Bismillahirahmanirahim , Hospital merupakan tempat dimana setiap pesakit akan mendapatkan rawatan tetapi kadang kadang ianya banyak kisah kisah misteri yang tidak dapat di terima oleh akal manusia yang normal , kejadian paranormal kerap berlaku dan kadang kadang ianya menghantui bagi orang yang pernah mengalami situasi ini.
Tahun 2019 ini merupakan tahun yang saya paling sibuk kerana banyak kertas kerja yang perlu disiapkan dan dari bidang klinikal ke bidang pengurusan adalah sangat sangat mencabar.
Pada 9 Tahun lepas teringat saya satu cerita yang diceritakan oleh pesakit saya , waktu itu dia melakukan rawatan di sebuah hospital di selatan tanah air ,Pesakit merupakan seorang guru agama di sebuah pusat pengajian tinggi di johor , dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah sakit lutut yang kronik atau dipanggil Osteoarthritis , ada satu bilik di ward tingkat 3 mengalami masalah tentang pengaliran udara , dimana jika penghawa dingin di bilik itu dibuka kurang daripada 22 darjah celcius maka bau hanyir yang sukar digambarkan akan terhasil , kakitangan hospital sudah sedia maklum tentang bau yang ada itu dan menganggapnya ianya hanlah bau penyaman udara yang telah lama tidak dihidupkan , ini kerana bilik itu pada mulanya merupakan tempat penyimpanan barang barang hospital , sebelum direnovasi di jadikan bilik rawatan memang jarang penyaman udara di bilik itu dihidupkan , tetapi pada bulan itu kemasukan pesakit meningkat disebabkan tularnya wabak dengue maka banyak bilik bilik rawatan dibuka untuk menerima kemasukan pesakit.
Bilik Hujung di tingkat 3 merupakan bilik deluxe dimana ianya merupakan bilik yang telah diubah dan menjadi antara pilihan pesakit ,tetapi disebabkan masalah bau yang dihasilkan dari penghawa dingin menjadikan ianya antara bilik yang bermasalah dan selalu menerima complaint dari pesakit .
Pihak hospital mengetahui masalah ini dan mereka menjangkakan ianya merupakan masalah teknikal dan berusaha untuk memperbaikinya , bahagian Kejuruteraan dan penyeliaan hospital menjumpai jalan buntu kerana apabila mereka melakukan permeriksaan dan pembaikan semuanya berfungsi dengan baik dan sempurna , tidak ada bangkai haiwan atau apa apa yang menghalang laluan penyaman udara di bilik tersebut. Selain itu pihak hospital juga telah memanggil vendor luar , padamulanya mereka mengatakan saluran penyaman udara yang digunakan tersumbat dan mereka akan menggantikan dengan yang baru , tetapi masalah yang sama tetap berulang , ini kerana setiap kali suhu diturunkan kurang dari 22 darjah celcius bau yang kurang menyenangkan akan terhasil.
Hanyalah Gambaran dari penulis |
Kisah ustaz man ini dirahsiakan oleh kakitangan hospital bagi mengelakkan rasa takut kepada pesakit pesakit yang datang , Kisah ini tidak diketahui dan alhamdulillah bilik yang sentiasa dikatakan berbau hanyir jika penghawa dingin ini direndahkan telah menjadi kembali normal. Barulah terjawab kenapa tidak jumpa puncanya bau itu tadi . Ustaz Man menceritakan kepada saya ,entiti tersebut bertembung denganya secara tidak sengaja , entiti itu bukanlah kategori yang suka merasuk atau menggangu manusia cuma ia tidak suka dengan suhu yang terlalu sejuk , ialah ia juga makhluk Allah dan ada juga sifat yang suka mengusik , Ustaz memberi tahu bahawa entiti tersebut terperangkap didalam bilik itu apabila tuanya yang dulu merupakan pesakit kepada hospital itu meninggal dunia di hospital itu menjadikan entiti itu tidak bertuan maka ini menjadikan ruang siling atas bilik itu tempat tinggal dia.Kisah ini pada mulanya sukar diterima oleh akal , tetapi sebagai orang islam kita percaya makhluk halus itu wujud cuma kita bukanlah golongan yang Allah izinkan hijabnya terbuka untuk melihat dengan mata kasar ini , Ustaz Man pernah menasihati Kita di dunia ini berkongsi dengan makhluk ini cuma Allah tak mengizinkan kita untuk melihat ,tetapi jika kita jaga solat kita , inshAllah entiti ini tak berani nak mendekati kita dengan izinya..Walaupun saya tidak lagi berhubung dengan Ustaz Man , tetapi segala nasihat keagamaan selalu saya ingat buat diri saya dan juga keluarga , Wallahuaklam.