Dengan Nama Allah,yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan dia maha mendengar lagi maha mengetahui..

Pages

Pages

Friday, December 26, 2014

Melakukan rawatan Sciatica

Sciatica
Asalamualaikum,
Semakin teruk banjir di pantai Timur, Ya Allah selamatkan lah negara kami , selamatkan lah saudara saudara kami di pantai timur, ampunilah dosa dosa kami Ya Allah...
Semoga Allah memberi kelapangan dan jalan kepada hamba hambanya yang di uji disana..

Untuk entry kali ini aku nak selitkan sedikit cerita mengenai SCIATICA....
apa nama benda alah nie?



Kadang kadang ramai pesakit pesakit yang jumpa ngan aku menceritakan ada angin dalam tubuh badan mereka,siap kata angin tue dah meresap masuk ke urat kaki...ada satu kisah pakcik nie siap citer kat aku yang angin dia nie pandai merayap sekitar badan dia , dari pinggang lari kekaki ..aku dengan penuh khusyuk mendengar penjelasan pakcik nie, dia siap kata lagi kat aku dia ada pergi berurut tradisional dan tukang urut nie dah tarik angin dari pinggang dia dan dengan aura ala ala suria perkasa hitam dia pindahkan angin pakcik nie ke kaki ..dia cakap kalau seminggu tak hilang baru jumpa DR...

Termanggu aku apabila mendengar cerita yang penuh semangat dari pakcik nie, aku tak kata apa apa lah sebab pakcik nie cakap dia guru silat...aku iakan jelah ..tapi dalam hati aku memang sure benda yang angin nie dipanggil sciatica..untuk mengelakkan pakcik nie sambung cerita lagi panjang aku pun potong cerita pakcik tue ,dengan minta MRI sebab kat tangan dia ada pegang benda tue tapi dia tak lepas nak bagi kat aku sebab nak citer cerita dia punya sakit angin nie...

Belek punya belek MRI dia sah la pakcik nie ada masalah yang dipanggil L4/L5/S1 disc Herniation,
aku senyum dengan pakcik tue dan beritahu dia secara ikhlas sakit yang dia hadapi ini adalah SCIATICA,

APA ITU SCIATICA?
ianya merupakan salah satu kesakitan pada bahagian anggota bawah tubuh badan terutamanya kaki,yang berpunca dari pada iritasi pada saraf sciatic (dlm bahasa mudah paham Saraf kita tue pijar atau inflame),
Kesakitan sciatica ini boleh bermula dari belakang kemudian ianya akan merebak ke punggung, kaki,peha,dan juga pergelangan kaki.
Saraf Sciatic merupakan saraf yang paling besar dalam tubuh badan manusia atau dalam kata lainya urat paling besau..eh terbahasa melaka pulak,
Saraf ini bermula dari cabang saraf tulang belakang, memanjang dan melalui di bawah otot punggung dan melalui juga dibahagian kaki sehingga hujung kaki.





Gambaran diatas menunjukkan bagaimana laluan saraf sciatic itu melalui di setiap laluan bahagian bawah kaki kita.

APA PUNCA MENYEBABKAN SCIATICA INI BERLAKU ?
Secara jujurnya lah kan banyak faktor , tetapi nak bagi benda ini mudah untuk difahami , ianya berlaku apabila rawan /cakera disc di setiap tulang lumbar kita ini berlaku Buldge dan juga herniation dalam makna senang nak faham cakera rawan tue berubah bentuk dan menjadi bengkak atau semakin lebar,dan ini akan menyebabkan urat ini dihimpit terus oleh cakera rawan ini yang secara automatiknya menghasilkan iritasi pada saraf sciatic.
Ada juga faktor lain yang boleh menyumbang masalah ini antaranya pertumbuhan tulang lebih disekitar Lumbar,Tumor, pendarahan dalaman, jangkitan pada tulang contoh TB tulang, dan juga faktor mengandung boleh mengakibatkan perubahan dan gangguan pada sciatic nerve ini.



MACAM MANA NAK TAHU SIMPTOM SCIATICA NIE EKKK ?
Simptom dia berbagai bagai bergantung kepada apa punca dan bagaimana pressure pada saraf itu berlaku ...
nak bagi mudah faham senang je

  1. sciatica ini memang sakit sampai kadang kadang ada pesakit aku hari tue cakap , ini kaki kasi potong sama buang maaa sudah expired ...lagi simpan gua lagi rasa mahu potong ini kaki..kerana sakit sciatica ini datang dalam bentuk burn atau rasa pijar/panas, kebas-kebas (paling common),rasa seperti ada jarum jarum halus menikam di bahagian yang sakit.
  2. Hilang kekuatan pada bahagian kaki yang sakit , kadang kadang kesian aku melihat pesakit pesakit aku yang ada masalah sciatica ini , ada yang menangis menahan kesakitan walaupun dah diberikan ubat oleh DR , hanya ALLah yang tahu bertapa sakitnya mereka jika kena benda nie , sebab kadang kadang sakitnya dalam diurut dipicit pun tak hilang sakitnya.
  3. Sakit nya bermula dari belakang dan secara perlahan lahan menjalar ke punggung , pelipat peha,betis dan ke hujung jari jari kaki.
  4. Flat..atau dalam kata lainya sakit nie bila dah teruk nak berjalan pun tak boleh kadang kadang jadi macam nak lumpuh pun ada.
  5. Sakit nie boleh hilang pulak kalau pesakit nie meniarap ke , mengiring ke , duduk ke , berjalan lebih sikit ke tetapi semuanya bergantung kepada tahap kecederaan itu berlaku.
APA RAWATAN YANG SESUAI YE ?

Seperti Entry sebelum ini ada aku selitkan senaman senama dan juga cara rawatan yang boleh dianggap berkesan unutk membantu ,tetapi untuk masalah nie aku nak updatekan sikit senaman dan juga rawatan bagi aku insha Allah boleh membantu  .

Jika sciatica ini berlaku ,aku tak nafikan Ubat ubatan adalah salah satu cara yang boleh melegakan dan juga membantu dengan izin Allah , 

1. Sciatica selalunya boleh dikurangkan dengan heat , sebab tue kalau pesakit kena sciatica ini kebanyakan fisioterapi akan menggunakan rawatan terapi panas unutk mengurangkan sakit , aku percaya saraf lebih terstimulasi dengan suhu panas (maksud aku suam suam atau comfortable heat), ianya akan mengurangkan sakit dan melancarkan perjalanan darah.

2. Posisi yang mengurangkan sakit , korang boleh cuba bermacam macam posisi yang dirasakan boleh mengurangkan sakit contoh posisi yang biasa aku gunakan untuk bagi pesakit dapat berehat atau mengurangkan sakit ialah kaki yang sakit dibengkokkan mengikut kesusaian dan di tampung dengan bantal
.



3. Senaman untuk sciatica.


  1.  SCIATIC NERVE TENSIONER

Salah satu senaman bagi aku memberikan effect yang positive jika dikombinasikan dengan ubat yang diberikan oleh Dr, Caranya ialah kaki yang sakit itu korang tegangkan dengan menolak kaki keatas dan apabila terasa tegang kaki yang skit tadi dilepaskan secara perlahan dan dilakukan sehingga korang rasa ringan dan sakit itu berhenti berdenyut, kalau bertambah sakit atau teruk berhenti serta merta.




2. SCIATIC NERVE GLIDE

ini pun merupakan salah satu alternatif kepada pesakit aku kalau mereka tak boleh baring ketika buat exs , maka aku akan syorkan cara ini ,antaranya kaki yang sakit diangkat serta belakang dibawa kearah belakang sperti gambarajah 2,dan apa bila badan dibawa kedepan maka kaki yang sakit itu dibawa masuk kedalam ,seperti gambar 3 itu.


3. BASIC PRONE MCKENZIE



Salah satu senaman paling traditional dan boleh aku katakan antara yang effective jika ada masalah sciatic nerve yang berpunca dari PID, Buldge atau herniation Disc, tetapi bukan untuk spinal stenosis ok..
caranya adalah meniarap kemudian angkatkan badan secara perlahan lahan sehingga ada rasa tekanan di bahagian belakang dan punggung ,terus kembali balik ke posisi asal tadi.



4.PIRIFORMIS STRETCH
Senaman Favourite pakcik yang aku mulakan citer tadi , sebab dia kata nagin kat kaki dia ngan punggung dia semakin hilang kalau buat benda nie,
cara nya adalah silangkan kaki dengan kaki yang sakit berada diatas, masukkan tangan serta pegang di bawah pelipat lutut , secara berhemah dan perlahan lahan tarik dan rapatkan ke dada , rasa tegang tahan sekejap dan lepaskan kembali keposisi dimana tapak kaki kita ke lantai kembali dan buat berulang kali.
Rasa tegang atau comfortable stretch boleh dirasakan di bahagian punggung.

Sepanjang aku ditakdirkan allah menjadi fisioterapi , aku melihat melalui pengalaman aku sendiri , pesakit yang melakukan senaman sciatica ini recovery mereka lebih pantas berbanding pesakit aku yang hanya mengamalkan ubat sahaja, sebab itu aku pun kadang kadang kena marah ngan pesakit sebab kata aku tak perihatin sebab suruh diorang buat exercise..ish ish ish sebab tersangat perihatin la aku ajarkan senaman ini kepada diorang tetapi itu adalah hak mereka , dan insha Allah aku percaya manusia allah jadikan mesti bergerak ,sebab itu apa bila senaman dialkukan dengan regular tak mustahil sciatica ini akan sembuh dengan izinya ...

wasalam...

Tuesday, December 23, 2014

Teknik & Cara memindahkanPesakit

Teknik Transfer pesakit

Asalamualaikum...
Hari ini aku nak ceritakan sedikit tentang ilmu mengangkat orang, cara ini biasanya digunakan kalau kita menghadapi masalah di dalam mengangkat ahli keluarga kita yang uzur di rumah, atau jika kita gunakan ketika membantu mengalihkan pesakit.


MENGALIH DARI KERUSI/KATIL KE KERUSI RODA
  1. Lengan Orang yang dijaga berada di atas Bahu Penjaga atau disisi badan.
  2. Letakkan kerusi roda di sisi katil.
  3. Keluarkan lengan kerusi roda yang terdekat dengan katil.
  4. Alihkan tempat letak kaki ke luar
  5. Stabilkan kedudukan pesakit dengan meletakan kedua dua lutut di bahagian lutut pembantu dan  lengan  pesakit yang dijaga dijaga berada di atas bahu penjaga atau disisi badan.
  6. Dirikan pesakit dengan memegang pada bahagian pinggang atau pada tali
    pinggang sambil melurus lututnya dengan bantuan lutut pembantu serta perlahan lahan. Pusingkan pesakit untuk meletakkannya di atas kerusi roda.




MENGALIH PESAKIT DARI KERETA KE KERUSI RODA
Slide Board/Papan Nipis
  1. Penggunaan: Amputees, Paraplegia, pesakit yang dibenarkan mengambil berat badan sepenuhnya atau sebahagian sahaja.
  2. Alihkan posisi orang yang dijaga sedikit supaya anda dapat meletakkan slideboard dibawah punggung
  3. Kempiskan perut dan tegangkan belakang anda sambil memegang orang yang dijaga di bahagian pinggang.
  4. Minta orang yang dijaga bergerak sekiranya boleh dan pindahkannya di atas slideboard yang direntang ke kerusi roda.
MEMINDAHKAN PESAKIT DARI KERUSI RODA KE KERETA DENGAN SLIDE BOARD
  1. Alihkan posisi orang yang dijaga supaya dapat meletakkan slide board di bawah punggung orang yang dijaga
  2. Kempiskan perut dan tegangkan belakang anda sambil memegang orang yang dijaga di bahagian pinggang
  3. Alihkan slide board dan masukkan kedua-dua kaki orang yang dijaga ke dalam kereta
  4. Minta orang yang dijaga bergerak sekiranya boleh dan pindahkannya keatas slide
          board yang direntang di tempat duduk kereta





Duduk Dengan Kedua-Dua Tangan Di Hadapan
  • Alihkan pesakit ke hadapan dengan mengangkat pinggulnya sedikit demi sedikit sehingga kedua-dua  kaki pesakit memijak lantai sepenuhnya
  • Dengan berdiri di hadapan orang yang dijaga, stabilkan kedudukan orang yang dijaga dengan meletakkan satu lutut penjaga di bahagian tepi dan satu lagi hadapan lutut orang yang dijaga
  • sokong belakang orang yang dijaga dengan sebelah tangan sementara tangan yangsebelah lagi menarik skapula (Tulang Belikat) orang yang dijaga ke hadapan
  • Luruskan lutut orang yang dijaga dengan menggunakan kedua-dua belah lutut penjaga. Pusing orang yang dijaga untuk meletakkannya di atas kerusi roda

So itu serba sedikit info yang boleh aku sharing , at least ianya akan memberikan sedikit idea bagaimana nak mengangkat dan membantu mengalihkan pesakit..
wasalam