Bismillahirahmanirahim, Pada topic yang lepas saya
dah menceritakan serba sedikit berkaitan usia muda tapi kelihatan tua , so hari
ini saya terfikir nak kongsikan satu khasiat sayur ini yang ramai tidak ambil
kisah tentang kesihatanya.
Apabila kita Sebut sahaja buah peria atau sayur
peria , maka pastinya ramai yang
membayangkan kepahitan dan kekelatan sayur ini. Seperti kata orang orang tua zaman dulu bahawa yang pahit itulah ubat. Secara
ilmiahnya Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman
datuk nenek moyang kita lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional
berasaskan herba.
Bagi sayur peria ini terdapat dua jenis peria iaitu
peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria Katak (My Favourite)yang
bersaiz lebih kecil dari peria biasa
Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di
negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara
kita, Indonesia, dan asia tenggara
Apa yang saya tahu Sayur peria ini amat diminati
oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat kata kawan
baik saya Mr Lim (Physiotherapist), dia member tahu saya orang cina untuk
mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum
dimasak. Tetapi kita orang melayu selalunya terus masak begitu sahaja .
Secara Habitatnya
pokok peria ini akan memanjat
menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima
cuping dan berbau langu. Kebiasaany Bunganya buah peria ini berwarna kuning sementara buahnya pula ada
yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun
yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut dan menggurutu.
Para saintis telah mengkaji dimana bedasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8
gram protein dimana diketahui dapat membantu di dalam membina tisu badan baik
bagi mereka yang nak buat badan sado makan peria selain pengambilan protein
shake, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber yang semestinya amat
baik untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan
tulang.Siapa sangka ulam yang kurang digemari kerana pahit dan kelat ini
mempunyai khasiat yang amat baik bagi proses pemulihan kecederaan.Selain itu
kajian juga menunjukkan bahawaLain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral
yang membantu proses keseimbangan zat di dalam badan.
Apakah khasiat peria yang tidak kita ketahui?
Secara amnya kajian dilakukan para saintis
menunjukkan Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan terjadinya
masalah kulit seperti bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan
meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan
amalan ini selama 1 bulan .
Selain itu ianya juga boleh membantu mereka yang mengalami masalah
gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis.
dalam kajian di thailand ,bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan
alkohol, pengamal perubatan disana melakukan kajian dengan meminum air perahan daunnya dan terbukti mampu menolong
pesakit mereka yang ketagih alkohol.
selain itu dipercayai air Perahan yang sama juga boleh digunakan
untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria
dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan bagi melihat kesanya, manakala
akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Kita tahu buah ini pahit,tetapi ianya mengandungi
tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan jika dicicah dengan
sambal . Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru
bersalin untuk menambah susu badan serta mempercepatkab penyembuhan luka
dalaman.
Bagi pendapat saya sendiri buah ini Allah ciptakan sebagai penawar kencing manis
, ini dibuktikan dalam kajian Asian pacific journal of tropical disease (APJTD)
,iaitu berbunyi Antidiabetic
effects of Momordica charantia (bitter melon) and
its medicinal potency. Jika ianya
dikaji dan berpotensi di dalam merawat masalah diabetic adalah kerana setiap
penyakit yang Allah datangkan ada penawarnya ,sini saya letakkan keseragaman
buah peria ini dengan pancreas manusia yang berfungsi untuk penghasilan insulin
bagi mengawal gula di dalam badan , adakah ini salah satu rahsia perubatan yang
perlu dikaji oleh manusia ,wallahuaklam..
buah peria @ sayur peria |
hebatnya ciptaan Allah jika dilihat buah peria dan pankreas manusia saling tak tumpah , banyak lagi rahsia yang perlu dikaji. |
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete