Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Wednesday, May 20, 2015

Senaman Asas pesakit stroke bahagian Kaki

senaman stroke (Kaki)
Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum , entry kali nie , saya nak share kan pula macam mana hendak lakukan senaman yang mudah , ringkas dan amat membantu buat pesakit angin ahmar..

  1. Bahagian Kaki
Illustration of an exercise for the hips
Angkat kaki pesakit sehingga ianya lurus dalam anggaran 60 darjah , kemudian secara perlahan lahan silangkan kaki dan tolak secara perlahan ke dada,perhatikan jika pesakit rasa sakit , kurangkan tekanan.

Illustration of an exercise for the hips
Tegakkan kaki pesakit kemudian perlahan lahan bengkokan lutut sehingga 90 darjah dan secara perlahan luruskan kembali.

Illustration of an exercise for the ankles


untuk pergelangan kaki , pastikan tapak kaki pesakit disokong dengan tangan dan secara perlahan lahan stretch kan bahagian ankle pesakit ke arah atas dengan kadar yang pesakit boleh terima.
Illustration of an exercise for the ankles

Pegang tapak kaki pesakit seperti yang ditunjukkan di dalam gambar , secara perlahan lahan putarkan ke arah dalam dan luar.

Illustration of an exercise for the toes
Untuk bahagian jari kaki pesakit , cuba bukakan setiap celahan jari dan renggangkan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.


insha allah , amat mudah senaman ini dilakukan kerana ,pesakit yang ada masalah angin ahmar ini , badan mereka akan kaku dan kejang , maka senaman seperti ini amat membantu dalam melancarkan pejalanan darah dan juga membantu mengurangkan risiko kaku.


0 Comments:

Post a Comment