Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Friday, February 12, 2016

Masuk besi pada tulang patah

Kenapa Masuk besi apabila patah

Bismillahirahmanirahim ,
Entry kali ini saya nak kongsikan tentang pengetahuan Am tentang berkaitan bahagian patah tulang.
selalu kita tanya kenapa Dr nak masukkan besi , sedangkan patah sikit sahaja .
ada sebahagian pesakit kurang memahami prosedur pembedahan yang dilakukan oleh Dr dan ada yang lebih parah mereka percaya bulat bulat tentang bomoh patah tulang .

Contoh besi yang dimasukkan di bahagian tulang peha
Dari segi perubatan moden, pembedahan ini merupakan cara yang paling baik dan berkesan bagi membantu proses penyembuhan tulang ini .Jika kita mengetahui tentang proses penyembuhan yang berlaku ,memang betul jika tulang itu patah dan tidak dilakukan apa apa rawatan, tulang itu akan tetap sembuh dengan sendirinya , tetapi mungkin akan meninggalkan bentuk yang cacat dan kekal .Sebagai contoh jika tulang peha patah dan berlaku ketidak stabilan maka posisi tulang sebenar akan lari dari sudut yang normal ,andai kata jika kita biarkan sahaja tulang itu sembuh dengan sendiri ianya tetap akan sembuh tetapi bahagian anggota badan kita itu akan mengalami kecacatan akibat ketidak seragaman tulang , mungkin tulang peha kita akan pendek sebelah.
tempoh penyembuhan bahagian tulang ini mengambil masa sehingga 3 bulan sehingga 6 bulan bergantung kepada jenis patah dan juga pembedahan yang dilakukan

Dibawah adalah contoh tulang yang sembuh tanpa penjajaran dengan besi


Apa yang kita lihat belaku kependekan pada bahagian tulang tersebut dan bahagian tulang itu tetap bercantum tetapi cantuman itu dalam keadaan yang tidak sempurna.
andai kata tulang itu dijajarkan dengan memasukkan besi atau di simen dengan plaster of paris atau sekarang dengan Cast , kelemahan atau kecacatn ini mampu diatasi.
Oleh itu Tulang yang disejajarkan dengan plat atau besi akan membantu proses penyembuhan berlaku dengan sempurna , ianya juga akan mengurangkan permasalahan yang lain seperti kecacatan kekal.

Tempoh penyembuhan bagi kemasukan besi di bahagian tulang adalah lagi cepat dan pantas ini kerana penjajaran yang dilakukan menyebabkan bahagian salur darah bercantum dan membantu proses cantuman dengan pantas .

Antara kelemahan operation ini ialah bergantung kepada umur dan juga kesihatan individu tersebut
selain itu jangkitan pada bahagian tulang , cantuman tulang yang terlalu perlahan ( Mal Union) , besi yang longgar disebabkan kerapuhan tulang osteoporosis boleh juga menyebabkan pembedahan memasukkan besi ini tidak berjaya.

info yang saya berikan disini adalah lebih kepada pendedahan kenapa procedur ini dilakukan dan tujuanya juga , oleh itu patah adalah merupakan satu masalah yang patut dipandang serius dan bukan dengan mengambil langkan yang terlalu mudah,  dapatkan rawatan dengan segera dan elakkan melakukan apa apa urutan pada bahagian yang patah kerana kesilapan ini akan membuatkan bahagian yang patah itu semakin parah..wallahuaklam.

0 Comments:

Post a Comment