Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Tuesday, December 1, 2015

Punca Sakit Belakang boleh terjadi

Bimillahirahmanirahim,

Kenapa Sakit Belakang ?

Soalan ini sentiasa menjadi satu soalan yang paling kerap diajukan oleh pesakit kepada saya ,
kenapa sakit belakang boleh berlaku ?.

saya ingin kongsikan sedikit dengan tuan tuan semua , sakit belakang merupakan salah satu keadaan dimana ianya mengakibatkan struktur bahagian belakang yang kompleks seperti tulang , sendi, ligament , rawan , otot serta tisu mengalami kecederaan .
untuk memudahkan kita memahami konsep sakit belakang ini ianya tidak hanya boleh dihilangkan dengan ubat ubatan yang diambil dengan sendiri tetapi haruslah melalui Dr.
Tanggapan masyarakat bahawa mengambil pain killer akan memudaratkan selalunya disalah tafsir , Tujuan Dr memberi anda ubat ubatan adalah untuk mengawal kesakitan dan juga memberikan masa pada bahagian yang cedera itu berehat . Tanpa ubat ubatan kesakitan yang pesakit alami akan menjadi lebih parah dan ada yang mengakibatkan pesakit tidak mampu untuk berjalan dan menguruskan diri sendiri.

ada ketika apa bila saya ajukan kepada pesakit adakah mereka mengambil ubat ubatan yang diberi ,ada alasan yang mereka berikan kepada saya bahawa makan ubat penahan sakit akan merosakkan badan , ia memang betul tetapi dengan dos yang betul dan memakan dengan disiplin ianya mampu membantu pesakit mempercepatkan proses pemulihan daripada sakit belakang.
sakit belakang boleh dicegah dan apa yang lebih penting untuk pesakit memahami adalah punca terjadinya sakit belakang , disini saya nyatakan kesakitan belakang boleh berlaku tanpa kita sedari apabila

  1. penambahan berat badan (obesity) yang tidak dikawal dengan baik,ramai pesakit yang tidak mahu mengaku bahawa berat badan mereka menjadi punca masalah ini , dan ada juga yang menyatakan berat badan mereka ini sama sahaja dari dulu sampai sekarang , tetapi kenapa sekarang ianya menimbulkan masalah. Saya menerangkan kepada mereka apabila berat badan kita meningkat  Kusyen pelapik rawan atau cakera disc tulang belakang akan mengalami tekanan yang berterusan dan ini akan mengakibatkan tulang belakang dekat dan semakin terhimpit yang berkemungkinan akan menekan saraf saraf yang melaluinya.
  2. Tidur posisi yang salah , jika ada pesakit saya yang bangun pagi dan kerap mengalami masalah ini selalunya saya akan merujuk kepada bahagian katil mereka tidur , tidak dinafikan ada pesakit yang menyatakan mereka bebrbelanja besar untuk mendapatkan katil atau tilam yang mahal untuk menyokong tulang belakang mereka tetapi masalah ini masih  juga berlaku, tetapi apabila saya menanyakan posisi tidur mereka dari situ saya dapat memahami cara atau pattern tidur yang boleh mengakibatkan masalah ini berlaku seperti tilam terlalu lembut atau terlalu keras yang mengakibatkan tulan belakang tidak mendapat sokongan yang neutral sewaktu tidur.
  3. mengangkat beban , ianya kerap berlaku kepada suri rumah dan juga para ibu , dimana mereka terlupa anak anak kecil yang didukung itu juga boleh menjadi salah satu punca kesakitan belakang ini berlaku , teknik mendukung anak yang betul amat lah penting untuk para ibu bapa faham kerana masalah ini boleh berlaku jika cara mengangkat atau membawa anak ini tidak dilakukan dengan betul.
  4. Postur yang salah, kerap berlaku kepada umum dimana kerusi yang digunakan tidak sesuai , seperti penggunaan komputer yang terlalu lama tanpa bergerak dan juga pemanduan kereta yang melebihi 2 jam , kebanyakan masalah ini diketahui umum tetapi kadang kadang ianya terlepas pandang di atas kesibukan urusan harian.
  5. Batuk atau terbesin yang berlaku secara spontan , ianya juga boleh terjadi apabila posisi badan kita dalam kedudukan duduk dengan pinggang kita dalam posisi rotation seperti duduk dan cuba mengambil objek dibelakang kereta , andai waktu itu kita batuk dan terbesin 90% kebarangkalian kita akan boleh mengalami kesakitan pada bahagian belakang.
  6. Memang ada masalah sakit belakang , umumnya tubuh badan manusia akan mengalami masalah ini 1 kali seumur hidup dan ianya boleh berlaku tanpa mengira umur jantina dan kaum, seperti PID ,ianya memang akan berlaku cuma perbezaan nya adalah apa punca yang merangsang kesakitan ini terjadi seperti mengangkat beban , jatuh , dan semua yang saya sebutkan diatas.
  7. Jatuh terduduk, saya boleh katakan kebanyakan kesakitan belakang akan mudah terjadi jika individu itu jatuh terduduk , kesakitan itu tidak akan datang dengan serta merta tetapi ianya disusuli selepas 2 atau 3 hari.
  8. Kemalangan dan trauma adalah salah satu penyumbang kepada masalah ini, ada segelintir pesakit menafikan bahawa kemalangan adalah punca kepada sakit belakang ,apabila ada berlakunya impact kepada bahagian tubuh badan ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan sakit ini berlaku , walaupun kemalangan itu telah berlaku lebih dari setahun dan sebelumnya , ada bahagian tubuh badan kita akan mula menunjukkan simptom sakit sakit yang tanpa diketahui puncanya apabila peringkat umur individu itu meningkat.
sebenarnya banyak faktor faktor yang boleh berlaku dan mengakibatkan sakit belakang ini terjadi , tetapi tujuan saya menyatakan dalam nukilan saya ini ianya adalah lebih kepada pencerahan dan panduan dimana ada aktiviti kita yang tanpa kita sedari boleh menjadi penyumbang kepada masalah sakit belakang ini. Insha Allah saya harap ianya boleh memberikan sedikit gambaran kepada kita semua bahawa ada pekara yang tak terfikir bahawa kadang kadang pekara yang biasa dilakukan pun boleh menjadi masalah pada masa akan datang.

wallahuaklam...

0 Comments:

Post a Comment