Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Wednesday, February 17, 2016

Kenapa cepat Tua ketika usia Muda

Bismillahirahmanirahim , Tua bukanlah suatu penyakit , semua manusia akan menemui masa tua , tetapi apa yang ingin saya kongsikan disini ialah bagaimana kita melambatkan dan juga tips tips yang boleh dipakai untuk mengurangkan kesan penuaan awal atau dipanggil premature Ageing yang berlaku sebelum waktunya.
Proses penuaan merupakan salah satu putaran alam yang telah ditentukan oleh Allah SWT ,Proses penuaan ini berlaku  Seiring dengan bertambahnya usia manusia itu dan tubuh akan mengalami proses penuaan, jaringan elastin dan kolagen pada kulit akan mulai lemah sehingga kekenyalan kulit akan mula terlihat berkurang dan muncul tanda – tanda penuaan, seperti Kedut. Namun untuk pengetahuan umum proses penuaan tidak hanya terjadi padaketika  usia tua,malah pada usia muda pun sudah bermula terjadinya proses penuaan dan inilah yang dipanggil Premature Ageing (PA)

Apakah Itu Premature Ageing ?
PA merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan proses penuaan yang terjadi sebelum waktunya. Iaitu Seseorang dikatakan mengalami PA apabila ketika dia terlihat lebih tua daripada usia yang sebenarnya. kulit pada tubuh badan manusia boleh mengalami tanda penuaan premature ini  sejak berusia 22 atau 23 tahun. Pada usia ini, Tanda PA yang dapat muncul antara lain adanya garis halus pada wajah yang dimulai dari sekitar area mata dan mulut serta muncul pula bintik – bintik bewarna coklat pada bahagian sekitar wajah.

Gambaran Usia Muda tetapi kelihatan tua

Berikut adalah kajian yang telah dilakukan para saintis dan mendapati antara Penyebab PA ini sebenarnya berkait rapat dengan tingkah laku manusia , berikut beberapa pekara yang dapat menjadi penyebab penuaan premature ini
       Terkena Sinaran matahari yang berterusan :
berdasarkan penelitian  dan kajian saintis mereka mendapati sinar matahari terdiri atas dua spektrum ultraviolet, iaitu sinar UVA dan siar UVB. Sinar UVA dapat merosakkan jaringan  elasty pada bahagian dan kelembapan kulit sehingga muncul garis halus, kedutan dan kulit mudah terasa kering.  Manakala Sinar UVB dapat meningkatkan produksi melanin dan mengakibatkan kulit terbentuk bintik – bintik hitam dan warna kulit menjadi lebih gelap.

Tabiat Kuat Merokok :
Kita tahu bahawa rokok megandung banyak bahan bahan yang beracun dan dapat merosakkan bahagian tubuh badan, kesan yang paling ketara merokok mengakibatkan saluran peredaran darah ke sekitar wajah terganggu, sehingga dapat mempercepat terbentuknya kedut kedutan dan ianya juga membuat wajah kelihatan kusam.

         Minuman beralkohol :
      alkohol memiliki sifat diuretik yaitu mampu menarik cairan dari tubuh dan membuangnya bersama urin. Individu yang meminum  minuman alkohol berlebihan akan menyebabkan dehidarasi dan kulit tampak kering dan kusam.

        Diet  makan yang tak seimbang :
Kajian telah membuktikan bahawa makanan yang mengadung banyak lemak trans, makanan yang mengandung karbohidrat tinggi, dan terlalu banyak gula seperti makanan Ringan, kentang goreng, daging berlemak, kuih yang manis yang diambil  dalam jumlah berlebihan akan merosakan kolagen pada kulit.

Stress :
Ini telah diketahu dengan melakukan berbagai penelitian ianya telah menunjukkan bahwa stress yang disebabkan oleh hal-hal seperti: Depressi yang berpanjangan, sering mengurung diri,  kecemasan dan sebagainya dapat mempercepat proses penuaan dengan cara memendekkan tahap  panjang setiap rantaian DNA pada sel-sel tubuh.

Pengambilan Ubat ubatan :
Pesakit yang memerlukan pengambilan ubat dalam jangka masa panjang seperti ubat diuretic ,bagi pesakit buah pinggang , menjalani Proses Kimotherapy ianya secara terbuka diketahui akan mengakibatkan badan menjadi cepat tua.

 Cara Mengatasi dan Mencegah PE  berlaku dengan cepat bukan lah bermakna melawan ketentuan alam , sebaiknya harus dicegah mulai sejak awal bagi mendapatkan kualiti hidup dan keyakinan diri yang baik. Ada beberapa cara yang dapat digunakan untuk mencegah penuaan premature ini antaranya .
1.       Menghindari paparan sinar matahari secara langsung :
Sebaik- Baiknya gunakan payung, topi, kacamata hitam, pakaian panjang dan Losyen SPF 15 pada saat beraktiviti di ruang yang  terbuka
2.       Berhenti merokok dan berhenti mengambil minuman alkohol :
Sematkan dalam hati agar segera berhenti merokok dan berhenti meminum minuman  beralkohol, karena manfaatnya lebih sedikit daripada penyakitnya.
3.       Perbanyakkan Meminum  air putih :
air putih dapat menjaga tubuh supaya ianya sentiasa terhidrat ianya juga dapat membantu mebuang racun dari dalam tubuh, oleh karena itu minumlah air putih sebanyak 8 gelas sehari untuk mencegah kulit kering.
4.       Pengambilan  buah yang tinggi antioksidan :
Kita ketahui  antioksidan amat  bermanfaat bagi tubuh untuk melawan radikal bebas yang berasal dari pola pemakanan yang tidak seimbang, dan  asap serta pencemaran udara merupakan kepada penyumbang masalah ini. Sumber antioksidan dapat diperoleh dari buah buahan seperti delima, buah naga,anggur dan keluarga buah buahan beri.
5.       Pengambilan sayuran hijau :
sayuran hijau seperti sawi dan bayam banyak mengandung zat lutein yang juga berfungsi sebagai antioksidan ,yang bertindak melambatkan proses penuaan , sebab itu orang dulu kala mengatakan pengambilan ulam ulaman adalah membantu proses awet muda.
6.       Pengambilan madu :
Madu banyak mengandung protein dan vitamin yang dapat memberikan nutrisi untuk Keremajaan sel kulit .
7.       Melakukan senaman yang teratur : dengan bersenam aliran darah akan menjadi lancar, sel – sel tubuh menjadi aktif dan penghasilan tisu tisu baru akan terbentuk kesan dari kelancaran darah  dan melalui senaman kotoran dan racun dari dalam tubuh juga dapat terbuang bersama peluh.
8.       Mengatasi stress: Ketika ada banyak beban fikiran atau stress berusahalah untuk berada  tetap dalam keadaan tenang, mungkin hal-hal positif seperti  melakukan pekara yang menggembirakan seperti hobi, membanyakkan amal ibadah dengan khusuk, dapat membantu Anda mengurangi stress sehingga menjadi hal yang amat membantu dalam mencegah penuaan premature ini.

Oleh itu boleh saya simpulkan , kenapa kita Nampak tua dari usia sebenar adalah betolak balik pada pengurusan diri dan kesihatan kita .wallahuaklam.


0 Comments:

Post a Comment