Bismillahirahmanirahim , Hari ini saya nak mula menceritakan pelbagai jenis jenis senaman yang mampu menguruskan anda dalam masa 30 hari , tetapi apa yang penting adalah konsistant dan juga dilakukan setiap hari .
Senaman yang paling berkesan dan diakui dapat membakar lemak dengan cepat serta mampu membina otot otot penting serta menaikkan stamina dengan baik ialah senaman yang dipanggil senaman Burpees
Langkah Senaman Burpees |
kelebihan senaman Burpees ini
Senaman Burpee memang tidak dinafikan ianya amat membantu
membakar apa yang anda makan melibatkan penggunaan seluruh otot. Tahukah anda
dengan melakukan senaman burpees ini ianya memberikan anda 100 % cabaran ini
kerana ,Apabila Burpees dimulakan maka Senaman tekan tubi kemudian lompatan dan
kemudian kembali ke tekan tubi ialah satu cabaran yang baik dan berkesan , Maka
kajian menunjukkan ianya lebih efektif jika melakukan 10 reps dengan pantas
untuk melancarkan metabolisma Kajian
telah dilakukan oleh American College of Sports Medicine ia seperti melakukan larian pecut selama 30 saat.
Selain itu dengan melakukan burpee 30 saat secepat mungkin kesan senaman ini akan menunjukkan peningkatan mendadak dalam metabolisma dan kardiovaskular. Senaman burpee melibatkan tahap tahap yang diakui dalam meningkatkan ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan seluruh
kekuatan tubuh.
Kesimpulan yang mudah saya jelaskan ,Oleh kerana burpee merupakan senaman yang melibatkan seluruh kekuatan asas tubuh , maka anda yang melakukan senaman ini dengan konsistant sebanyak 10X dalam tempoh 30 saat dan diteruskan setiap hari bagi tempoh 30 Hari maka anda akan berpeluang merasai manfaat dalam pembinaan otot dari kepala
hingga ke kaki serta menjadikan anda kurus dan berketerampilan .wallahuaklam.
0 Comments:
Post a Comment