Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Friday, March 6, 2015

Cara mudah Buang Kahak Bagi Bayi dan kanak kanak (postural Drainage)


Rawatan Buang Kahak

Asalamualaikum , Erm rasanya dah lama aku tak update blog aku nie dekat tiga bulan tue , maklumlah after tahun baru Buzy gilosss la , tapi alhamdulillah hari ini aku diberi kesempatan untuk menaip dan juga berkongsi sedikit tentang cara untuk memudahkan bayi atau kanak kanak membuang kahak ....

Mesti korang pening kan kalau anak anak ahli syurga nie kena selsema dan juga sukar untuk membuang kahak , ialah kadang kadang orang yang dah dewasa pun suka simpan inikan pula anak anak kecil ini, selalunya kahak terjadi apabila kita dijangkiti kuman FLU ,dan apabila selsema menjelma maka malam merupakan cabaran paling teruk bagi ibu bapa yang mempunyai anak anak kecil terutama bawah 4 tahun , kerana waktu ini anak anak ini belum faham macam mana hendak membuangkan lendir .ok kita mulakan cara paling basic :

1 . posisi ( postural Drainage )
cara ini merupakan cara di mana kita menggunakan daya gravity untuk membantu memudahkan kahak atau lendir ini di keluarkan,kahak di dalam paru paru bersifat seperti GAM atau melekit , so cara yang betul insha Allah ianya akan menjadikan teknik ini sangat effective.

a)Area Lower Lobes (paru paru bawah)
Postural drainage for the lower lobes (back)
Bayi: baringkan bayi anda dalam posisi tiarap dengan kedudukan kepala dan badan rata, dengan cuppingkan tapak tangan secara perlahan tepuk di bahagian belakang lakukan secara perlahan dan tepuk dengan kadar yang sekata.
Kanak Kanak; baringkan anak anda dalam posisi meniarap dengan dilapik satu bantal atau dengan kedudukan 30 darjah , kemudian lakukan tepukkan secara perlahan dan sekata.

b)Area Lower lobes (Front  /Hadapan )
Postural drainage for the lower lobes (front)

Bayi: Kedudukan bayi hendaklah dalam keadaan rata , lakukan tepukkan di bahagian dada seperti di tunjukkan di dalam gambar.
Kanak kanak: baringkan anak anda di dalam posisi 30 darjah dan dilapik dengan bantal dan tepukkan dilakukan secara berkala.

c)Lower Lobes (Sides/ Tepi)
Postural drainage for the lower lobes (sides).

 Bayi :.Untuk bayi anda lakukan dalam keadaan mengiring dan pastikan bayi anda tidak dibangunkan secara tiba tiba bagi mengelakkan refux dari berlaku.
Kanak Kanak: baringkan anak didalam posisi mengiring seperti ditunjukkan di dalam gambar dan lakukan di posisi bersudut 30 darjah bagi mendapatkan kesan yang lebih baik hasil dari bantuan graviti.

d) Upper lobes (bahagian Atas paru Paru)
Postural drainage for the upper lobes (back)

lakukan posisi yang ditunjukkan di dalam gambar dan pastikan tepukan dilakukan secara sekala yang perlahan dan tidak menyakitkan..

e) Upper lobes  (hadapan Paru Paru)

Postural drainage for the upper lobes (front)
baringkan anak anak seperti ditunjukkan di dalam gambar , gunakan susdut 30 darjah bagi mendapatkan kesan yang optimum.

Percussion

Dalam setiap gambar ada menunjukkan tangan yang di cup kan , so ini dipanggil percussion,
dalam posisi yang diletakkan ,anda digalakkan untuk menepuk di bahagian yang ditunjukkan di dalam gambar dengan cara yang sesedap rasa , ianya bermaksud mengikut kesesuaian bayi atau anak anda menerima tepukkan itu, tujuan tangan itu di cupkan supaya ianya ada kusyen udara dan masa korang tepuk nanti anak anak ini akan batuk dan juga kadang kadang hingus akan meleleh keluar waktu itu korang boleh wipekan , jika tak keluar pun biarkan mereka telan kerana kahak yang ditelan akan di digestkan di perut , so insha Allah ianya tidak memudaratkan anak anak ini.



ok semoga sharing kali ini ada manfaat nya pada kita semua...Assalamualaikum

0 Comments:

Post a Comment