Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Wednesday, July 1, 2015

Cara dan senaman rawatan Plantar Fascitis

Sakit Tapak Kaki
Bismillahirahmanirrahim

Asalamualaikum , hari nie teringin nak citerkan sikit masalah plantar fascitis ini atau dalam erti kata melayu ialah sakit tapak kaki atau sakit tumit..

masalah ini bunyinya agak remeh, tetapi sakit tapak kaki adalah antara masalah yang sering membawa pesakit berjumpa doktor selain kerap mengambil cuti sakit kerana sukar berjalan dan terasa seperti ada paku mencucuk di bawah kaki 


boleh dikatakan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan sakit tumit ini. Antara punca yang paling biasa adalah plantar fasciitis yang membabitkan kesakitan dan radang pada tisu yang dikenali plantar fascia.

untuk pengetahuan anda, plantar fascia  adalah merangkumi sejenis tisu panjang yang ada di bawah tapak kaki yang bermula dari ibu jari kaki sehinggalah ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan pada kaki atau sebagai absorber  dan juga untuk mengekalkan bentuk gerbang atau arch di kaki.



bagi sesetengah pesakit yang mengalami kes-kes tertentu, tisu ini mengalami keradangan atau inflamasi.  kajian banyak dilakukan tetapi masih banyak kekaburan apakah yang menyebabkan keradangan ini tetapi ia mungkin berkait rapat dengan proses penuaan selain trauma mikro yang berlaku berulang kali

Selalunya, masalah ini dirasai dengan tanda-tanda seperti sakit tumit terutama pada waktu pagi, khususnya sejurus turun dari katil dan menjejakkan kaki di lantai. Ia juga berlaku selepas lama berjalan terutama dalam pekerjaan yang memerlukan individu banyak berjalan seperti jururawat , guru dan tentera atau polis.
Siapakah Golongan berisiko yang biasa mendapat masalah ini

* pesakit di lingkungan pertengahan umur 40-70 tahun.

* Obesiti.

* Ahli sukan 

* Golongan pekerja yang memerlukan banyak pergerakan seperti jururawat, guru, tentera dan polis .

* Tapak kaki yang leper.

* Mereka yang alami masalah otot betis yang tegang juga berisiko alami masalah ini.


Apakah cara untuk rawatan sendiri

dalam pengalaman saya terdapat beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah ini. Pesakit dinasihati supaya sentiasa memakai kasut yang sesuai seperti kasut yang mempunyai tapak lembut diperbuat daripada getah atau foam (seperti ada dalam kasut sukan).

selain itu antara satu lagi cara yang popular digunapakai oleh fisioterapi  ialah dengan menggunakan insole atau pelapik tambahan di bahagian tumit. Ia lazimnya diperbuat daripada silikon yang diletakkan dalam kasut untuk mengurangkan tekanan pada tumit dan melegakan kesakitan selalunya kesan dari penggunaan silikon ini amat cepat dan ianya mampu mengurangkan sakit lebih dari 85%.






penggunaan  ais yang dibekukan dengan  botol minuman plastik dipijak atas arch yang sakit ini berupaya mengurangkan kesan radang dan seterusnya sakit di tumit ini kerana fungsi ais sebagai anti keradangan



 Untuk saya merawat pesakit yang mempunyai masalah ini ,senaman untuk meregangkan tisu plantar boleh dibuat beberapa kali sehari (disyorkan tiga kali sehari). Kajian menunjukkan senaman ini lebih berkesan jika ia dimulakan dalam masa enam minggu bermulanya sakit tumit. Seeloknya senaman untuk regangan ini dibuat pada waktu pagi dan juga sebelum berdiri, setelah duduk pada waktu yang lama. 


Disini saya tampilkan senaman yang kerap dipakai oleh saya di dalam merawat masalah plantar fascitis inI




Apakah rawatan yang diberikan oleh Dr dan Fisioterapi

Bagi Dr sebelum memulakan rawatan, ia mungkin akan menasihati anda supaya menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X ke atas tumit untuk melihat tanda- tanda ketumbuhan tulang di tumit. Imbasan sinar-X boleh menunjukkan kesan klasifikasi tisu plantar itu.

Dalam kes-kes tertentu, doktor pakar TULANG / ORTHOPEDIC  mungkin juga mengambil keputusan membuat imbasan MRI yang dapat menunjukkan kesan inflamasi di tumit. Disebabkan tisu plantar fascia mengalami proses keradangan, doktor boleh memberi pesakit ubat antiradang selama beberapa hari untuk mengurangkan keradangan ini. Sesi fisioterapi dengan ultrasound juga dapat mengurangkan masalah kesakitan ini.

Selain daripada terapi ultrasound, satu lagi jenis terapi yang bukan invasif adalah penggunaan Extracorporeal shockwave therapy (ESWT). ESWT seakan ultrasound dan gelombang ditujukan kepada tisu plantar fascia untuk merangsang proses pemulihan.




Selain itu, untuk mempercepatkan proses mengurangkan keradangan ini, suntikan steroid mungkin juga dapat dilakukan di sekitar plantar fascia ini. Walaupun begitu, pesakit dinasihatkan supaya tidak mendapat suntikan ini terlalu kerap kerana ini mungkin menyebabkan komplikasi dalam jangka masa yang panjang.




Kebanyakan penghidap masalah plantar fasciitis ini boleh sembuh dengan cara yang disebutkan di atas, walaupun ia mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh. 

Bagi segelintir pesakit yang mengalami masalah ini tidak sembuh walaupun beberapa kaedah rawatan dilakukan. Doktor pakar akan membuat kajian dengan lebih teliti untuk memastikan sakit tumit pesakit bukan berpunca daripada masalah selain plantar fasciitis.
oleh itu pembedahan  ditawarkan bagi segelintir pesakit yang tidak sembuh selepas menjalani rawatan biasa. 


0 Comments:

Post a Comment