasak.
  • Sekiranya tiada "wheezing" dalam serangan status asthmaticus adakah ini tandanya baik? Jawapannya tidak. Tiada wheezing bermakna saluran pernafasan telah tersumbat langsung sehingga tiada udara pun boleh melepasinya untuk menghasilkan bunyi.
  • Pesakit akan mula mengalami situasi kecelaruan dan panik akibat tidak dapat bernafas ini akan disusuli kekeliruan, rasa marah, semakin lemah dan akhirnya pengsan atau koma dan akhirnya membawa kepada maut.
Masalah Status asmathicus ini hendaklah dipandang dengan serius ,kerana Status asthmaticus adalah kes kecemasan. Rawatan diberi mengikut keadaan. Nebulizer dengan steroid dan bronchodilator (pembuka paru-paru) secara berterusan diberikan bersama-sama oksigen. Suntikan seperti anti histamine, steroid atau adrenaline diberikan oleh doktor bagi menyelamatkan pesakit dan juga membantu pesakit bernafas dengan baik. Jika serangan menjadi semakin teruk maka pesakit akan dimasukkan ke dalam ICU, diintubasikan dan bernafas menggunakan mesin bagi mengurangkan keparahan serangan tersebut.

Sebagai Fisioterapi saya kerap berkongsikan pandangan dan juga melakukan perbincangan dengan pakar pakar perubatan dan apa yang ingin saya tekankan kepada umum bagi mereka yang mempunyai anak anak  kecil , kami merasa sedih dan risau apabila terdapat ibu-bapa yang tidak membenarkan anak mereka mengambil nebulizer asthma walaupun anak tersebut mengalami serangan asthma yang teruk. Ini kerana mereka berpendapat bahawa sekali mengambil nebulizer maka ia akan menyebabkan ketagihan dan serangan asthma akan berulang-ulang selepas itu. 
Tahukah anda konsep ini yang amat merbahaya dan mungkin akan mengancam keselamatan nyawa anak anak itu dalam perubatan  nebulizer membantu untuk mengurangkan kesusahan bernafas dan "lapar udara" yang dihidapi oleh anak-anak ini.

Saya ingin tekankan bahawa menganggap pengambilan nebulizer akan menyebabkan ketagihan adalah konsep yang salah ini kerana Asthma itu sendiri adalah penyakit yang berulang-ulang. Ia seolah-olah serupa dengan masalah gegata atau gatal gatal di kulit ketika anda memakan makanan laut seperti udang sotong dan kerang.

Bagi memudahkan pemahaman kita Asthma adalah merupakan salah satu jenis alahan dan kita boleh mengelakkannya dengan mengelakkan penyebab utama asthma seperti habuk, debu,  suhu yang sejuk, bulu kucing, dan asap adalah seperi anda tidak mengambil  makanan laut bagi mengelakkan gegata atau gatal ruam itu  timbul.

Serangan Status asthmathicus ini adalah silent dan Kita tidak akan tahu bila serangan status asthmaticus boleh terkena kepada anda atau anak anda. Oleh itu berhati-hatilah pastikan makan dan gunakan ubat seperti yang diarahkan dan segera ke hospital jika tanda tanda yang saya nyatakan di atas itu muncul , kerana mencegah itu lebih baik dari merawat..wallahuaklam..

0 Comments:

Post a Comment