Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Wednesday, December 30, 2015

Cara Hilangkan mengantuk ketika memandu


Asalamualaikum , hari nie saya nak kongsikan tips mengenai cara untuk menangani kesan rasa mengantuk . Kita ketahui bahawa kemalangan jalanraya boleh berlaku apabila pemandu tertidur ketika memandu. Ia bukan saja membahayakan diri dan penumpang malah juga membahayakan nyawa pemandu jalanraya yang lain.Dalam waktu ini proses Kemalangan itu berlaku bila pemandu tidak sedar yang beliau sudah melebihi had dan tertidur tanpa disedari.

Secara Logiknya kita akan akan mula menerima tanda amaran yang terhasil secara semula jadi dari otak kita , sekiranya berlaku anda seharusnya berhenti berehat. Iaitu:

·         Dalam pemanduan kita mula tidak dapat fokus pada jalan dan akan mula berkhayal
·         Kerap menguap dan mata berkelip-kelip serta terasa berat
·         Hilang tumpuan dengan menjadi susah mengingati beberapa KM  perjalanan lepas
·         Akan mula terlepas jalan keluar
·         Pemanduan mula hilang arah dankenderaan terkeluar dari garisan atau melanggar garis tepi

Apakah teknik dan Tips yang boleh digunakan untuk hilangkan rasa mengantuk ketika memandu.

Saya boleh katakana selalunya bagi pemandu yang tegar atau rasa diri mereka gagah
berpendapat mereka boleh menahan rasa mengantuk ketika memandu tetapi hakikatnya mengantuk itu satu proses sistem biologi semula jadi yang dikawal oleh minda separa sedar yang sangat kuat sebagai tanda badan dan otak sudah keletihan dan memerlukan tidur sebagai rehat.
Selalunya Sebaik-baiknya dapatkan tidur selama 7-8 jam terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Sekiranya tidak anda boleh cuba cara berikut:

1) Dapatkan napping atau tidur sekejap sekitar 10-20 minit sebelum memandu. Ia boleh menyegarkan minda untuk satu tempoh waktu terutamanya jika anda berhasrat memandu diwaktu malam.

2)Pastikan anda  berhenti tidur sekejap apabila rasa mengantuk. Dan cuba cari tempat yang selamat seperti di R&R atau stesen minyak. Tidur sebentar sekitr 15-20 minit sudah memadai untuk meneruskan perjalanan dengan rasa yang lebih segar.

3) Jika anda memandu berdua adalah digalakkan agar bergilir-gilir memandu dengan pasangan setiap 2 jam. Cuba pastikan anda dapat  tidur apabila giliran anda tidak memandu.

4)Teknik Berbual-bual ketika memandu atau menyanyi mengikuti rentak lagu diradio juga mampu memberikan rasa kurang mengantuk tetapi  Pasangan juga memainkan peranan yang amat penting dalam perbualan supaya pemandu tidak merasa jemu ketika memandu.

5)Pastikan anda melakukan setting masa yang terbaik dan tidak terburu-buru hendak sampai ke destinasi. Bertolak awal dengan jangkaan tiba ke destinasi beberapa jam lebih awal seperti yang dicanangkan di tv iaitu rancang perjalanan anda dengan baik.

6)Ingin juga saya nyatakan kepada rakan rakan  yang bukan muslim elakkan mengambil minuman keras. Kesan alkohol walaupun sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk ini berdasarkan pengalaman dan perkongsian rakan bukan muslim saya sendiri.

7) Pastikan kita mampu elak memandu diantara jam 12 malam sehingga 6 pagi sekiranya ini adalah waktu tidur anda. Jam biologi badan sudah ditetapkan untuk tidur dan anda akan rasa sangat mengantuk jika anda mengambil waktu itu sebagai perjalanan anda.

8) selalunya saya akan ambil minuman yang mengandungi kafein seperti minuman tenaga dan kopi ini kerana terbukti Kafein dapat meningkatkan daya fokus dan kecergasan untuk beberapa jam ketika memandu.

Saya ingat lagi , ada teman saya menggunakan petua yang tidak masuk akal tetapi berkesan dalam mengatasi masalah mengantuk ini ialah bawa cili api , dan gigit sedikit ketika mengantuk , kerana waktu itu otak akan mula teransang dengan rasa pedas dan mengakibatkan hilang mengantuk 100% he he tepuk dada Tanya selera, nak cuba boleh ..

Wallahuaklam


0 Comments:

Post a Comment