Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Monday, April 11, 2016

Physiotherapy dan Kejang Kaki



Bismillahirahmanirahim ,Sibuk sungguh saya pada bulan 4 ini , manakan tidak terlalu padat jadual kerja saya sehingga nak update kan blog pun rasa terlalu cetek waktunya , Alhamdulillah hari  nie saya nak share kan sedikit tentang masalah yang biasa berlaku kepada kita semua dan adakalanya ianya menimbulkan rasa kebimbangan , Entry saya hari ini nak ceritakan serba sedikit tentang masalah kejang pada kaki (atau simpul Biawak) dalam kata orang tua kita la.



Apakah itu kekejangan Otot ?
Untuk pengetahuan umum masalah Kekejangan otot boleh  berlaku kerana akibat pengecutan otot yang tidak terkawal dan teratur yang secara seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Selalunya Dalam keadaan normal tanpa ada apa apa aktiviti ,keadaan otot akan mengecut dan berehat secara sekata dan juga konsistant tetapi  apabila berlakunya  indakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan pada otot yang terlibat.

Berapakah Tempoh kejang otot ini terjadi ?
Ianya berlaku pada perbezaan masa bergantung kepada keadaan otot individu itu sendiri, selalunya  
 Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit tetapi ada juga individu  yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih dari 5 ke 7 minit. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan yang perlu diperhalusi dengan mendapatkan pandangan daripada DR.

Apakah Faktor faktor tentang kekejangan otot ini ?
Secara umumnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot. Antaranya yang biasa berlaku adalah  disebabkan oleh
·         komplikasi kecederaan lama akibat  tidak melakukan warm up atau pemanasan badan sebelum bersukan juga cool down selepas bersukan,
·         melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan kekurangan air dan garam galian atau elektrolit pada tubuh badan manusia.
·         Kehamilan dan juga berlakunya perubahan hormone bagi tubuh badan
·         Tekanan perasaan dan juga stress
·         Pemakanan yang tidak seimbang dengan pengambilan gula dan juga lemak yang tinggi seperti pengambilan air bikarbonat dan makanan segera.


Apakah tanda kejang Otot ?
Selalunya kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda mula berasa sakit di kawasan otot terlibat dan apabila ia menegang, mengeras seterusnya akan mula berasa sakit apabila disentuh serta pergerakan menjadi terbatas selalunya individu yang mengalami masalah ini disarankan agar berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.


Apakah Cara yang mudah untuk mengatasi masalah kekejangan otot ini ?
Kebiasaanya apabila pesakit datang berjumpa dengan saya dan menceritakan masalah ini saya akan menyarankan mereka melakukan diet makanan yang seimbang dengan digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti bagi membekalkan tenaga pada tubuh badan kita. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot sebagai contoh yang mudah buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta meminum air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot jika anda mula melakukan apa  apa jua aktiviti sukan.jika


       kita lihat Roger federar dan juga Andy Murray pernah makan pisang ketika bertanding didalam perlawanan tenis , ini kerana Potasium yang ada dalam pisang amat cepat diserap dalam badan dan risiko untuk atlet ini mendapat kekejangan otot amat minimal.
Selain menitikberatkan pemakanan, saya  juga menyarankan agar pesakit  untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Apa yang paling penting untuk pembaca semua tahu ialah pentingnya Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini kerana ianya dapat membantu mengatasi kekejangan otot dan juga mengelakkan kecederaan yang lain kerana  Ia penting  dalam memberitahu kepada  otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan kesan dari impact aktiviti sukan yang kita lakukan.


Oleh itu secara mudah dan juga berkesan bagi mereka yang kerap kena kejang kaki ketika tidur ini ,Lakukan petua yang amat mudah ini iaitu sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. Selain daripada itu jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di  bahagian calf atau betis kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah. Wallahuaklam.   
Jika berlaku waktu malam , cari kain selimut luruskan kaki dan letakkan kain dihujung kaki dengan menarik kearah anda inshallah kejang itu akan berhenti.

Google is here to search for you

Best To reads

Physiotherapy dan Kebaikan Kopi Black G

Kebaikan Kopi Black G  Bismillahirahmanirahim , cepat sungguh waktu dan masa berjalan , dalam tak sedar kita sudah memasuki bulan Augus...