Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Monday, February 8, 2021

Kesan Minum air Panas

Kesan apabila minum air panas / air Suam

Bismillahirahmanirahim dan asalamualaikum pembaca blog yang saya hormati.

Tahukah kita air merupakan salah satu asas untuk manusia melansungkan kelansungan hidup ,Biasa juga kita mendengar doktor mengatakan bahawa minum kira-kira lapan gelas sehari adalah sangat sesuai untuk tubuh badan manusia dan ini juga cara kita dapat mengekalkan keseimbangan elektrolit cecair dalam tubuh kita . Namun, apa yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang ialah air suam dan air panas mempunyai beberapa kelebihan eksklusif yang tidak mungkin anda dapat serta perolehi semasa anda minum air sejuk.

Sini saya nak kongsikan 5 manfaat air Panas atau air suam ini.

 



1. Menurunkan Berat Badan

Secara tidak lansung , Air panas sangat bagus untuk mengekalkan fungsi  metabolisme yang sihat, Dengan cara semulajadi  itulah yang anda mahukan jika anda berusaha untuk  menurunkan beberapa kilo berat badan anda. Cara yang  terbaik untuk melakukan proses ini adalah memulakan atau menstimulasikan  metabolisme anda pada awal pagi dengan segelas air panas dan sedikit hirisan buah lemon. Sebagai tindakan semulajadi air panas dan campuran lemon ini  akan membantu memecahkan lemak badan dan juga melancarkan pengaliran darah di tubuh badan anda.

2.Membantu membuka laluan hidung dan  saluran pernafasan

Tahukah anda dengan minum air panas adalah teknik semula jadi yang sangat baik untuk  melegakan saluran pernafasan disebabkan oleh selesema, batuk dan sakit tekak. Ia secara saintifiknya dalam kajian mampu mencairkan kahak dan juga membantu tubuh badan kita mengeluarkannya dari saluran pernafasan anda. Oleh itu, ia dapat melegakan sakit tekak sertaIa juga membantu membersihkan laluan pernafasan kita secara semula jadi.

3.Meningkatkan peredaran darah dan melancarkan sistem saraf yang sihat

Anda mahu  peredaran darah anda menjadi lancar sebelum memulakan senaman minum segelas air suam ini kerana kajian menunjukkan air suam yang diminum sebelum senaman dilakukan ianya mampu meningkatkan kadar pengembangan salur darah , ini amat membantu tubuh badan kita menerima kandungan darah yang beroksigen dengan lebih baik serta mampu memepercepatkan pemulihan kepada otot otot yang telah penat apabila senaman dilakukan . (maksud saya disini air suam diambil dahulu ye sebelum senaman , selepas senaman anda boleh minum air sejuk , jika tak hilang nikmat dahaga tu.

4.Membantu proses pencernaan yang baik.

Air suam juga terbukti didalam membantu pesakit yang mengalami masalah pencernaan dan juga ketidak hadaman , dengan makan serta minum air suam selepas makan ianya amat amat membantu tuibuh badan kita melakukan proses pencernaan yang lebih optimum.

5.Awet muda dan Suara 

Kita biasa dengar ada artis yang mengamalkan air suam sahaja untuk mendapatkan suara yang lunak serta wajah yang masih nampak muda , jangan hairan para pembaca , memang ada kajian saintifik yang membuktikan dengan meminum air suam akan menjadikan kita nampak muda , ini kerana badan kita apabila menerima air suam ,ianya akan melancarkan perjalanan darah , tubuh badan yang tidak dehidrat mampu membanttu kulit kita tidak kering dan berkedut , ini kerana salah satu punca kulit nampak tua disebabkan kurangnya minum air .Bagi suara pula , air suam memainkan peranan sebagai relaxation method , kerana ianya berfungsi untuk merehatkan otot otot peti suara , sebab itu jangan hairan jika penyanyi kita di negara ini mengatakan suara meraka lunak hanya dengan meminum air suam.

Ok jika saya nak ceritakan manfaat air suam atau air panas ini terlalu banyak , tetapi kita oergi ke konsep sederhana , air yang terlalu panas amatlah tidak baik untuk diminum kerana ianya boleh juga mendatangkan mudarat antaranya melecur di mulut dan organ pemakanan , meningkatkan risiko mendapat kanser serta dalam islam ianya menjadi makruh  jika air minuman itu terlalu panas , so bagi saya setiap perkara haruslah sederhana. wassalam.


0 Comments:

Post a Comment