Bismillahirahmanirahim,
Asalamualaikum , Untuk post kali nie saya nak share kan sikit tentang Osteoporosis.
Apakah itu osteoporosis?
Osteoporosis merupakan satu masalah pereputan tulang yang mengakibatkan tulang berlubang lubang .
Nampakkan perbezaan rawan tulang yang sihat dengan tulang yang bermasalah .
penghidap osteoporosis ini mempunyai risiko patah 5x ganda berbanding org yang tidak mempunyai masalah ini , kerana ada beberapa kes , pesakit yang batuk dengan kuat juga tulang rusuk boleh patah akibat impact yang kuat .
osteoporosis ini berlaku pada semua peringkat umur tetapi kajian menunjukkan ianya 90% berlaku dikalangan warga emas atau 50 tahun keatas.
Kaum Wanita mempunyai risiko yang lebih besar disebabkan pertukaran hormon dan juga disebabkan menopous.
.
Simptom Osteoporosis
Selalunya pada peringkat permulaan ianya tidak menunjukkan apa apa simptom, tetapi apabila struktur tulang berubah pesakit kerap rasa
- Sakit Belakang disebabkan perubahan struktur tulang belakang ,
- Postur badan jadi membongkok
- Hilang ketinggian
- Mudah patah dan kerap berlaku.
Bagaimana ianya berlaku?
Dalam proses pembentukan tulang ketika usia muda ianya berlaku dengan pantas , apabila tulang baru menggantikan tulang lama, pemampatan jisim tulang akan berlaku dengan cepat dan ianya digantikan terus , dan tulang lama ini akan diserap oleh tubuh badan.
Kebanyakan manusia akan mengalami pemampatan jisim tulang apa bila umur mencecah 20 tahun keatas , waktu ini kekuatan tulang akan dihasilkan dan di simpan, , kebarangkalian osteoporosis ini berlaku bergantung kepada berapa banyakkah tubuh badan kita dapat mengekalkan jisism tulang yang sudah terbentuk ketika usia remaja lagi.
Risiko
Ianya boleh berlaku kepada semua manusia kerana ianya out of control dari kita , ianya membuktikan kekusaan ALLAH SWT , dan apa yang ada di dalam tubuh kita hanyalah pinjaman sahaja.
- -Jantina- ianya kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki
- -Umur- Semakin meningkat usia semangkin berisiko untuk mendapatkanya.
- -Keturunan- Sejarah perubatan membuktikan risiko semakin tinggi jika ada ahli keluarga ibu atau bapa mempunyai sejarah patah tulang peha.
- -Bentuk Tubuh- Kajian perubatan menyatakan , bagi mereka yang mempunyai tubuh badan kecil risiko 2x ganda berada disitu kerana , pembentukan jisim tulang bergantung kepada rangka tubuh badan manusia .
- Hormon- Perubahan hormon , terutama wanita juga memainkan peranan dalam mereka mendapat masalah osteoporosis ini terutama selepas menopous
- Thyroid- penghasilan hormon thyroid yang tinggi juga merupakan risiko untuk mendapat masalah ini.
- Pengambilan Kalsium- Masalah ini dijangka disebabkan kurangnya pengambilan kalsium di usia muda , terutama bagi wanita wanita yang mengandung , ini kerana kalsium itu akan diserap oleh bayi anda.
- Pembedahan Perut- ada ketika pembedahan yang melibatkan bahagian organ perut akan menjejaskan serapan nutrisi kesan dari jangka masa panjang.
- Penggunaan ubat ubatan dalam jangka masa panjang seperti steroids
- Diet makanan yang tak seimbang
- Pengambilan alkohol yang berpanjangan
- Merokok- Dalam kajian British medical association , merokok merupakan salah satu punca tulang menjadi lemah dan memerlukan tempoh yang amat panjang untuk sembuh jika patah , ini kerana penghasilan karbon yang tinggi dalam darah melambatkan peredaran darah yang beroksigen , dan juga unsur unsur kimia yang berada di dalam rokok merupakan salah satu faktor pencetus masalah Osteoporosis ini.
Komplikasi Dari Oteoporosis ini amat mudah difahami iaitu PATAH , dan bahagian yang kerap terjadi adalah di bahagian pinggul peha, tulang belakang dan pergelangan tangan, Patah tulang Peha amat mudah terjadi dan ianya selalu dikaitkan dengan jatuh. Komplikasi dari patah tulang disebabkan ini boleh membawa kemudaratan dan juga kematian kepada pesakit selalunya pesakit yang berumur dan tua, kematian disebabkan komplikasi seperti kudis tekanan dan juga jangkitan paru paru. Dari pengalaman saya selalunya pesakit yang sudah berumur kesanya amat kritikal jika penjagaan selepas patah tidak dilakukan dengan betul.
Ada sesetengah pesakit yang tua mengalami patah tulang belakang tanpa sebab yang jelas seperti jatuh atau trauma , tetapi kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai masalah osteoporosis ini boleh mendapat kepatahan tulang belakang secara tiba tiba disebabkan struktur tulang yang rapuh dan juga bongkok serta hilang kestabilan di turus tulang belakang.
Apakah Senaman Boleh membantu?
Insha Allah , ya ianya membantu dalam meningkatkan jisim kemampatan tulang , dan melalui pengalaman saya senaman ini bukan bermaksud menyembuhkan masalah osteoporosis ini tetapi ianya lebih mencegah.
dibawah adalah contoh senaman yang boleh dilakukan di rumah
0 Comments:
Post a Comment