Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Friday, September 4, 2015

Urutan Kepala Triger Point (Migrain, Cluster Head , Cervical Myalgia)

Trigger point untuk sakit kepala

Bismillahirahmanirahim..

Untuk entry kali nie saya nak share kan salah satu cara untuk merawat sakit kepala yang selalunya mengakibatkan segala urusan kerja kita akan tertangguh,
rawatan yang ingin saya kongsikan ini adalah digunakan ketika kita dalam keadaan yang penat atau sakit kepala.
3 pekara kepada manusia yang kalau sakit ini datang habis segala urusan kerja  dan emosi akan berubah iaitu sakit kepala , sakit gigi dan juga sakit perut

urutan kepala ini selalunya saya ajarkan kepada pesakit saya yang mengalami masalah cervical pain dan dia akan radiate ke bahagian kepala , ada ketika dia akan mengakibatkan sakit kepala yang teramat dan menggangu kehidupan pesakit.

Teknik ini simple dan mudah dilakukan sendiri

  1. Sebelum lakukan urutan minum air dengan secukupnya dan basahkan rambut atau balutkan dengan tuala lembab bagi memberikan kelegaan sejuk bagi bahagian kepala.
  2. Untuk makluman dibahagian belakang tengkorak kita terdapat satu bahagian point yang amat penting didalam penyambungan otot tengkorak dengan tulang leher , dan kadang kadang area ini mungkin ketat dan mengakibatkan sakit kepala boleh terjadi.
  3. Image result for self massage for headache
  4. Otot penyambungan ini dipanggil subbocipital group muscle .
  5. Gunakan Ibu jari dan cari bahagian yang ditekan akan rasa sakit atau lesu , kesakitan yang dirasa ketika ditekan adalah tender,ada kajian menyatakan otot ini boleh menjadi penyebab kepada cluster head pain dan juga Migrain.
  6. Tekan ibu jari anda kebahagian subbocipital area ini dalam 10 saat ke 15 saat , nafas secara perlahan lahan dengan menarik nafas melalui hidung dan dilepaskan secara perlahan melalui mulut.
  7. Bahagian yang tender ini diurut secara circular atau bulatan , Pada permulaan akan rasa sedikit tender , tetapi apabila endorphin hormon dilepaskan kesan dari urutan ini , akan ada rasa kelegaan pada bahagian kepala nanti.
  8. Image result for self head massage for headache
  9. Cara ini adalah merupakan cara yang simple dan terbukti banyak membantu pesakit saya,oleh itu anda boleh mencubanya dan dengan izin Allah kesakitan pada bahagian kepala boleh hilang dan dikurangkan.
Wassalam...

0 Comments:

Post a Comment