Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Wednesday, April 20, 2016

Atasi Mata Sembab di rumah

Tips atasi mata Sembab / Eye Bag


Bismillahirahmanirahim , Pagi tadi di hospital berborak dengan satu staff di lift , saya tegur kenapa mata Nampak bengkak  atau dalam erti kata lain Eyebag , dia ceritakan kepada saya tak cukup tidur becozz banyak sangat main handphone sebelum tidur , dia Tanya kepada saya ada tak cara cara nak kurangkan mata sembab ni , saya kata kalau dia nak tahu dia boleh baca di blog saya.
Sebelum saya kongsikan cara mengatasi masalah eye bag nie , mari kita faham apakah punca terjadinya eyebag atau mata sembab ini


1.      Antara satu faktor yang terjadi adalah belakunya perubahan  cecair di dalam tubuh badan dimana badan kita kehilangan air disebabkan oleh perubahan cuaca (contohnya, panas, hari lembap),  perubahan tahap hormon atau makan makanan yang masin serta pengambilan Kafein yang tinggi juga boleh menjadi punca masalah ini.
2.       Ini merupakan habit orang sekarang iaitu tidak mendapat tidur yang cukup serta penggunaan telefon pintar dan mengadap computer dalam masa yang terlalu lama.
3.       Terjadinya Alahan atau dermatitis, terutamanya jika keadaan bengkak disertai dengan kemerahan dan gatal-gatal boleh berlaku sekitar badan dan juga bahagian mata
4.       Perkara yang tak dapat dielakkan iaitu Keturunan , jika keluarga mempunyai masalah ini , tiada apa yang boleh kita lakukan Cuma mencegah supaya ianya  tidak Nampak terlalu ketara.
Disini saya kongsikan cara cara mengatasi masalah eyebag ini dengan cara yang semula jadi , atau dalam bahasa mudah ialah menggunakan petua moden dan juga lama.

1.Penggunaan kentang:
 Siapa sangka kentang boleh kita gunakan dalam merawat masalah eyebag ini , cadangan saya ialah  Potong kentang mentah  yang telah kita sejukkan di dalam peti sejuk  kepada dua bahagian dengan nipis dalam bentuk bulatan kemudian di letakkan di atas mata anda supaya ia juga meliputi bahagian bawah mata anda dan biarkan ia seperti itu selama 15-20 minit. Anda akan melihat perubahan besar dalam beberapa minit  dimana eyebag  mereka akan berkurangan dalam saiz dan juga mengecil.

2. Penggunaan Susu:
Tahukah anda susu segar sejuk juga amat berkesan didalam membantu mengurangkan masalah eyebag ini , caranya ialah rendamkan pad kapas dalam susu sejuk dan letakkan di atas kelopak mata anda dan berehat selama 20-30 minit.  Kelebihan penggunaan susu segar ini uga membantu mata anda dalam menganjalkan kulit serta berfungsi sebagai agen penyejukkan pada bahagian mata.


3. Penggunaan Minyak  Vitamin E:
Cara ini sedikit rumit tetapi ianya juga amat membantu didalam mengurangkan mata bengkak , caranya Ambil air sejuk dan diletakkan di  dalam mangkuk dan titiskan beberapa titik minyak vitamin E .Rendamkan  pad kapas dalam campuran ini satu malam di peti sejuk dan kapas itu di letakkan di atas mata selama 20 minit, ini juga membantu dalam mengurangkan bengkak di sekeliling mata.


 4.       Penggunaan Timun:
Ini merupakan cara lama dan masih lagi relevan untuk digunakan ,Timun adalah ubat semulajadi yang hebat untuk menghapuskan keadaan bengkak mata di bawah. Ambil 2 keping  timun sejuk segar dan diletakkan di atas mata anda selama 25 minit. Bersantailah dengan hirisan yang segar dan  sejuk ini  ke atas mata, ia akan membantu menyegarkan fikiran anda dan juga mata, dan sifat-sifat  semula jadi anti-radang dari pada  timun secara semula jadi akan membantu mengurangkan tisu bengkak.


5.       Penggunaan Uncang  teh Sejuk:
Jika anda penggemar teh Uncang minuman teh  yang digunakan  jangan dibuang  , ini kerana ianya amat bermanfaat dalam mengatasi mata bengkak ini. Caranya ialah Lembapkan dua beg teh dalam air sejuk. Kemudian meletakkan mereka ke atas mata anda selama 25-30 minit. Bersantailah dan berehat dengan uncang teh sejuk di atas mata anda. Selesai itu cuci mata dan muka dengan air sejuk, dan mengeringkan kulit anda dengan sempurna. Anda akan merasa tenang rileks dan eyebag anda akan hilang.

6.       Penggunaan sudu dan air ais:
keadaan bengkak mata boleh dikurangkan dengan bantuan segelas air ais dan 4 sudu besi. Caranya  sudu  di dalam air dan kemudian letakkan satu dari setiap mata. Lakukan berulang kali sehingga bengkak di bahagian mata itu surut.


7.       Penggunaan Putih telur:
Menggunakan putih telur  juga membantu Cuma bau hanyir yang kurang menyenangkan , cara untuk membantu mengurangkan bengkak dan juga menganjalkan kulit ialah sapukan putih telur itu dibahagian eyebag dan biarkan ia selama 20 minit , hasil nya ia  menjadikan kawasan di sekitar dan di bawah mata berasa lebih ketat dan kelihatan kurang bengkak ianya dipanggil natural stretching.Kemudian muka anda dengan dibasuh dengan air sejuk anda akan merasa kawasan itu menjadi ringan dan tegang.


8. Hidrasi kan badan anda:
Minum air sebanyak mungkin. Nampak mudah tetapi sukar diamalkan. Jadi minum segelas air setiap kali anda melihat mata anda mula droopy atau jatuh dalam bentuk kantung  . Ini kerana kajian menunjukkan mata eyebag juga berpunca dari kekurangan air dalam badan.



Jika di lihat banyak lagi cara yang boleh diamalkan dan diguna pakai, tetapi apa yang saya ingin kongsikan ialah cara yang amat mudah, murah serta menjimatkan untuk kita lakukan dimana semua benda yang saya nyatakan itu amat mudah dijumpai dan diguna pakai dalam kehidupan seharian kita. Wallahuaklam.

0 Comments:

Post a Comment