Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Monday, February 29, 2016

Kaki bengkok (CTEV) pada Bayi

 Bismillahirahmanirahim , Semalam saya didatangi satu pasangan muda yang baru sahaja mendapat cahaya mata .tetapi apa yang saya lihat di wajah mereka tiada terpancar rasa gembira , Sehinggalah si bapa memberitahu bahawa anak lelaki mereka mempunyai kaki yang bengkok. Dalam istilah bahagian perubatan Keadaan bayi yang dilahirkan dengan kaki bengkok iaitu pergelangan kaki dan buku lalinya berpusing menghala ke dalam atau ke bawah ianya dikenali sebagai CTEV atau Congenital Talipes Equino Varus (Club Foot)  adalah kecacatan yang biasa berlaku pada seorang bayi dalam setiap 1,000 kelahiran di dunia.

Kaki Bayi yang ada masalah CTEV

Apakah itu Talipes ?
Untuk pengetahuan semua nama Talipes ini diambil daripada perkataan Latin iaitu Talus untuk buku lali dan Pes untuk kaki. Bahgian Istilah berkenaan merujuk kepada gaya berjalan bayi yang terjejas apabila terpaksa memijak dengan buku lali berikutan tapak kakinya berpusing.
Cara mereka berjalan jika tidak dirawat
Selain daripada itu Kecacatan sebegini juga digelar 'club foot' kerana keadaan kaki yang membengkok itu menyerupai bentuk pemukul golf (Club). Keadaan ini boleh berlaku sama ada pada sebelah kaki atau kedua-dua bahagian kaki bayi kerana faktor tisu yang menyambung otot kepada tulang atau tendon adalah lebih pendek daripada kebiasaanya.
Apakah Punca terjadinya masalah ini?
Antara yang boleh saya nyatakan disini punca yang mengakibatkan kaki bayi bengkok sejak dilahirkan masih tidak diketahui dan masih lagi menjadi misteri dalam bidang perubatan sehingga hari ini. Tetapi kajian perubatan membuktikan, ada kes kaki bayi mengalami Talipes disebabkan keadaan bayi itu yang mengalami masalah kesihatan  seperti membabitkan kelainan tulang  spina bifida iaitu kecacatan kelahiran yang berlaku apabila tisu di sekeliling saraf tunjang tidak tertutup dengan sepenuhnya.
Kecacatan Genetik antara punca masalah kesihatan lain yang boleh mencetus Talipes seperti penyakit sendi kaku (artrogryposis) dan Sindrom Edward atau Trisomy 18 iaitu gangguan genetik yang berlaku pada kromosom ke-18.
Selalunya kebiasaan bagi kes kes yang kecil adalah Kecacatan yang disebabkan kedudukan bayi berada di posisi salah ketika dalam kandungan sehingga menjejaskan pembentukan tulang pada kaki.
Antara info lain ialah selalunya
·         masalah kaki bengkok lebih mudah berlaku pada bayi lelaki.
·         Ada faktor Sejarah keluarga apabila ibu bapa atau adik-beradik lain pernah mengalami masalah kaki bengkok.
·         Bagi pasangan yang Merokok ketika hamil dan wanita yang ada sejarah keluarga mengalami masalah ini risikonya adalah lebih tinggi.
·         Kajian juga menunjukkan masalah ini boleh juga terjadi jika berlakunya kekurangan air ketuban ketika bayi dalam kandungan.
Apakah gejala dan symptom masalah ini?
Pengalaman saya sebagai fisioterapi selalunya posisi yang salah ketika dalam kandungan proses ini mudah diperbetulkan oleh ibu dan penjaga dengan belajar melalui urutan atau menggunakan alat sokongan untuk membetulkan kedudukan kaki.
Nasihat saya kepada ibu bapa ,Bayi yang mengalami masalah kaki bengkok ini  jika tidak dirawat dari peringkat awal akan berdepan pelbagai komplikasi ketika hendak belajar berdiri dan berjalan mengikut perkembangan tulang bayi selalunya kedudukan pergelangan kaki dan buku lali yang berpusing akan menyukarkan kanak-kanak dengan Talipes untuk berjalan dengan betul adalah disebabkan anak ini tidak memijak dengan tapak kaki.
Tetapi kanak-kanak terbabit akan berjalan menggunakan buku lali dengan tulang buku lali itu yang akan menekan ke lantai. Andaikata Jika perkara ini berterusan, kanak-kanak itu boleh mendapat masalah radang artritis, kecacatan kekal serta kecederaan buku lali yang berulang dan juga mengganggu perkembangan semula jadi otot di bahagian kaki terutama bahagian betis.
Bagaimanakah pakar melakukan pemeriksaan?
Apa yang dilakukan oleh pakar perubatan selalunya mereka akan mengenal pasti masalah kaki bengkok pada bayi hanya dengan memeriksa bentuk dan kedudukan kaki bayi yang baru dilahirkan. Ada waktunya pengunaan x ray juga digunakan bagi melihat tahap kecacatan yang berlaku kepada anak kecil ini.
Dengan kecanggihan alatan perubatan sekarang selalunya pakar perubatan dapat mendiagnosis kaki bengkok kini secara melakukan menerusi pemeriksaan bunyi ultrasound pada ketika kandungan berusia 18 hingga 20 minggu.
Apakah persedian dan cara yang boleh membantu ibu bapa?
Apa yang boleh saya nyatakan walaupun diagnosis mengesahkan bayi yang dikandung mengalami Talipes,tetapi tiada tindakan boleh dilakukan bagi membetulkan masalah itu ketika bayi masih lagi berada di dalam kandungan , namun ibu bapa boleh bersedia dengan membuat pilihan rawatan sebelum bayi dilahirkan dan  juga bersedia dengan informasi yang cukup bagi membantu selepas proses kelahiran nanti.
Kebanyakan keadaan ini selalunya pemulihan kaki bengkok boleh dilakukan sama ada dengan kaedah konservatif iaitu melakukan urutan dan juga renggangan dengan beberapa teknik fisioterapi , jika pemulihan ini tidak menunjukkan tanda kejayaan selalunya proses pembedahan akan dilakukan oleh pakar tulang bagi membetulkan kedudukan tulang kaki ini.
Apakah tempoh rawatan pada masalah talipes ini ?
 Apa yang selalu saya nasihatkan kepada ibu ayah bayi yang mengalami masalah ini masa rawatan adalah faktor yang memainkan peranan yang penting dalam membantu kita merawat kaki ini selalunya untuk kaki bengkok biasanya bermula pada minggu pertama atau kedua selepas bayi dilahirkan kerana pada masa itu tulang dan sendi bayi mudah dilenturkan dan berada dalam kedudukan yang boleh dibentuk.
Salah satu rawatan yang biasa dipakai dan juga boleh dikatakan agak mudah dan selamat ialah Teknik Ponseti , ia adalah merupakan salah satu  kaedah rawatan konservatif yang popular dijalankan terhadap bayi dengan masalah Talipes ini  kerana dikatakan menghasilkan keputusan lebih baik berbanding teknik lain.
Teknik Ponseti 
Dalam menggunakan  teknik ini, selalunya pakar ortopedik akan menggerakkan kaki bayi pada kedudukan betul dan mengapit kaki itu dengan pemegang khas (POP CAST)  supaya ia berada pada kedudukan tetap dan pegun bagi membantu merenggangkan tulang dan sendi secara semula jadi dan selalunya Rawatan ini dilakukan sekali atau dua kali seminggu dalam tempoh beberapa bulan sehingga ia menunjukkan perkembangan positif sebelum pembedahan kecil dilakukan bagi memanjangkan tendon Achilles bagi membetulkan kedudukan kaki kanak kanak  ini.
Apabila  kaki dibentukkan semula,peranan ibu bapa memainkan peranan yang penting dimana mereka  perlu membantu mengekalkan bentuk baru itu dengan melakukan senaman regangan yang akan diajar oleh fisioterapi dan juga mereka akan belajar memakaikan bayi dengan pendakap kaki dan pastikan pendakap itu dipakai selalu sehingga tulang kaki yang dibetulkan menjadi utuh dan kekal dalam bentuk yang baik.
Pendakap Yang perlu dipakaikan berterusan sehingga ditentukan pakar 
Untuk pemahaman semua kesan dari pemakaian pendakap kaki dalam teknik ini adalah penting supaya tulang kaki tidak bergerak semula ke bentuk asal yang bengkok
Satu lagi teknik rawatan yang dipanggil teknik French , apa yang dilakukan oleh pakar selalunya kaki bayi yang bengkok akan diregangkan ke bentuk normal sebelum dibalut dengan pita pelekat menerusi pendekatan rengangan fisioterapi. Namun kelemahan teknik ini ianya memerlukan komitmen masa lebih lama berbanding teknik Ponseti.
Teknik French digunakan
     Huraian disini selalunya kajian juga menunjukkan bayi yang dirawat dengan teknik Ponseti dan ibu bapa mereka berdisiplin dalam membuat rawatan secara konsisten akan dapat menghasilkan fungsi kaki dan hayunan langkah lebih baik buat anak anak mereka mengikut perkembangan tubuh badan bayi anak anak itu. 
Tetapi bagi sesetengah kes, ada masalah kaki bengkok ini  tidak dapat dibetulkan dengan teknik konservatif kerana tahap masalah yang serius dan ini memerlukan pembedahan yang besar dan selalunya Pakar bedah ortopedik boleh memanjangkan tisu yang terbentuk pendek ketika dilahirkan bagi mengembalikan kaki ke posisi dan bentuk yang betul. 
Pembedahan dilakukan 



 Contoh pemakaian alat khas bagi membetulkan kedudukan kaki selepas dibedah

Pakar bedah ortopedik ini  akan memakaikan pengapit khas selama beberapa bulan dahulu sebelum memakai pendakap kaki supaya kakinya tidak bengkok lagi. Walaupun pembedahan menjimatkan masa pemulihan kerana kaki yang bengkok dibetulkan segera, tetapi rakan saya iaitu pakar bedah orthopaedic ini memberitahu bahawa bayi masih memerlukan beberapa lagi pembedahan lanjutan bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik dan juga bergantung kepada tahap kecacatan bentuk kaki itu. wallahuaklam.


0 Comments:

Post a Comment