Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Wednesday, March 30, 2016

Punca dan masalah Rasa Kebas

Bismillahirahmanirahim , pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit info berkaitan masalah Kebas . Untuk pengetahuan semua masalah kebas ini merupakan keadaan di mana seseorang individu itu mengalami kekurangan  rasa (sensation).Selalunya Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf peripheral terhimpit.selain itu darah yang tidak sampai pada bahagian anggota badan juga mampu mengakibatkan rasa kebas ini. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Tetapi Pengalaman saya sebagai fisioterapi selalunya dilaorkan oleh pesakit kerap Rasa kebas dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.



Punca Rasa kebas ini boleh berlaku?

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan urat saraf .
·         Kecederaan pada saraf akibat kemalangan atau trauma.
·         Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes(Lebihan Tulang) berlaku atas peringkat umur yang juga terbentuk akibat proses degeneratif.
·         Berlakunya Jangkitan virus pada saraf periferi  seperti kayap.
·         Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
·         Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok serta terdedah dengan bahan kimia atas faktor pekerjaan .

Masalah kesihatan dan Gangguan pada saluran darah
·         Faktor pengambilan Pemakanan tidak sihat,malas serta kurang bersenam,  amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alcohol berlebihan juga adalah antara punca penyempitan saluran darah boleh terjadi.Keadaan ini menyukarkan proses aliran darah keseluruh tubuh .
·         Penyempitan Salur darah di hujung kaki yang menyempit akan membuatkan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki dengan lebih mudah dan kerap.
·         Selalunya risiko serta Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit  yang mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan  juga stroke.

Antara masalah lain penyumbang masalah kebas ialah
·         Pesakit yang memerlukan ubat untuk jangka masa panjang seperti Kesan sampingan ubat untuk penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
·         Antara Masalah kekurangan mineral dalam badan yang biasanya boleh terjadi , adalah berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12 dan Juga Zinc (Zat Besi) serta kalsium.
·         Pengalaman saya juga melihat masalah kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah (Anemia), Obesiti serta, wanita yang mengalami Menopous

Saya juga menyarankan lakukan pemeriksaan dengan Dr jika kebas anda
·         Mudah serta rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang tanpa henti
·         Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk serta berpanjangan
·         Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan atau sebelah badan dikuti dengan lemah pada bahagian anggota badan.
·         Rasa Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu seperti membongkok atau mencangkung  
·         Kebas yang mengakibatkan anda hilang kawalan kencing dan juga pembuangan air besar.




Anda tidak perlu risau jika kebas ini terjadi waktu tidur dimana tertindih lengan semasa tidur. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas  adalah , urat saraf yang melalui bahagian anggota badan kita ini  terganggu disebabkan himpitan pada bahagian aliran darah yang menjadi sempit. Begitu juga sebagai contoh  apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak.Untuk pengetahuan Tuan dan puan semua Kebas seperti itu adalah normal apa yang perlu kita lakukan jika masalah seperti diatas ini berlaku cuba lakukan Gerakkan anggota badan yang terlibat secara perlahan-lahan dan buat aktiviti regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.Wallahuaklam.

0 Comments:

Post a Comment