Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Saturday, September 19, 2015

Cara mengatasi masalah sukar tidur (insomnia)

Tips Atasi Isomnia
bismillahiramanirahim,
diharapkan ilmu yang dikongsi bersama saya dengan pembaca semua dapat memberikan manfaat.
untuk entry malam ini, kerana malam masa yang memberikan idea kepada saya untuk menaip..
di zaman ini masalah kesukaran tidur merupakan salah satu punca terjadinya penyakit penyakit yang kronik antara nya hipertensi atau darah tinggi, kenapa saya katakan begitu, ini kerana kita memerlukan tidur yang cukup sekurang kurangnya 6 jam atau 8 jam bagi mendapatkan rehat yang optimum.
di sini saya ingin kongsikan beberapa tips bagi mengatasi masalah ini.

  1. bagi mengatasi masalah sukar tidur ini satu perkara yang saya amalkan pertama adalah dengan melakukan riadah di waktu petang, saya menghabiskan masa petang dengan melakukan aktiviti senaman yang boleh membantu, kerana badan kita akan keletihan apabila melakukan aktiviti fizikal, dan insha Allah di malam hari ianya membantu kita tidur dengan lena. 
  2. jauhkan minuman yang berunsur kafien seperti minuman coca cola atau pepsi,  kopi dan nescafe merupakan satu penyebab kesukaran melelapkan mata di waktu malam, terutama selepas pukul 5 petang, ini kerana dalam tempoh 4 jam kesan kafein akan bertindak dengan melajukan degupan jantung dengan menghantar bekalan oksigen ke otak yang mengakibatkan kita menjadi segar. 
  3. Elakkan memasang lampu tidur yang terang dan berada di sekitar penglihatan mata, adalah lebih baik jika lampu tidur itu tidak dipasang di siling dan gunakan lampu mini yang boleh dialihkan dengan meletakkan di bahagian yang terlindung agar otak kita tidak menghasilkan tindak balas deria yang mengakibatkan kita sukar melelapkan mata. 
  4. Jauhkan diri anda dengan alat alat gajet yang boleh mengakibatkan cahaya biru yang terhasil mengakibatkan otak anda menjadi sedar. 
  5. Elakkan memasang radio dan elakkan bunyi yang boleh menganggu tidur anda, pastikan bilik tidur tidak memakai jam yang kuat bunyi detiknya. 
  6. Pakai stocking pada bahagian kaki, kerana kajian menyatakan, haba panas yang terhasil pada bahagian tapak kaki akan membantu proses tidur yang nyenyak. 
  7. Jika anda beragama islam,  zikir dan selawat sebanyak yang mampu, bukan dalam hati tapi dengan berbisik, bila anda lakukannya secara automatik anda akan tertidur disebabkan otak kita akan merembeskan satu hormon dipanggil endorphin , yang mana ianya merupakan hormon penenang yang dihasilkan oleh Allah swt. 
  8. Buat tempat tidur anda tempat tidur yang bersih dan selesa, cuba ambil contoh design yang simple seperti suasana hotel,  sebab designer telah merekakan bilik yang berunsur relaks. 
  9. Jika anda mahu tidur yang optimum pastikan anda tidak makan dengan banyak sebelum tidur, kerana jika makan dengan banyak sistem pencernaan terpaksa melakukan tugasan yang lebih dan ini menyebabkan otak anda aktif. 
  10. Satu lagi perkara yang sukar difahami oleh masyarakat, tidur dengan mencontohi sunnah Rasulullah iaitu tidur dengan wudhu, menghempap rusuk kanan ini kerana kajian menyatakan dengan teknik tidur Rasulullah ianya membantu rongga pernafasan lancar dan jantung tidak dihimpit, maka badan akan mendapat pengaliran darah yang baik, ini akan membantu badan kita dalam keadaan yang tenang insha Allah ianya memudahkan tidur. 
Insha Allah jika dillihat banyak lagi cara cara yang boleh membantu bagi mengatasi masalah isomnia ini, dapat kan rawatan jika ianya mengganggu rutin kehidupan anda, tip yang saya kongsi bersama anda adalah merupakan sebahagian pengalaman bersama pesakit yang berkongsi dengan saya ketika mereka berada di wad, dan juga teknik yang dipraktikkan oleh saya sendiri di mana ada antara tips ini boleh membantu kita mendapat tidur yang efisien. 

Wallahuaklam...

0 Comments:

Post a Comment